1 00:00:08,380 --> 00:00:09,561 Terima kasih. 2 00:00:16,270 --> 00:00:20,200 Pernah seorang Maharaja di India, pada hari keputeraannya 3 00:00:20,200 --> 00:00:21,200 memerintahkan 4 00:00:21,200 --> 00:00:23,400 semua ketua hendaklah membawa hadiah 5 00:00:23,400 --> 00:00:24,400 yang layak untuk Raja. 6 00:00:24,400 --> 00:00:27,370 Ada yang bawa sutera halus, 7 00:00:27,370 --> 00:00:28,370 ada yang bawa pedang yang cantik 8 00:00:28,370 --> 00:00:29,490 ada yang bawa emas. 9 00:00:29,490 --> 00:00:32,659 Di hujung barisan, ada seorang tua yang berjalan 10 00:00:32,659 --> 00:00:36,630 dari kampungnya, berjalan berhari-hari di tepi lautan. 11 00:00:36,630 --> 00:00:39,257 Anak Raja bertanya kepada orang tua itu, 12 00:00:39,257 --> 00:00:41,457 "Hadiah apa yang kamu bawa untuk Raja?" 13 00:00:41,457 --> 00:00:44,750 Perlahan-lahan, orang tua itu membuka tangannya 14 00:00:45,220 --> 00:00:48,020 ada cangkerang cantik, berpusar ronanya ungu dan kuning 15 00:00:48,020 --> 00:00:50,160 merah dan biru. 16 00:00:50,160 --> 00:00:51,380 Dan anak Raja berkata, 17 00:00:51,460 --> 00:00:53,600 "Itu bukan hadiah yang layak untuk Raja!" 18 00:00:53,600 --> 00:00:54,600 "Hadiah apakah itu?" 19 00:00:54,600 --> 00:00:57,400 Orang tua itu mendongak perlahan-lahan dan berkata, 20 00:00:57,590 --> 00:01:00,750 "Jauh berjalan... sebahagian daripada hadiah." 21 00:01:01,060 --> 00:01:02,560 (Ketawa) 22 00:01:02,900 --> 00:01:05,970 Sebentar lagi, saya akan berikan anda hadiah, 23 00:01:05,970 --> 00:01:08,270 hadiah yang saya yakin elok untuk dikongsi. 24 00:01:08,290 --> 00:01:12,130 Tapi, izinkan saya bawa anda dulu dalam perjalanan jauh saya. 25 00:01:12,160 --> 00:01:13,740 Seperti kebanyakan anda, 26 00:01:13,740 --> 00:01:15,320 saya bermula sebagai anak kecil. 27 00:01:15,320 --> 00:01:17,460 Berapa ramai yang bermula sebagai anak kecil? 28 00:01:17,460 --> 00:01:18,510 Lahir sebagai bayi? 29 00:01:18,740 --> 00:01:20,500 Hampir separuh daripada anda... OK... 30 00:01:20,570 --> 00:01:21,590 (Ketawa) 31 00:01:21,820 --> 00:01:24,910 Yang lain, apa? anda lahir sebagai orang dewasa? 32 00:01:25,060 --> 00:01:27,640 Hebat... saya mahu bertemu ibu anda! 33 00:01:27,820 --> 00:01:29,460 Bercakap tentang perkara mustahil! 34 00:01:30,560 --> 00:01:34,620 Semasa kecil, saya sering tertarik 35 00:01:34,620 --> 00:01:35,620 untuk membuat perkara yang mustahil. 36 00:01:35,620 --> 00:01:38,880 Hari ini ialah hari yang saya nantikan sejak bertahun lamanya 37 00:01:38,880 --> 00:01:41,000 kerana hari ini saya akan cuba untuk 38 00:01:41,020 --> 00:01:43,620 membuat yang mustahil di depan anda, 39 00:01:43,620 --> 00:01:45,620 di sini... di TEDxMaastricht. 40 00:01:45,800 --> 00:01:48,360 Saya akan mulakan dengan memberi anda hadiah, 41 00:01:48,760 --> 00:01:50,880 atau dengan mendedahkan penghujungnya, 42 00:01:51,220 --> 00:01:52,640 saya akan buktikan kepada anda 43 00:01:52,640 --> 00:01:54,940 yang mustahil itu tidak mustahil. 44 00:01:55,300 --> 00:01:57,210 Saya akan akhiri dengan hadiah 45 00:01:57,210 --> 00:01:58,210 yang layak dikongsi: 46 00:01:58,210 --> 00:01:59,900 Saya akan tunjukkan anda boleh lakukan 47 00:01:59,900 --> 00:02:02,660 perkara yang mustahil dalam hidup. 48 00:02:02,660 --> 00:02:05,420 Dalam carian saya untuk membuat perkara yang mustahil, saya dapati 49 00:02:05,420 --> 00:02:08,230 ada dua perkara yang sama bagi semua orang di dunia. 50 00:02:08,230 --> 00:02:09,870 Semua orang ada ketakutan 51 00:02:09,870 --> 00:02:11,640 dan semua orang ada impian. 52 00:02:12,900 --> 00:02:15,070 Dalam misi saya untuk membuat perkara yang mustahil, 53 00:02:15,070 --> 00:02:18,690 saya dapati ada tiga perkara yang saya pernah lakukan 54 00:02:19,370 --> 00:02:23,290 yang mungkin menyebabkan saya membuat perkara yang mustahil. 55 00:02:24,200 --> 00:02:26,900 Dodgeball atau yang anda panggil "Trefbal", 56 00:02:27,290 --> 00:02:28,360 Superman, 57 00:02:28,460 --> 00:02:29,460 dan Nyamuk. 58 00:02:29,800 --> 00:02:31,080 Itu tiga kata kunci saya. 59 00:02:31,080 --> 00:02:33,500 Sekarang anda tahu kenapa saya buat perkara yang mustahil. 60 00:02:33,610 --> 00:02:36,220 Jadi saya akan membawa anda dalam perjalanan jauh saya 61 00:02:36,320 --> 00:02:38,680 dari ketakutan ke impian, 62 00:02:38,740 --> 00:02:40,980 dari kata-kata ke pedang, 63 00:02:41,160 --> 00:02:42,740 dari Dodgeball 64 00:02:42,850 --> 00:02:44,020 ke Superman 65 00:02:44,020 --> 00:02:45,340 ke nyamuk. 