WEBVTT 00:00:03.491 --> 00:00:05.337 [K.Sargsyan] Saya mula menterjemah TEDTalks 00:00:05.337 --> 00:00:09.066 selepas menonton ucapan William Kamkwamba mengenai cara merealisasikan impian 00:00:09.066 --> 00:00:11.438 dan saya memberitahu perkara ini kepada anak saya 00:00:11.438 --> 00:00:14.056 Dia tak mempercayai saya "Tapi dia kena buang sekolah." Katanya. 00:00:14.056 --> 00:00:16.365 "Dia tak akan tahu Bahasa Inggeris Bagaimana dia nak lakukannya?" 00:00:16.365 --> 00:00:18.229 Jadi, saya cakap "Ibu akan terjemahkannya" 00:00:18.229 --> 00:00:21.953 "Saya mahu dia baca setiap patah perkataan." 00:00:22.133 --> 00:00:24.793 [W. Davis] Bahasa bukan sekadar himpunan kosa kata 00:00:24.793 --> 00:00:26.757 ataupun peraturan tatabahasa. 00:00:26.757 --> 00:00:29.274 Bahasa ialah sebahagian daripada jiwa manusia. 00:00:29.274 --> 00:00:32.211 Ianya adalah cara untuk menjiwai setiap budaya 00:00:32.211 --> 00:00:33.627 yang wujud di dunia nyata. 00:00:33.627 --> 00:00:37.016 Setiap apa yang kita lakukan di TED adalah berpandukan misi yang sama 00:00:37.016 --> 00:00:39.099 iaitu menyebarkan idea. 00:00:39.099 --> 00:00:41.628 Dan jika tujuan anda adalah menyebarkan idea, pada satu tahap, 00:00:41.628 --> 00:00:44.431 anda akan menghadapi kenyataan bahawa anda hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris. 00:00:44.431 --> 00:00:47.687 Perkara yang paling utama yang kita buat adalah mengenai hubungan. 00:00:47.887 --> 00:00:49.397 Terlalu ramai orang 00:00:49.397 --> 00:00:52.167 yang boleh menjadi sebahagian yang membentuk masa depan orang lain. 00:00:52.167 --> 00:00:54.634 Ia perbuatan yang tidak masuk akal untuk mengecualikan mereka. 00:00:54.984 --> 00:00:56.819 [K. Aparta] Saya mencadangkan untuk bual bicara ini 00:00:56.819 --> 00:00:58.559 perlunya ada sari kata bagi orang bermasalah pendengaran, 00:00:58.559 --> 00:01:01.634 dan juga terjemahan bagi orang dari luar negara 00:01:01.634 --> 00:01:03.404 Wajib ada seorang 00:01:03.404 --> 00:01:05.982 yang begitu bersemangat tentang bual bicara tertentu, 00:01:05.982 --> 00:01:09.402 yang mahukan sari kata ada dalam bahasa ibundanya. 00:01:09.402 --> 00:01:12.089 Pada awalnya, saya hanya menterjemah untuk adik saya. 00:01:12.089 --> 00:01:13.048 Dia tinggal bersama ibu bapa saya 00:01:13.048 --> 00:01:16.866 di pekan yang kecil dari tempat asal saya iaitu Khazakhstan 00:01:16.866 --> 00:01:20.639 Dan dia tidak begitu mempunyai peluang untuk menerokai dunia. 00:01:20.639 --> 00:01:23.886 Tapi selepas itu, saya menyedari bukan hanya keluarga saya. 00:01:23.886 --> 00:01:27.674 Semua orang yang bertutur Bahasa Uzbek boleh manfaatkannya. 00:01:27.674 --> 00:01:32.322 [M. Pagel] Sepertimana sayap membolehkan burung untuk terbang, 00:01:32.666 --> 00:01:36.479 bahasa membolehkan manusia untuk memanfaatkannya 00:01:36.479 --> 00:01:39.007 Kesemua pemidato kita adalah pakar dalam bidang tersendiri, 00:01:39.007 --> 00:01:41.207 dan disebabkan itu dari segi bahasa, 00:01:41.207 --> 00:01:44.745 terlalu banyak istilah yang mereka gunakan tidak anda temui dalam kamus. 00:01:44.745 --> 00:01:48.466 Sebenarnya, banyak kajian perlu dijalankan untuk menterjemah TedTalk dengan tepat. 00:01:48.466 --> 00:01:51.031 Bergantung kepada seberapa teknikal dan berapa banyak perkataan yang perlu dicari, 00:01:51.031 --> 00:01:52.668 ianya boleh memakan masa sehingga 10 jam. 00:01:52.668 --> 00:01:55.923 Saya membaca mengenai pemidato dan buku-bukunya 00:01:55.923 --> 00:01:57.931 supaya saya dapat memahami keseluruhan konteks. 00:01:57.931 --> 00:02:00.095 Oleh sebab komuniti penterjemah ini 00:02:00.095 --> 00:02:03.298 kami secara tiba-tiba mempunyai keupayaan untuk mencari idea-idea hebat 00:02:03.298 --> 00:02:05.536 yang datang daripada pemidato pelbagai bahasa 00:02:05.536 --> 00:02:08.229 dan membawa mereka ke dunia Anglosfera 00:02:08.229 --> 00:02:09.470 dan seterusnya. 00:02:09.470 --> 00:02:11.321 Pendapat yang mengatakan saya bukan berseorangan. 00:02:11.321 --> 00:02:13.456 Terdapat ramai orang yang kecewa 00:02:13.456 --> 00:02:15.934 Juga ramai orang yang sebenarnya berkongsi impian yang sama 00:02:15.934 --> 00:02:19.223 Tunjukkan kepada mereka bahawa tiada apa lebih kosong berbanding batasan 00:02:19.223 --> 00:02:23.192 dan bahawasanya idea-idea itu tidak bersempadan 00:02:23.192 --> 00:02:28.296 Saya menterjemah kerana saya mahu lebih ramai dapat mengakses idea-idea ini 00:02:28.296 --> 00:02:31.049 Ia adalah simbol kebaikan daripada orang ramai 00:02:31.049 --> 00:02:33.109 hanya dengan berkongsi ilmu 00:02:33.109 --> 00:02:36.871 Untuk menginspirasi dan memberi harapan kepada orang lain 00:02:36.871 --> 00:02:39.459 Perubahan ini telah mengubah banyak perkara di dunia. 00:02:39.459 --> 00:02:54.407 (Muzik latar)