Anda dalam gred apa? 2. 10. 1. Saya berada dalam gred 8 apabila belajar mengatur cara. Saya memiliki komputer pertama pada gred 6. Saya teruja kerana dapat menyelesaikan masalah orang. Nyatakan diri, bina benda dari idea. Sains komputer adalah asas kepada kebanyakan benda yang mana pelajar kolej dan profesional lakukan untuk 20 atau 30 tahun. Saya suka atur cara kerana saya suka bantu orang. Saya ada peluang untuk bina sesuatu yang menyenangkan kehidupan orang. Ia paling mirip kuasa besar. Permulaan adalah paling penting. Saya baru bermula juga, jadi belajar bersama saya. Saya John Vechey, pengasas PopCap Games. Kami cipta permainan Plants vs. Zombies, Bejeweled, dan Peggle. Ia bukan tentang kesempurnaan kod anda, seni anda, ia tentang perasaan dan keseronokan. Anda hanya boleh merasainya dengan mencuba, melakukannya, belajar serta adaptasi dan iterasi kemahiran anda. Ada permainan video kegemaran yang anda ingin cipta? Kami akan mencipta permainan dengan Play Lab. Permainan bagus ada cerita, dengan pelakon. Pelakon bercakap, bergerak, berinteraksi, mungkin juga mendapat mata ikut peraturan permainan. Kami akan ketahui cara melakukannya, satu demi satu dengan watak Disney seperti Anna, Elsa, Hiro, Baymax, and Rapunzel. Kami akan bina permainan dari mula untuk dikongsi dan dimainkan pada telefon. Skrin ada 3 bahagian utama. Di kiri adalah ruang permainan untuk atur cara berjalan. Arahan setiap peringkat ditulis di bawah. Di tengah adalah kotak alatan, dan setiap blok adalah sekeping kod. Ruang putih di kanan adalah ruang bekerja, dan inilah tempat kami membina atur cara. Untuk bermula, sambungkan blok kepada blok jingga "when run". Sambungkan beberapa blok bersama dengan menariknya sehingga anda nampak garisan kuning, dan mereka akan tersusun bersama. Hiro adalah Pelakon 1 dan Baymax adalah Pelakon 2. Gerakkan Hiro ke Baymax dengan menarik blok "move right" dan sambungkan kepada blok "when run". Selepas blok anda ditempatkan, tekan butang "Run" untuk melihat atur cara anda. Bermulalah dan akhirnya, anda mencipta permainan dengan pelbagai pemain untuk berinteraksi, dapatkan mata, baling bot mini, ceri, periuk, kilauan, dan ais.. dan hilangkan sesama sendiri. Ia terpulang kepada anda!