66 00:02:45,760 --> 00:02:47,360 Saya harap boleh menunjukkan anda 67 00:02:47,360 --> 00:02:50,070 bagaimana anda boleh buat perkara mustahil dalam hidup 68 00:02:52,480 --> 00:02:54,934 4 Oktober 2007 69 00:02:55,840 --> 00:02:58,120 Jantung saya berdegup kencang, lutut menggeletar 70 00:02:58,120 --> 00:02:59,380 semasa saya naik ke pentas 71 00:02:59,380 --> 00:03:03,250 di Sanders Theatre, Universiti Harvard untuk menerima 72 00:03:03,250 --> 00:03:06,160 Hadiah Ig Nobel 2007 dalam bidang Perubatan 73 00:03:06,160 --> 00:03:08,660 untuk kertas penyelidikan perubatan karya bersama 74 00:03:08,660 --> 00:03:10,270 berjudul, "Menelan Pedang... 75 00:03:10,420 --> 00:03:11,740 ...dan Kesan Sampingannya". 76 00:03:11,870 --> 00:03:13,275 (Ketawa) 77 00:03:13,840 --> 00:03:17,460 Ia diterbitkan dalam satu jurnal yang saya tidak pernah baca 78 00:03:17,460 --> 00:03:18,460 sebelum ini, 79 00:03:18,460 --> 00:03:20,419 British Medical Journal. 80 00:03:21,360 --> 00:03:24,900 Dan bagi saya, itu adalah mimpi mustahil yang menjadi kenyataan, 81 00:03:24,900 --> 00:03:28,170 Ia satu kejutan untuk seseorang seperti saya, 82 00:03:28,810 --> 00:03:31,459 Ia penghormatan yang saya tak akan lupa. 83 00:03:31,459 --> 00:03:34,539 Tapi ia bukan yang paling berharga dalam hidup saya. 84 00:03:35,540 --> 00:03:37,640 Pada 4 Oktober 1967, 85 00:03:38,020 --> 00:03:40,260 budak yang penakut, pemalu, dan kurus ini 86 00:03:41,100 --> 00:03:43,120 mengalami ketakutan luar biasa. 87 00:03:43,460 --> 00:03:45,579 Semasa dia bersedia naik ke pentas 88 00:03:45,579 --> 00:03:47,234 jantungnya berdebar, 89 00:03:47,500 --> 00:03:49,162 lututnya menggeletar. 90 00:03:49,780 --> 00:03:52,120 Dia membuka mulut untuk berucap, 91 00:03:53,805 --> 00:03:54,805 "ah..." 92 00:03:55,437 --> 00:03:56,437 "ah..." 93 00:03:56,490 --> 00:03:58,130 tapi kata-katanya tersekat. 94 00:03:58,130 --> 00:04:00,040 Dia menggeletar dalam tangisan. 95 00:04:00,630 --> 00:04:02,360 Dia lumpuh kerana cemas, 96 00:04:02,360 --> 00:04:03,760 kaku kerana takut. 97 00:04:03,960 --> 00:04:06,130 Budak yang penakut, pemalu, dan kurus ini 98 00:04:06,130 --> 00:04:08,142 mengalami ketakutan yang luar biasa. 99 00:04:08,649 --> 00:04:10,330 Dia takut pada kegelapan, 100 00:04:10,520 --> 00:04:11,640 takut pada ketinggian, 101 00:04:11,640 --> 00:04:13,040 takut labah-labah dan ular... 102 00:04:13,040 --> 00:04:15,140 Ada yang takut labah-labah dan ular? 103 00:04:15,280 --> 00:04:16,660 Ya, ada beberapa orang... 104 00:04:16,660 --> 00:04:19,079 Dia takut pada air dan jerung... 105 00:04:19,079 --> 00:04:21,939 Takut kepada doktor, jururawat, doktor gigi, 106 00:04:21,939 --> 00:04:24,680 jarum, gerudi dan objek tajam. 107 00:04:24,680 --> 00:04:27,380 Tapi lebih daripada segala- galanya,dia takut kepada 108 00:04:27,470 --> 00:04:28,470 manusia. 109 00:04:29,380 --> 00:04:31,530 Budak yang penakut, pemalu, dan kurus itu 110 00:04:31,540 --> 00:04:32,570 ialah saya. 111 00:04:33,320 --> 00:04:36,417 Saya takut pada kegagalan dan penolakan, 112 00:04:37,300 --> 00:04:39,520 nilai diri yang rendah, 113 00:04:39,520 --> 00:04:42,840 dan sesuatu yang kita tak tahu pun boleh dikelompokkan begini dulu: 114 00:04:42,840 --> 00:04:44,870 kecelaruan keresahan sosial. 115 00:04:45,975 --> 00:04:47,610 Kerana saya penakut, pembuli selalu usik 116 00:04:47,610 --> 00:04:48,610 dan pukul saya. 117 00:04:48,610 --> 00:04:50,680 Mereka kerap ketawakan dan ejek saya, 118 00:04:50,680 --> 00:04:54,260 tak pernah benarkan saya bermain permainan rusa mereka. 119 00:04:55,020 --> 00:04:58,056 Ada satu permainan yang mereka benarkan saya sertai... 120 00:04:58,100 --> 00:04:59,427 Dodgeball. 121 00:04:59,500 --> 00:05:01,443 Dan saya bukan pengelak yang baik. 122 00:05:01,760 --> 00:05:03,500 Pembuli akan memanggil nama saya, 123 00:05:03,500 --> 00:05:05,970 dan saya akan menoleh dan melihat bola-bola merah 124 00:05:05,970 --> 00:05:08,200 menerpa ke muka saya pada kelajuan supersonik 125 00:05:08,210 --> 00:05:09,950 bam!, bam!, bam! 126 00:05:10,580 --> 00:05:13,220 Dan saya ingat waktu berjalan pulang dari sekolah, 127 00:05:13,300 --> 00:05:18,180 muka saya merah dan menyengat, telinga saya merah dan berdering. 128 00:05:18,180 --> 00:05:21,140 Mata saya pedih dengan air mata, 129 00:05:21,180 --> 00:05:23,515 dan kata-kata mereka memedihkan telinga. 130 00:05:23,740 --> 00:05:25,000 Dan sesiapa yang berkata, 131 00:05:25,020 --> 00:05:28,660 "Kayu dan batu boleh menghancurkanku, tapi kata-kata takkan menyakitiku"... 132 00:05:28,880 --> 00:05:30,131 Itu bohong. 133 00:05:30,310 --> 00:05:31,980 Kata-kata tajam seperti pisau. 134 00:05:31,980 --> 00:05:34,030 Kata-kata boleh menembusi seperti pedang. 