SEDIKIT tentang pixel (tekan kamera) Bagus. Saya telah mencipta Instagram dengan pengasas bersama saya Mike, awalnya kami lihat telefon bimbit sebagai peluang untuk mencipta sesuatu yang baru. Sebab untuk pertama kalinya orang membawa komputer ke mana saja di dalam poket mereka. Dan kami memutuskan yang berkongsi imej mungkin merupakan peluang terbesar bagi lima tahun akan datang, dan suatu yang dekat dengan hati kita, sesuatu yang kita mahu habiskan masa kita dengan. Ianya hebat untuk dikatakan kamu ada aplikasi atau idea yang buat x, y atau z tetapi melainkan ia selesaikan masalah sebenar untuk orang mereka takkan gunakannya. Dan persoalannya ialah: Apakah masalah yang kamu selesaikan? (Piper-Jurugambar) Bila orang mula hadapi masalah untuk memaparkan gambar pada skrin, mereka perlu dapatkan cara untuk memecahkan imej ke data. Pada 1957, jurutera komputer terawal bernama Russell Kirsch telah mengambil gambar bayi lelakinya dan mengimbasnya. Ia merupakan gambar digital pertama, sebuah gambar bayi hitam putih yang kasar-- dan itulah bagaimana pixel dilahirkan! Pixel adalah suatu konsep yang menarik kerana anda tidak dapat lihatnya dengan mudah. Tapi sebenarnya, jika kamu mengambil kanta pembesar dan kamu pergi ke skrin kamu sebenarnya boleh lihat yang skrin kamu dibuat daripada dot-dot kecil cahaya. Yang lebih menarik lagi ialah dot-dot kecil cahaya tersebut sebenarnya merupakan pelbagai dot kecil cahaya daripada warna yang berbeza. Ada merah, hijau, dan biru. Pixel secara keseluruhan, dari jauh, mencipta imej dan secara depan mereka hanyalah cahaya kecil yang menyala dan tidak. Kombinasi kesemuanya mencipta imej dan apa yang kamu lihat di skrin kamu setiap hari kamu menggunakan komputer kamu. Jadi kamu akan kerap mendengar terma resolusi, kedua-dua sains komputer dan pengeluar driver akan bercakap berkenaannya. Resolusi ialah secara asasnya dimensi dimana kamu boleh mengukur sebanyak mana pixel pada skrin. Jadi dulu sewaktu saya seorang pelajar sekolah menengah, ianya 640 dengan 480 pixel. Dan harini ia lebih besar. Dan ada persoalan bukan saja tentang mengenai resolusi, tetapi juga ketumpatan. Misalnya, di telefon pintar moden mereka muatkan sama jumlah cahaya kecil yang digelar pixel tetapi di dalam ruang yang padat and inilah yang membolehkan kamu mendapat imej yang lebih tajam. Sekarang, bagaimana kamu menyimpan nilai pixel di dalam fail? Apa yang kamu buat ialah kamu menyimpan nilai merah, hijau dan biru di dalam triplet kecil, secara efektif. Dengan nilai berbeza yang setiap satunya menjadi satu pixel. Nilai merangkumi dari 0 hingga 255. 0 akan menjadi sangat gelap, 255 akan menjadi sangat terang. Nilai triplet bersama tersebut menjadi satu pixel. Satu fail imej, tak kira ianya jpeg, gif, png, dll. mengandungi jutaan triplet RGB (red-green-blue) Jadi bagaimana computer menyimpan kesemua data tersebut? Semua data pengkomputeran dan visual diwakili oleh bit. Satu bit ada 2 keadaan: buka atau tutup. Tapi sebalik daripada buka atau tutup, komputer menggunakan 1 dan 0 -- binari! Satu fail imej adalah sebenarnya sekumpulan 1 dan 0. Tapi kenapa nilai RGB bermula dari 0 ke 255? Rupa-rupanya setiap saluran warna, RGB, diwakili oleh 8 bit, yang dipanggil satu byte. Jika anda tahu sistem nombor binari, anda tahu bahawa nombor maksimum yang boleh diwakili oleh 8 bit ialah 255. 255 bersamaan dengan lapan 1 di dalam satu baris. Dan paling rendah ialah 0 atau lapan 0 di dalam baris. Lantaran, 0 ke 255 memberi kita 256 jenis intensiti setiap saluran warna. Kita boleh mewakilkan satu pixel warna turquoise contohnya, dalam sistem nombor decimal tradisional kita sebagai 64 (untuk sedikit merah), 224 (untuk banyak hijau), dan 208 (untuk sedikit biru). Tetapi komputer akan menyimpannya sebagai 0100 0000 1110 0000 1101 0000. Kita guna 24 digit binari bagi mewakili satu pixel. Jadi daripada binari, artis digital selalunya guna sistem nombor hexadecimal bagi mewakili warna. Jadi kita boleh mewakilkan warna turquoise yang sama menggunakan hanya enam digit hexadecimal: 40 E0 D0. Yang lebih ringkas. Katakan kamu mahu ubah suai warna sesuatu imej. Bagaimana kamu lakukannya? Pada dasarnya. ada pelbagai cara memetakan fungsi dimana kamu mengambil nilai input pixel. Jadi kamu ambil nilai input merah, hijau, dan biru yang mewakili warna tersebut. Kemudian kamu petakannya menggunakan suatu fungsi ke nilai merah, hijau, dan biru yang baru. Katakan kamu mahu membuat imej yang lebih gelap. Satu cara bagi melakukannya adalah dengan mengambil nilai merah, hijau, dan biru yang dimasukkan dan katakan tolak pemalar tetap dari setiap satu, contohnya tolak 50. Jelas sekali yang kamu tidak boleh pergi bawah 0, tapi kamu hanya menolak 50 dari setiap satu dan itulah outputnya. Jadi inputnya ialah M, H, B dan outputnya ialah M-50, H-50, B-50. Apa yang anda bakal lihat ialah anda telah mengambil imej dengan kecerahan tertentu, dan anda dapat imej yang lebih gelap. Apa yang ramai orang tak sedar ialah tentang Instagram yang pada asalnya orang fikir hanyalah sebagai cara menapis imej, membuat imej kelihatan hebat dalam cara tertentu atau retro. Dan apa yang ia bercambah menjadi adalah lebih penting, ia adalah cara orang berhubung. Ia bukan saja pasal melihat foto rakan dan keluarga anda, tetapi sebenarnya kebolehan meneroka perkara yang terjadi di serata dunia. Samada ianya rusuhan di luar negara, pergerakan sosial, anda boleh pada dasarnya mendapat maklumat dalam kaedah visual. Dan itu membolehkan kita untuk berkembang dengan pesat dan menjadi platfom yang universal. Belajar dengan lebih lanjut di studio.code.org.