"Ya?"
"Helo, Jackie bercakap ni."
Hai, nama saya Tony.
Selamat datang ke Every Frame A Painting.
Ada pembuat filem yang boleh buat aksi,
ada yang boleh buat komedi.
Jackie Chan merupakan pakar menggabungkan
kedua-duanya selama 40 tahun.
Baru-baru ini, ada banyak filem yang
menggabungkan adegan-adegan kelakar...
dengan adegan-adegan berlawan.
Meskipun filem yang ada itu
bagus, kedua-dua unsur ini
macam dikerjakan oleh dua pengarah
yang berbeza gaya mereka.
Inilah tarikan hebat Jackie Chan.
Dalam gayanya, aksi itulah komedi.
Prinsip pengfileman yang sama
juga ditunjukkan sama ada anda
mahu berlawak mahupun berhandal.
Ayuh kita mulakan.
Jika anda mahu melihat nama-nama
filem yang tertera sambil saya ceritakan
ini, silalah tekan butang CC di bawah.
Anda bersedia? Jom kita mulakan!
Bagaimanakah Jackie menghasilkan
aksi yang juga kelakar?
Perkara pertama: dia menjadikan dirinya
kekurangan.
Tak kiralah apa filem pun, Jackie
selalu bermula di bawah lawannya.
Dia berkaki ayam, dia bergari...
dalam mulutnya ada bom.
Dari titik inilah dia perlu
usahakan diri kembali ke atas.
Setiap aksi menghasilkan reaksi yang logik.
Dan apabila kita ikuti logik itu...
...akan terhasillah lawak di situ.
Gaya komedi sebegini berasal dari
bintang-bintang filem senyap
seperti Chaplin, Lloyd dan Keaton.
Jackie ringkaskan gaya ini
menjadi sepatah dialog.
"Tolonglah!
Aku kata aku tak nak cari masalah!"
Kerana Jackie merupakan "underdog",
dia perlu menjadi kreatif.
Ini membawa kita ke no.2:
dia menggunakan apa saja di sekelilingnya.
Ini satu aspek gayanya
yang paling terkenal.
Ambilkan benda yang biasa,
lakukan yang luar biasa dengan ia.
Dia berlawan pakai kerusi...
...pakaian...
...penyepit...
...papan kekunci...
...Lego...
...peti sejuk...
...dan semestinya...!
Ia bukan saja menjadikan lawanannya
organik dan masuk akal,
malah memberikan lawak yang
tak mungkin boleh terhasil di tempat lain.
No. 3: Jackie suka kejelasan.
Dia takkan buat adegan-adegan yang gelap
kalau semua set bertona biru.
Musuhnya pakai hitam,
dia pakai warna putih.
Kalau musuh-musuhnya berpakaian
putih, da pula yang ranggi.
Gambarannya begitu jelas sampaikan
setiap syot menunjukkan dia
membawa aksi yang seterusnya.
Di sini, meskipun kita
sedang melihat 'stuntman',
2/3 gambar menunjukkan tangga.
Beberapa saat kemudian,
kita lihat sebabnya.
Jackie jarang menggunakan
kamera 'handheld' ataupun 'dolly'
untuk tujuan begini.
JC: "Ada banyak pergerakan dalam
filem-filem dibuat di Amerika."
"Bila sudut kamera bergerak-gerak, maksudnya
pelakon-pelakon tak pandai berlawan. "
Kita boleh lihat dalam gerak perlahan
bagaimana pengendali kamera
berayun-ayun untuk menjadikan
pukulan mereka tampak keras.
Tapi sebab Jackie MEMANG BOLEH berlawan...
JC: "Saya tak pernah gerakkan kamera saya.
Selalu saja ia tegak. Sudut lebar."
"jadi nampaklah saya lompat,
saya buat flip, saya terjun."
Apabila anda filemkan sebegini,
semuanya nampak lebih mengagumkan
kerana aksi dan reaksi berada
dalam gambar yang sama.
Perhatikan kita boleh lihat Jackie,
kereta dan dinding sekaligus.
Lagak ngeri yang sama
dalam 'Rush Hour 3' tidak masukkan
semua unsur dalam satu gambar.
Jadi tidak berkesan di sini.
Prinsip yang sama juga
digunakan dalam komedi.
Syot ini - arahan Sammo Hung -
menunjukkan tumbukkan, riak wajah
si penjahat dan Jackie
semuanya dalam satu.
Perhatikan pula lawak yang
sama dalam 'Shanghai Noon'.
Di sini, syot aksi dan
syot reaksi berasingan.
Ia berkesan, tapi kuatnya tak seberapa.
Kenapa tidak lebih pengarah
buat benda sebegini?
Sebab no. 5: mereka kesempitan masa.
Jackie seorang yang obseskan kesempurnaan,
dia sanggup buat banyak 'take' yang perlu
untuk menjadikannya betul-betul tepat.
Di Hong Kong, dia punya sokongan studio
yang memberikannya masa berbulan-bulan
membuat penggambaran.
JC: "Benda yang paling susah masa
saya baling kipas tu, ia datang balik."
"Pakai 120 'take'. Adegan-adegan macam
tu awak kata, 'Wow, hebatlah Jackie ni.'"
"Tak hebat pun. Awak pun boleh buat.
Bezanya awak boleh bersabar ke tidak."
Apabila saya menonton semula
karyanya, benda-benda kecil inilah
yang paling mengagumkan saya.
Jackie tidak perlu buat benda macam
ini, ia memakan banyak bajetnya.
Tetapi dia buat juga kerana
dia mahu membuatnya.
???????
JC: "Tapi studio-studio Amerika tak kasi
buat benda macam ni."
"Semuanya kerana duit."
"Karya-karyanya di AS juga
ketinggalan sesuatu..."
"Ada rentaknya sekali ikut
syot-syot dibuat dan disunting."
"Jackie ada cakap satu
benda yang begitu menarik - "
"penonton tidak tahu rentak itu hilang
sampai rentakitu sudah tiada."
Adegan lawan Jackie punya
rentak muzikal yang menonjol,
ia satu pemasaan dia lakukan di set
bersama pelakon-pelakon lain.
"Sedia, 'action'.
Berhenti di tempat tu saja!"
"Berhenti di situ, jangan kejar!"
"Nampak? Semuanya nampak elok."
Pakar seni pertahankan diri pun
ada masalah dengan perkara ini.