135 00:05:34,210 --> 00:05:36,040 Kata-kata boleh melukai dengan dalam 136 00:05:36,040 --> 00:05:37,780 sampai tidak boleh dilihat. 137 00:05:38,150 --> 00:05:41,070 Saya ada ketakutan. Dan kata-kata adalah musuh utama saya. 138 00:05:41,260 --> 00:05:42,491 Masih lagi. 139 00:05:43,355 --> 00:05:45,300 Tapi saya juga ada impian. 140 00:05:45,300 --> 00:05:47,980 Saya akan pulang ke rumah untuk bersama komik Superman 141 00:05:47,980 --> 00:05:49,774 dan saya akan baca komik Superman 142 00:05:49,774 --> 00:05:53,440 dan impian saya ialah menjadi adiwira seperti Superman. 143 00:05:53,480 --> 00:05:56,240 Berjuang demi kebenaran dan keadilan, 144 00:05:56,240 --> 00:05:58,680 bertarung melawan penjahat dan kriptonit. 145 00:05:58,680 --> 00:06:00,350 Saya mahu terbang ke seluruh dunia 146 00:06:00,350 --> 00:06:03,400 membuat keajaiban dan menyelamatkan nyawa. 147 00:06:03,400 --> 00:06:05,850 Saya juga tertarik dengan hal dalam dunia nyata. 148 00:06:05,860 --> 00:06:07,860 Saya baca Guinness Book of World Records 149 00:06:07,860 --> 00:06:09,460 dan Ripley's Believe it or Not. 150 00:06:09,460 --> 00:06:13,080 Ada sesiapa yang pernah membaca buku Guinness dan Ripley's? 151 00:06:13,100 --> 00:06:14,390 Saya suka buku-buku itu! 152 00:06:14,390 --> 00:06:16,270 Saya nampak kejayaan sebenar. 153 00:06:16,270 --> 00:06:17,790 Dan saya kata, saya pun nak. 154 00:06:17,790 --> 00:06:20,720 Jika pembuli tak benarkan saya bermain dengan mereka, 155 00:06:20,890 --> 00:06:23,335 saya mahu buat keajaiban, kejayaan sebenar. 156 00:06:23,335 --> 00:06:26,569 Saya mahu buat perkara luar biasa yang pembuli tak dapat buat. 157 00:06:26,569 --> 00:06:28,249 Saya mahu cari tujuan hidup saya. 158 00:06:28,249 --> 00:06:30,029 Saya mahu tahu hidup saya bererti, 159 00:06:30,029 --> 00:06:33,240 Saya mahu buat perkara luar biasa untuk mengubah dunia. 160 00:06:33,240 --> 00:06:36,960 Saya mahu buktikan yang mustahil itu tidak mustahil. 161 00:06:38,340 --> 00:06:40,240 10 tahun kemudian - 162 00:06:40,240 --> 00:06:42,706 Seminggu sebelum hari jadi ke-21 saya. 163 00:06:42,819 --> 00:06:44,810 Dua perkara berlaku dalam satu hari 164 00:06:44,810 --> 00:06:47,040 yang mengubah hidup saya selamanya. 165 00:06:47,040 --> 00:06:49,391 Semasa saya tinggal di Tamil Nadu, India Selatan 166 00:06:49,540 --> 00:06:51,020 sebagai mubaligh di sana, 167 00:06:51,020 --> 00:06:53,090 dan mentor yang juga kawan saya bertanya, 168 00:06:53,090 --> 00:06:54,720 "Awak ada Throme, Daniel?" 169 00:06:54,720 --> 00:06:57,440 Dan saya berkata, "Throme? Apa itu Throme?" 170 00:06:57,440 --> 00:07:00,410 Beliau berkata,"Throme ialah matlamat utama kehidupan. 171 00:07:00,410 --> 00:07:04,170 Ia seperti gabungan impian dan matlamat, 172 00:07:04,170 --> 00:07:06,279 seperti jika anda boleh buat apa pun, 173 00:07:06,279 --> 00:07:08,029 pergi ke mana pun, jadi sesiapa pun - 174 00:07:08,029 --> 00:07:10,440 Ke mana anda pergi? Apa anda akan buat? Siapa anda? 175 00:07:10,440 --> 00:07:14,080 Saya berkata, "Saya tidak boleh! Saya penakut!" 176 00:07:14,290 --> 00:07:17,760 Pada malam itu saya bawa tikar ke atas bumbung, 177 00:07:17,760 --> 00:07:19,259 baring di bawah bintang, 178 00:07:19,259 --> 00:07:21,869 dan melihat kelawar memburu nyamuk. 179 00:07:21,869 --> 00:07:26,200 Dan saya hanya berfikir tentang throme, impian dan matlamat hidup, 180 00:07:26,200 --> 00:07:28,360 dan pembuli dengan dodgeball mereka. 181 00:07:28,760 --> 00:07:30,730 Beberapa jam kemudian, saya terbangun. 182 00:07:31,220 --> 00:07:33,940 Jantung saya berdegup laju, lutut saya menggeletar. 183 00:07:34,080 --> 00:07:36,020 Kali ini bukan kerana takut. 184 00:07:36,420 --> 00:07:38,395 Seluruh badan saya menggigil. 185 00:07:38,500 --> 00:07:40,180 Dan untuk lima hari berikutnya, 186 00:07:40,330 --> 00:07:44,199 saya sekejap sedar, sekejap tidak, dalam keadaan tenat berjuang untuk hidup. 187 00:07:44,199 --> 00:07:48,239 Otak saya terbakar kerana demam malaria 105 darjah. 188 00:07:48,390 --> 00:07:51,600 Dan setiap kali tersedar, saya hanya terfikirkan throme. 