Anda dalam gred apa? 2. 10. 1.
Saya berada dalam gred 8 apabila belajar
mengatur cara. Saya memiliki komputer
pertama pada gred 6. Saya teruja kerana
dapat menyelesaikan masalah orang.
Nyatakan diri, bina benda dari idea.
Sains komputer adalah asas kepada
kebanyakan benda yang mana pelajar kolej
dan profesional lakukan untuk 20 atau 30
tahun. Saya suka atur cara kerana
saya suka bantu orang. Saya ada peluang
untuk bina sesuatu yang menyenangkan
kehidupan orang. Ia paling mirip
kuasa besar. Permulaan
adalah paling penting. Saya baru
bermula juga, jadi belajar bersama saya.
Saya John Vechey, pengasas PopCap Games.
Kami cipta permainan Plants vs. Zombies,
Bejeweled, dan Peggle. Ia bukan tentang
kesempurnaan kod anda, seni anda,
ia tentang perasaan dan keseronokan.
Anda hanya boleh merasainya
dengan mencuba, melakukannya, belajar
serta adaptasi dan iterasi kemahiran anda.
Ada permainan video kegemaran yang
anda ingin cipta? Kami akan
mencipta permainan dengan Play Lab.
Permainan bagus ada cerita,
dengan pelakon. Pelakon bercakap,
bergerak, berinteraksi, mungkin juga
mendapat mata ikut peraturan permainan.
Kami akan ketahui cara melakukannya,
satu demi satu dengan watak Disney seperti
Anna, Elsa, Hiro, Baymax, and Rapunzel.
Kami akan bina permainan dari mula untuk
dikongsi dan dimainkan pada telefon. Skrin
ada 3 bahagian utama. Di kiri adalah
ruang permainan untuk atur cara berjalan.
Arahan setiap peringkat ditulis di bawah.
Di tengah adalah kotak alatan, dan setiap
blok adalah sekeping kod. Ruang putih
di kanan adalah ruang bekerja,
dan inilah tempat kami membina atur cara.
Untuk bermula, sambungkan blok
kepada blok jingga "when run". Sambungkan
beberapa blok bersama dengan menariknya
sehingga anda nampak garisan kuning, dan
mereka akan tersusun bersama.
Hiro adalah Pelakon 1 dan Baymax adalah
Pelakon 2. Gerakkan Hiro ke Baymax dengan
menarik blok "move right" dan sambungkan
kepada blok "when run". Selepas
blok anda ditempatkan, tekan butang "Run"
untuk melihat atur cara anda. Bermulalah
dan akhirnya, anda mencipta permainan
dengan pelbagai pemain untuk berinteraksi,
dapatkan mata, baling bot mini, ceri,
periuk, kilauan, dan ais.. dan hilangkan
sesama sendiri. Ia terpulang kepada anda!