Kami memulakan 'Universal Subtitles' kerana kami percaya setiap video di dalam Internet sepatutnya bersarikata. Berjuta penonton yang pekak dan mempunyai masalah pendengaran memerlukan sarikata untuk mengakses video. Pembikin video dan laman sesawang perlu mengambil berat tentang perkara ini juga. Sarikata memberikan mereka capaian kepada lebih banyak penonton dan mereka juga mendapat kedudukan carian lebih baik. 'Universal Subtitles' menjadikan ia sangat mudah untuk meletakkan sarikata pada hampir setiap video. Gunakan video sedia ada dari Internet, hantar URL itu ke laman web kami dan kemudian taip bersama dengan dialog untuk mencipta sarikata Selepas itu, tekan papan kekunci untuk selarikan ia dengan video tersebut. Selesai - kami akan memberi anda kod untuk video itu yang boleh diletakkan pada sebarang laman sesawang pada masa itu, penonton dapat menggunakan sarikata dan juga menyumbang untuk penterjemahan. Kami menyokong video dari YouTube, Blip.TV, Ustream, dan pelbagai lagi. Tambahan lagi kami meletakkan lebih banyak perkhidmatan dari semasa ke semasa 'Universal Subtitles' berfungsi dengan banyak format video yang popular, seperti MP4, theora, webM dan pada HTML 5. Impian kami adalah agar setiap video di internet akan bersarikata supaya sesiapa yang mengambil berat tentang video tersebut dapat membantu jadikan ia lebih mudah dicapai.