189 00:07:51,600 --> 00:07:53,960 Saya fikir, "Apa saya nak buat dalam hidup saya?" 190 00:07:53,960 --> 00:07:56,380 Akhirnya, pada malam sebelum hari jadi ke-21 saya, 191 00:07:56,380 --> 00:07:58,030 dalam satu detik penuh kejelasan, 192 00:07:58,030 --> 00:07:59,639 saya menyedari: 193 00:07:59,639 --> 00:08:02,100 saya sedar yang nyamuk kecil itu, 194 00:08:02,620 --> 00:08:05,020 Anopheles Stephensi, 195 00:08:05,280 --> 00:08:07,810 nyamuk kecil seberat kurang dari 5 mikrogram itu, 196 00:08:07,900 --> 00:08:09,420 kurang dari sebutir garam, 197 00:08:09,420 --> 00:08:12,780 nyamuk itu boleh merebahkan lelaki seberat 170 paun, 80 kilo 198 00:08:12,780 --> 00:08:14,860 saya sedar itu ialah kriptonit saya. 199 00:08:14,860 --> 00:08:17,150 Kemudian saya sedar, bukan nyamuk itu, 200 00:08:17,150 --> 00:08:19,480 ia adalah parasit halus di dalam nyamuk, 201 00:08:19,480 --> 00:08:23,160 Plasmodium Falciparum, yang bunuh lebih sejuta orang setahun. 202 00:08:23,509 --> 00:08:25,999 Kemudian saya sedar. Bukan, ia lebih kecil lagi, 203 00:08:25,999 --> 00:08:28,550 tapi bagi saya, ia jauh lebih besar. 204 00:08:28,550 --> 00:08:29,640 Saya sedar, 205 00:08:29,640 --> 00:08:31,270 ketakutan adalah kriptonit saya, 206 00:08:31,270 --> 00:08:32,140 parasit saya, 207 00:08:32,140 --> 00:08:34,990 yang telah mencacatkan dan melumpuhkan saya selama ini. 208 00:08:35,200 --> 00:08:38,080 Tahukah anda, ada perbezaan antara bahaya dan ketakutan. 209 00:08:38,109 --> 00:08:39,699 Bahaya adalah nyata. 210 00:08:39,990 --> 00:08:42,010 Ketakutan adalah pilihan. 211 00:08:42,080 --> 00:08:44,309 Dan saya sedar saya ada pilihan: 212 00:08:44,309 --> 00:08:48,180 Saya boleh hidup dalam ketakutan dan mati dalam kegagalan malam itu 213 00:08:49,070 --> 00:08:52,660 atau saya boleh bunuh ketakutan saya 214 00:08:52,660 --> 00:08:53,660 dan saya boleh mencapai impian saya, 215 00:08:53,660 --> 00:08:56,060 saya boleh hidup dengan berani. 216 00:08:56,680 --> 00:09:01,390 Dan tahukah anda, semasa kita nazak dan menghadapi kematian, 217 00:09:01,390 --> 00:09:04,080 sebenarnya pada saat itu kita benar-benar ingin hidup. 218 00:09:04,080 --> 00:09:07,440 Saya sedar mati itu pasti, tetapi tidak ramai benar-benar hidup. 219 00:09:07,990 --> 00:09:09,620 Saat mati baru kita hidup. 220 00:09:09,620 --> 00:09:11,680 Tahukah anda, apabila kita belajar untuk mati, 221 00:09:11,680 --> 00:09:13,070 kita belajar untuk hidup. 222 00:09:13,070 --> 00:09:15,140 Jadi saya membuat keputusan untuk mengubah 223 00:09:15,140 --> 00:09:16,420 hidup saya malam itu. 224 00:09:16,915 --> 00:09:19,150 Saya tidak mahu mati. Jadi, saya berdoa, 225 00:09:19,150 --> 00:09:21,910 "Tuhan, jika kau beri aku hidup hingga 21 tahun, 226 00:09:21,910 --> 00:09:24,544 aku tak akan benarkan ketakutan menguasai hidupku lagi. 227 00:09:24,670 --> 00:09:26,520 Aku akan menjadi berani, 228 00:09:26,520 --> 00:09:29,530 aku akan mencapai impianku, 229 00:09:29,530 --> 00:09:31,270 aku mahu mengubah sikapku, 230 00:09:31,270 --> 00:09:33,280 aku mahu buat perkara luar biasa dalam hidup. 231 00:09:33,280 --> 00:09:35,370 Aku mahu mencari matlamat dan tujuan hidupku, 232 00:09:35,370 --> 00:09:38,632 Aku mahu tahu bahawa mustahil itu tidak mustahil." 233 00:09:38,780 --> 00:09:41,480 Saya tidak akan beritahu sama ada saya selamat malam itu. 234 00:09:41,480 --> 00:09:42,850 Anda cari jawapan sendiri. 235 00:09:42,850 --> 00:09:43,978 (Ketawa) 236 00:09:43,978 --> 00:09:47,100 Pada malam itu, saya senaraikan 10 Throme pertama saya: 237 00:09:47,100 --> 00:09:50,210 Saya akan melawat semua benua utama, 238 00:09:50,210 --> 00:09:51,700 melawat 7 Keajaiban Dunia, 239 00:09:51,700 --> 00:09:53,330 belajar pelbagai bahasa, 240 00:09:53,330 --> 00:09:54,940 hidup di pulau terpencil, 241 00:09:54,940 --> 00:09:56,480 hidup di atas kapal di lautan, 242 00:09:56,480 --> 00:09:58,650 hidup dengan orang asli di Amazon, 243 00:09:58,650 --> 00:10:01,210 mendaki gunung tertinggi di Sweden, 244 00:10:01,210 --> 00:10:03,180 melihat Gunung Everest semasa matahari terbit, 245 00:10:03,190 --> 00:10:05,390 berkerja dalam bidang muzik di Nashville, 246 00:10:05,400 --> 00:10:07,060 bekerja dengan sarkas, 247 00:10:07,080 --> 00:10:09,120 dan saya mahu terjun dari kapal terbang. 248 00:10:09,120 --> 00:10:11,410 Selepas dua puluh tahun, saya telah capai kebanyakan. 249 00:10:11,410 --> 00:10:12,410 throme itu 250 00:10:12,410 --> 00:10:14,850 Setiap kali saya memotong satu throme dalam senarai, 251 00:10:14,850 --> 00:10:18,190 Saya tambah 5 atau 10 lagi dalam senarai yang semakin bertambah. 252 00:10:18,800 --> 00:10:23,280 Selama tujuh tahun saya tinggal di sebuah pulau kecil di Bahamas 253 00:10:23,320 --> 00:10:25,360 selama tujuh tahun 254 00:10:25,370 --> 00:10:27,274 dalam pondok jerami, 255 00:10:29,480 --> 00:10:33,820 Menombak jerung dan ikan pari untuk makan, bersendirian atas pulau, 256 00:10:33,820 --> 00:10:36,249 memakai cawat, 257 00:10:36,680 --> 00:10:39,160 dan saya belajar berenang dengan jerung. 