Unplugged Activity | Algoritma Kehidupan Sebenar:
Kapal terbang Kertas
Pelajaran ini dipanggil Algoritma Kehidupan Sebenar.
Algoritma menggambarkan perkara yang orang
lakukan setiap hari. Resipi kuih dan
arahan untuk membina rumah burung kedua-duanya
algoritma harian. Hari ini kita akan membuat,
mencipta, dan menguji algoritma untuk kapal terbang
kertas. Pertama, kita perlu membahagikan projek
besar ini ke langkah kecil yang mudah diikut. Untuk
membuat kapal terbang kertas, kita perlu memutuskan
langkah yang perlu diambil dan susunannya.
Anda akan mencipta algoritma dengan memotong
gambar ini terdahulu. Seterusnya, pilih 6 gambar
yang menunjukkan langkah-langkah yang diperlukan
untuk membuat kapal terbang kertas dan mengatur
gambar dalam susunan yang betul. Selepas anda
mempunyai susunan yang betul, anda akan bertukar
algoritma dengan pasukan pelajar lain untuk menguji
fungsi algoritma mereka. Algoritma yang
dirancang dengan baik adalah sangat penting
untuk menghasilkan kapal terbang
kertas terbaik.
Semasa membuat coklat, terdapat banyak
langkah besar dalam process tersebut.
Dan dalam setiap langkah besar tersebut
mempunyai langkah-langkah yang lebih kecil. Dan
terdapat pelbagai resipi, atau algoritma,
bergantung pada bagaimana kita mahu coklat itu
rasa. Setiap langkah penting, walaupun yang
kecil. Jadi tanpa satu langkah, yang selebihnya
tidak boleh diselesaikan. Menghasilkan algoritma yang
dapat difahami orang lain adalah sangat penting.
Itulah sebabnya setiap langkah mesti dicatat, jadi
tidak kira siapa yang melakukannya, hasilnya mesti sama.