258 00:10:39,160 --> 00:10:40,980 Kemudian, saya berpindah ke Mexico. 259 00:10:40,980 --> 00:10:45,000 Kemudian, ke Lembangan Sungai Amazon di Ecuador, 260 00:10:45,241 --> 00:10:48,100 Pujo Pongo Ecuador,tinggal bersama orang asli di sana. 261 00:10:48,100 --> 00:10:52,180 Sedikit demi sedikit, saya semakin yakin hanya dengan throme saya. 262 00:10:52,180 --> 00:10:55,100 Saya pindah ke bidang muzik di Nashville,kemudian Sweden, 263 00:10:55,110 --> 00:10:57,870 pindah ke Stockholm untuk bekerja dalam industri muzik di sana. 264 00:10:57,870 --> 00:10:59,700 Saya daki ke puncak Gunung Kebnekaise, 265 00:10:59,700 --> 00:11:03,110 tinggi di atas Bulatan Artik. 266 00:11:03,300 --> 00:11:04,750 Saya belajar menjadi badut, 267 00:11:04,750 --> 00:11:05,860 dan menjugel, 268 00:11:05,860 --> 00:11:07,480 dan berjalan atas kaki bajang, 269 00:11:07,480 --> 00:11:10,440 kayuh ekasikal, makan api, makan kaca. 270 00:11:10,450 --> 00:11:13,620 Pada 1997, saya dengar hanya tinggal kurang dari 12 penelan pedang 271 00:11:13,620 --> 00:11:15,410 dan berkata, "Saya perlu buat itu!" 272 00:11:15,420 --> 00:11:18,290 Saya berjumpa seorang penelan pedang, dan cuba mendapatkan petua. 273 00:11:18,290 --> 00:11:20,190 Dia berkata, "Ya, ada 2 petua: 274 00:11:20,190 --> 00:11:21,926 Pertama, ia sangat bahaya. 275 00:11:21,926 --> 00:11:23,948 Ada yang mati telan pedang. 276 00:11:23,948 --> 00:11:24,953 Kedua, 277 00:11:24,953 --> 00:11:26,206 jangan cuba!" 278 00:11:26,206 --> 00:11:27,520 (Ketawa) 279 00:11:27,540 --> 00:11:29,540 Jadi saya tambah ke senarai throme. 280 00:11:30,440 --> 00:11:33,600 Dan saya berlatih 10 hingga 12 kali sehari, setiap hari 281 00:11:33,660 --> 00:11:35,160 selama empat tahun. 282 00:11:35,209 --> 00:11:36,709 Saya telah buat pengiraan... 283 00:11:36,709 --> 00:11:40,020 4 x 365 [x 12]... 284 00:11:40,020 --> 00:11:42,660 Lebih kurang 13,000 kegagalan 285 00:11:42,660 --> 00:11:45,420 sebelum berjaya menelan pedang pertama pada 2001. 286 00:11:46,002 --> 00:11:47,630 Ketika itu, saya tetapkan throme 287 00:11:47,630 --> 00:11:50,940 untuk menjadi pakar terkemuka di dunia dalam telan pedang. 288 00:11:50,970 --> 00:11:53,820 Saya kaji setiap buku, majalah, rencana akhbar, 289 00:11:53,820 --> 00:11:57,670 semua laporan perubatan, saya belajar fisiologi, anatomi, 290 00:11:57,676 --> 00:11:59,719 Saya bercakap dengan doktor dan jururawat, 291 00:11:59,719 --> 00:12:01,760 menyatukan semua penelan pedang dalam 292 00:12:01,760 --> 00:12:04,120 persatuan Sword Swallowers Association International, 293 00:12:04,120 --> 00:12:06,450 dan menulis kertas kajian perubatan selama 2 tahun 294 00:12:06,450 --> 00:12:08,580 tentang Menelan Pedang dan Kesan Sampingan 295 00:12:08,580 --> 00:12:10,980 yang diterbitkan di dalam British Medical Journal. 296 00:12:11,840 --> 00:12:12,940 dan... Terima kasih. 297 00:12:12,960 --> 00:12:17,748 (Tepukan) 298 00:12:18,200 --> 00:12:21,570 Saya belajar beberapa perkara menarik tentang telan pedang. 299 00:12:21,571 --> 00:12:25,170 Sesetengahnya anda tak pernah terfikir tetapi akan fikirkan selepas ini 300 00:12:25,170 --> 00:12:28,550 Apabila kamu pulang ke rumah, dan memotong stik dengan pisau, 301 00:12:28,550 --> 00:12:31,759 atau pedang, atau "besteck", anda akan fikir tentang ini... 302 00:12:32,657 --> 00:12:36,589 Saya belajar yang telan pedang bermula di India - 303 00:12:36,589 --> 00:12:39,889 tempat pertama saya melihatnya ketika berumur 20 tahun - 304 00:12:39,889 --> 00:12:42,290 kira-kira 4,000 tahun lalu, atau 2000 SM. 305 00:12:42,290 --> 00:12:45,580 Sejak 150 tahun lalu, penelan pedang telah digunakan 306 00:12:45,590 --> 00:12:47,400 dalam bidang sains dan perubatan 307 00:12:47,480 --> 00:12:51,160 dalam membantu membangunkan endoskop tiub kaku pada 1868 308 00:12:51,160 --> 00:12:53,820 oleh Dr. Adolf Kussmaul di Freiburg, Jerman. 309 00:12:53,880 --> 00:12:56,639 Pada 1906, elektrokardiogram di Wales, 310 00:12:56,639 --> 00:13:00,240 untuk mengkaji masalah menelan dan pencernaan, 311 00:13:00,240 --> 00:13:01,860 bronkoskop, benda-benda begitu. 312 00:13:01,860 --> 00:13:03,840 Tetapi dalam 150 tahun ini, 313 00:13:03,840 --> 00:13:07,860 kita tahu tentang ratusan kecederaan dan beberapa dozen kematian... 314 00:13:07,880 --> 00:13:14,560 Ini endoskop tiub kaku yang dicipta oleh Dr. Adolf Kussmaul. 315 00:13:14,740 --> 00:13:18,679 Tetapi kami menemui terdapat 29 kematian dalam 150 tahun ini 316 00:13:18,679 --> 00:13:20,672 termasuk penelan pedang di London yang 317 00:13:20,672 --> 00:13:21,672 telah menusuk jantungnya dengan pedang. 318 00:13:23,142 --> 00:13:25,340 Selain itu, terdapat 3 hingga 8 319 00:13:25,340 --> 00:13:27,780 kecederaan parah akibat telan pedang setiap tahun. 320 00:13:27,780 --> 00:13:29,830 Saya terima panggilan setiap tahun. 321 00:13:29,830 --> 00:13:31,260 Saya baru dapat dua panggilan, 322 00:13:31,260 --> 00:13:34,320 satu dari Sweden, dan satu dari Orlando beberapa minggu lalu, 323 00:13:34,320 --> 00:13:37,019 penelan pedang berada di dalam hospital kerana cedera. 324 00:13:37,019 --> 00:13:38,769 Ia sangat bahaya. 325 00:13:38,769 --> 00:13:41,339 Perkara lain yang saya belajar ialah telan pedang ambil 326 00:13:41,339 --> 00:13:44,210 2 hingga 10 tahun untuk belajar menelan pedang. 327 00:13:44,210 --> 00:13:45,610 untuk kebanyakan orang. 328 00:13:45,610 --> 00:13:48,020 Tetapi penemuan paling menarik ialah 329 00:13:48,020 --> 00:13:51,360 bagaimana penelan pedang belajar membuat perkara mustahil. 330 00:13:51,460 --> 00:13:53,460 Saya akan beritahu satu rahsia: 331 00:13:53,520 --> 00:13:57,580 Jangan tumpu pada 99.9% yang mustahil. 332 00:13:57,580 --> 00:14:02,220 Tumpu pada 0.1% yang mungkin, dan cari cara menjadikannya mungkin. 333 00:14:02,817 --> 00:14:05,470 Mari kita selami minda penelan pedang. 334 00:14:05,630 --> 00:14:08,929 Untuk menelan pedang, meditasi kekuatan fikiran diperlukan, 335 00:14:08,929 --> 00:14:10,260 tumpuan tajam, 336 00:14:10,260 --> 00:14:13,810 kejituan dalam mengasingkan organ dalaman badan 337 00:14:13,810 --> 00:14:15,710 dan mengatasi refleks badan automatik 338 00:14:15,710 --> 00:14:18,200 melalui sinopsis otak yang diperkuat, melalui 339 00:14:18,200 --> 00:14:20,450 memori otot yang berulang 340 00:14:20,450 --> 00:14:23,720 dengan latihan terancang lebih dari 10,000 kali. 341 00:14:24,020 --> 00:14:28,090 Mari lihat perjalanan menakjubkan dalam tubuh penelan pedang. 342 00:14:28,310 --> 00:14:30,130 Untuk menelan pedang, 343 00:14:30,130 --> 00:14:32,250 saya perlu meluncurkan bilah di atas lidah, 344 00:14:32,250 --> 00:14:34,780 menahan refleks geg dalam esofagus, 345 00:14:34,780 --> 00:14:37,740 mengemudi belokan 90 darjah menuruni epiglotis, 346 00:14:38,240 --> 00:14:41,040 melalui krikofarinks sfinkter esofagus atas 347 00:14:41,060 --> 00:14:42,600 menahan refleks peristalsis, 348 00:14:42,600 --> 00:14:44,380 meluncurkan bilah ke dalam rongga dada 349 00:14:44,380 --> 00:14:45,960 antara paru-paru. 350 00:14:46,080 --> 00:14:48,339 Di sini, 351 00:14:48,339 --> 00:14:50,269 saya perlu menolak jantung saya ke tepi. 352 00:14:50,269 --> 00:14:51,720 JIka anda lihat dengan teliti, 353 00:14:51,720 --> 00:14:54,150 anda boleh lihat jantung saya berdegup dengan pedang 354 00:14:54,150 --> 00:14:56,059 kerana pedang itu bersandar pada jantung 355 00:14:56,059 --> 00:14:58,809 dipisahkan oleh satu perlapan inci tisu esofagus. 356 00:14:58,809 --> 00:15:00,460 Anda tak boleh palsukan ini. 357 00:15:00,460 --> 00:15:02,810 Kemudian, pedang diluncur melepasi tulang dada, 358 00:15:02,810 --> 00:15:05,105 sfinkter esofagus bawah, masuk ke perut, 359 00:15:05,105 --> 00:15:07,980 menahan refleks jeluak di dalam perut, terus hingga duodenum. 360 00:15:07,980 --> 00:15:09,020 Mudah saja. 361 00:15:09,020 --> 00:15:10,760 (Ketawa) 362 00:15:10,760 --> 00:15:12,140 Jika saya terus masukkan, 363 00:15:12,140 --> 00:15:15,180 hingga ke tiub Falopio. (Belanda: Eileder) 364 00:15:17,660 --> 00:15:21,260 Tuan-tuan, anda boleh tanya isteri anda tentangnya nanti. 365 00:15:22,140 --> 00:15:24,000 Orang bertanya kepada saya, mereka kata, 366 00:15:24,000 --> 00:15:26,840 "Tentu keberanian tinggi diperlukan untuk merisikokan nyawa, 367 00:15:26,840 --> 00:15:28,920 menolak jantung dan menelan pedang" 368 00:15:28,920 --> 00:15:30,670 Tidak. Keberanian sebenar ialah 369 00:15:30,670 --> 00:15:33,000 untuk budak penakut, pemalu dan kurus itu 370 00:15:33,000 --> 00:15:35,580 merisikokan kegagalan dan penolakan, 371 00:15:35,580 --> 00:15:37,480 membuka hatinya, 372 00:15:37,480 --> 00:15:38,640 dan menebalkan muka 373 00:15:38,640 --> 00:15:40,560 dan berdiri di depan orang yang tak dikenali 374 00:15:40,560 --> 00:15:43,930 dan bercerita tentang ketakutan dan impiannya, 375 00:15:43,930 --> 00:15:47,290 memberanikan diri meluahkan isi hatinya, secara literal dan kiasan. 376 00:15:48,150 --> 00:15:49,560 Anda lihat... terima kasih. 377 00:15:49,560 --> 00:15:53,750 (Tepukan) 378 00:15:54,040 --> 00:15:56,230 Anda lihat, perkara terhebat ialah 379 00:15:56,230 --> 00:15:58,620 saya selalu mahu buat benda menakjubkan dalam hidup 380 00:15:58,620 --> 00:15:59,820 dan kini saya membuatnya. 381 00:15:59,820 --> 00:16:03,040 Tetapi perkara paling menakjubkan bukanlah kerana saya boleh menelan 382 00:16:03,040 --> 00:16:04,330 21 pedang sekaligus, 383 00:16:05,450 --> 00:16:10,380 atau 20 kaki di dalam tangki air dengan 88 jerung dan ikan pari 384 00:16:10,380 --> 00:16:12,213 untuk Ripley's Believe It or Not, 385 00:16:13,853 --> 00:16:17,743 atau yang dipanaskan hingga 1500 darjah untuk Stan Lee's Superhumans 386 00:16:17,743 --> 00:16:19,663 sebagai "Man of Steel" 387 00:16:19,663 --> 00:16:21,040 dan pedang itu sangat panas! 388 00:16:22,806 --> 00:16:25,156 Atau menarik kereta dengan pedang untuk Ripley's, 389 00:16:25,156 --> 00:16:26,026 atau Guinness. 390 00:16:26,476 --> 00:16:28,980 Atau berjaya ke peringkat akhir America's Got Talent, 391 00:16:28,980 --> 00:16:31,690 atau memenangi Hadiah Ig Noble 2007 dalam Perubatan. 392 00:16:31,690 --> 00:16:34,160 Bukan! Itu bukan perkara sebenar yang menakjubkan. 393 00:16:34,160 --> 00:16:36,200 Itu yang orang fikir. Bukan! Bukan itu! 394 00:16:36,200 --> 00:16:38,110 Perkara yang menakjubkan ialah 395 00:16:38,110 --> 00:16:40,940 bahawa Tuhan boleh ambil budak penakut, pemalu dan kurus itu 396 00:16:40,940 --> 00:16:42,350 yang takut pada ketinggian, 397 00:16:42,350 --> 00:16:43,950 yang takut pada air dan jerung 398 00:16:43,950 --> 00:16:46,410 dan doktor dan jururawat dan jarum dan objek tajam 399 00:16:46,410 --> 00:16:47,680 dan bercakap dengan orang. 400 00:16:47,680 --> 00:16:49,250 Dan kini saya terbang ke seluruh dunia 401 00:16:49,250 --> 00:16:51,160 pada ketinggian 30,000 kaki, 402 00:16:51,160 --> 00:16:53,830 menelan objek tajam di dalam air dengan setangki jerung, 403 00:16:53,830 --> 00:16:57,090 dan bercakap dengan doktor, jururawat dan penonton di seluruh dunia. 404 00:16:57,090 --> 00:16:59,410 Itu yang paling menakjubkan bagi saya. 405 00:16:59,830 --> 00:17:01,600 Saya selalu ingin buat yang mustahil. 406 00:17:01,600 --> 00:17:02,390 Terima kasih. 407 00:17:02,390 --> 00:17:03,840 (Tepukan) 408 00:17:03,840 --> 00:17:04,790 Terima kasih. 409 00:17:04,790 --> 00:17:09,590 (Tepukan) 410 00:17:09,760 --> 00:17:11,220 Saya selalu ingin buat perkara yang mustahil, 411 00:17:11,220 --> 00:17:12,640 kini saya membuatnya. 412 00:17:12,640 --> 00:17:15,620 Saya ingin buat yang luar biasa dalam hidup dan mengubah dunia, 413 00:17:15,620 --> 00:17:16,890 kini saya membuatnya. 414 00:17:16,890 --> 00:17:19,049 Saya ingin terbang ke seluruh dunia,buat benda luar biasa 415 00:17:19,049 --> 00:17:20,049 dan menyelamatkan nyawa 416 00:17:20,249 --> 00:17:21,618 dan kini saya membuatnya. 417 00:17:21,618 --> 00:17:22,429 Tahukah anda? 418 00:17:22,429 --> 00:17:24,949 Masih ada sebahagian kecil dari impian besar budak itu 419 00:17:24,949 --> 00:17:26,099 jauh dalam diri ini. 420 00:17:28,731 --> 00:17:36,862 (Ketawa) (Tepukan) 421 00:17:36,862 --> 00:17:40,661 Tahukah anda, saya selalu tercari-cari tujuan hidup saya. 422 00:17:40,661 --> 00:17:41,923 Kini saya menjumpainya. 423 00:17:41,923 --> 00:17:42,690 Tapi cuba teka. 424 00:17:42,690 --> 00:17:44,550 Bukan dengan pedang, bukan yang anda fikir 425 00:17:44,550 --> 00:17:46,000 bukan kekuatan saya. 426 00:17:46,000 --> 00:17:48,510 Sebenarnya dengan kelemahan saya, kata-kata saya. 427 00:17:48,740 --> 00:17:51,260 Tujuan hidup saya adalah untuk mengubah dunia 428 00:17:51,260 --> 00:17:52,660 dengan menembusi ketakutan, 429 00:17:52,660 --> 00:17:55,380 satu pedang pada satu masa, satu perkataan pada satu masa. 430 00:17:55,380 --> 00:17:57,860 Satu pisau pada satu masa, satu nyawa pada satu masa. 431 00:17:57,860 --> 00:17:59,910 Menginspirasikan orang untuk menjadi adiwira 432 00:17:59,910 --> 00:18:02,150 dan membuat yang mustahil dalam hidup. 433 00:18:02,150 --> 00:18:04,010 Tujuan saya ialah membantu orang mencari 434 00:18:04,010 --> 00:18:05,010 tujuan hidup mereka. 435 00:18:05,010 --> 00:18:05,790 Anda pula? 436 00:18:05,790 --> 00:18:07,030 Apa tujuan anda? 437 00:18:07,030 --> 00:18:08,490 Kenapa anda dilahirkan? 438 00:18:09,400 --> 00:18:11,390 Saya percaya bahawa kita semua adiwira. 439 00:18:12,330 --> 00:18:14,100 Apa kuasa anda? 440 00:18:14,920 --> 00:18:17,920 Dalam kalangan lebih 7 bilion orang penduduk dunia, 441 00:18:17,920 --> 00:18:20,940 kini tinggal kurang dari beberapa dozen penelan pedang. 442 00:18:20,940 --> 00:18:22,500 Tetapi anda hanya ada satu. 443 00:18:22,500 --> 00:18:23,610 Anda unik. 444 00:18:23,610 --> 00:18:25,311 Apa cerita anda? 445 00:18:25,771 --> 00:18:27,420 Kenapa anda berbeza? 446 00:18:27,790 --> 00:18:31,560 Ceritakan kisah anda walaupun suara anda kecil dan bergetar. 447 00:18:31,920 --> 00:18:33,130 Apa throme anda? 448 00:18:33,130 --> 00:18:36,240 Jika anda boleh buat apa pun, jadi sesiapa pun, pergi ke mana pun; 449 00:18:36,271 --> 00:18:38,010 Apa anda akan buat? 450 00:18:38,010 --> 00:18:40,030 Apa anda ingin buat dengan hidup anda? 451 00:18:40,030 --> 00:18:41,160 Apa impian besar anda? 452 00:18:41,160 --> 00:18:43,420 Impian besar anda semasa kecil? Ingat kembali. 453 00:18:44,280 --> 00:18:45,910 Saya yakin bukan ini, betul tak? 454 00:18:46,830 --> 00:18:48,210 Apa impian luar biasa anda 455 00:18:48,210 --> 00:18:50,460 yang anda rasa sangat pelik dan sangat kabur? 456 00:18:50,570 --> 00:18:53,873 Saya rasa cerita ini menjadikan impian anda tak pelik pun, betul tak? 457 00:18:55,653 --> 00:18:56,740 Apa pedang anda? 458 00:18:56,740 --> 00:18:58,590 Setiap orang ada pedang, 459 00:18:58,590 --> 00:19:00,840 Pedang bermata dua tentang ketakutan dan impian. 460 00:19:00,840 --> 00:19:03,440 Telan pedang anda, walau apapun ia. 461 00:19:04,570 --> 00:19:05,970 Kejar impian anda, tuan puan. 462 00:19:05,970 --> 00:19:08,670 Tak pernah terlewat untuk menjadi apa yang anda impikan. 463 00:19:10,030 --> 00:19:12,440 Untuk pembuli dengan dodgeball, mereka yang ingat 464 00:19:12,440 --> 00:19:14,620 saya tak akan buat perkara mustahil, 465 00:19:15,340 --> 00:19:17,200 satu sahaja ingin saya katakan: 466 00:19:17,820 --> 00:19:18,850 Terima kasih. 467 00:19:19,070 --> 00:19:21,980 Kerana tanpa penjahat, tiada adiwira. 468 00:19:22,820 --> 00:19:27,505 Saya di sini untuk membuktikan yang mustahil itu tidak mustahil. 469 00:19:28,705 --> 00:19:32,241 Ini sangat berbahaya, ia boleh membunuh saya. 470 00:19:32,501 --> 00:19:33,650 Semoga anda seronok. 471 00:19:33,650 --> 00:19:36,327 (Ketawa) 472 00:19:36,327 --> 00:19:38,700 Saya perlukan bantuan anda untuk ini. 473 00:19:46,611 --> 00:19:48,941 Penonton: Dua, tiga 474 00:19:48,941 --> 00:19:52,351 DM: Bukan. Saya perlukan bantuan anda untuk mengira. Semua orang, ok? 475 00:19:52,351 --> 00:19:53,161 (Ketawa) 476 00:19:53,161 --> 00:19:55,791 Jika anda tahu kira, kira dengan saya. Sedia? 477 00:19:56,091 --> 00:19:56,945 Satu. 478 00:19:56,945 --> 00:19:57,820 Dua. 479 00:19:57,990 --> 00:19:58,740 Tiga. 480 00:19:58,740 --> 00:20:00,860 Tak, itu 2. Tapi anda dah faham. 481 00:20:06,840 --> 00:20:07,574 Penonton: Satu. 482 00:20:07,664 --> 00:20:08,570 Dua. 483 00:20:08,570 --> 00:20:09,420 Tiga. 484 00:20:11,500 --> 00:20:13,280 (Jeritan kecil penonton) 485 00:20:14,900 --> 00:20:16,360 (Sorakan dan tepukan) 486 00:20:16,360 --> 00:20:17,641 DM: Yah! 487 00:20:17,641 --> 00:20:23,181 (Sorakan dan tepukan) 488 00:20:23,181 --> 00:20:24,501 Terima kasih. 489 00:20:25,501 --> 00:20:28,191 Terima kasih dari dasar hati saya. 490 00:20:28,931 --> 00:20:31,280 Sebenarnya, terima kasih dari dasar perut saya. 491 00:20:31,910 --> 00:20:35,130 Saya cakap yang saya akan buat yang mustahil, saya telah membuatnya. 492 00:20:35,130 --> 00:20:37,860 Tapi bukan mustahil yang ini. Saya buat ini setiap hari. 493 00:20:37,860 --> 00:20:41,710 Yang mustahil ialah budak penakut,pemalu dan kurus 494 00:20:41,710 --> 00:20:42,870 menghadapi ketakutannya, 495 00:20:42,870 --> 00:20:44,730 berdiri di sini di atas pentas TED, 496 00:20:44,730 --> 00:20:47,270 dan mengubah dunia, satu perkataan pada satu masa, 497 00:20:47,270 --> 00:20:49,320 satu pedang, satu nyawa pada satu masa. 498 00:20:49,320 --> 00:20:51,400 Jika saya mengubah fikiran anda, 499 00:20:51,400 --> 00:20:54,320 jika saya buat anda percaya yang mustahil itu tidak mustahil, 500 00:20:54,800 --> 00:20:57,100 Jika saya menyedarkan anda yang anda boleh , 501 00:20:57,100 --> 00:20:58,100 membuat perkara yang mustahil 502 00:20:58,100 --> 00:21:01,310 maka tugas saya telah selesai, dan tugas anda baru bermula. 503 00:21:01,340 --> 00:21:04,180 Jangan berhenti bermimpi. jangan berhenti percaya. 504 00:21:04,460 --> 00:21:06,100 Terima kasih kerana percayakan saya 505 00:21:06,100 --> 00:21:07,960 dan menjadi sebahagian dari impian saya. 506 00:21:07,960 --> 00:21:09,550 Ini hadiah saya untuk anda: 507 00:21:09,550 --> 00:21:11,976 Yang mustahil itu tidak... 508 00:21:11,976 --> 00:21:13,310 Penonton: Mustahil. 509 00:21:13,310 --> 00:21:15,300 Jauh berjalan sebahagian daripada hadiah. 510 00:21:15,300 --> 00:21:19,490 (Tepukan) 511 00:21:19,490 --> 00:21:20,500 Terima kasih. 512 00:21:20,500 --> 00:21:27,920 (Sorakan dan tepukan) 513 00:21:27,920 --> 00:21:30,500 Hos: Terima kasih, Dan Meyer. Wow!