Katakan ini ialah anda. Anda sedang menghayati cuaca cerah dan anda mahu menarik nafas yang panjang. Semestinya, apa yang anda fokuskan ialah oksigen. Itulah yang manusia perlukan untuk hidup. Jadi, anda menarik nafas yang panjang. Katakan, anda menarik nafas melalui mulut. Anda menarik nafas yang panjang melalui mulut. Kemudian, anda menarik nafas yang panjang sekali lagi, dan anda menarik nafas melalui hidung. Anda mungkin fikir, "kedua-duanya ialah 2 cara yang berbeza untuk mengambil udara." Memang ia kelihatan begitu apabila anda melihat mulut dan hidung. Kedua-duanya tidak kelihatan mempunyai banyak persamaan. Tapi, jika anda mengekori udara, ia melalui laluan yang sama. Udara akan menuju ke kerongkong tidak kira bagaimana anda mengambilnya. Di sini, udara masuk melalui hidung, di sini, udara masuk melalui mulut, dan ia bertemu di kerongkong. Ia akan masuk ke dalam, ia menuju ke Adam's apple. Saya akan naikkannya agar anda dapat lihat dengan jelas. Anda dapat lihat Adam's apple di sini. Anda boleh cuba mencari Adam's apple anda. Ia ialah struktur yang menarik di bahagian tengah kerongkong anda. Semua orang memilikinya, inilah perkara pertama yang saya mahu beritahu anda. Semua orang memilikinya, bukan hanya lelaki, perempuan juga memilikinya. Ia dipanggil Adam's apple kerana biasanya "Adam" ialah nama lelaki. Ia mengingatkan kita bahawa biasanya lelaki memiliki Adam's apple yang lebih besar berbanding perempuan. Jika anda cuba mencarinya, ia ialah sebuah takik di sini. Jika anda dapat merasa takik itu dengan jari anda, ia ialah petunjuk yang baik tentang lokasinya. Inilah Adam's apple, ia membantu anda mengawal suara anda. Terdapat nama yang lain untuk Adam's apple. Kadangkala, ia dipangil pita suara. Udara melalui pita suara yang merupakan laluan masuk ke trakea. Ia membolehkan saya meninggikan atau merendahkan suara saya, bergantung kepada bagaimana saya mengubah otot di sekitar Adam's apple. Itulah perkara pertama yang saya mahu beritahu anda, iaitu anda boleh mengawal suara anda. Saya pasti anda tahu tentangnya, tapi apa yang anda gunakan ialah Adam's apple, pita suara anda. Jadi, udara akan terus masuk. Bahagian udara yang kita fokuskan ialah oksigen. Ia akan menuju ke peparu. Ia melalui trakea dan menuju ke peparu, iaitu peparu kiri dan peparu kanan. Saya akan gunakan L untuk peparu kiri dan R untuk peparu kanan. Anda akan tanya, "Adakah ia terbalik?" Ingatlah bahawa ini adalah dari perspektif pemilik peparu. Sebab itu, saya melabelkannya begitu. Saya akan mula melabel bahagian-bahagian ini. Anda boleh lihat bahawa kedua-dua peparu nampak berbeza, betul? Ia kelihatan sedikit berbeza, contohnya, yang ini mempunyai 3 lobus. Peparu kanan mempunyai 3 lobus yang dipanggil lobus atas, lobus tengah, dan lobus bawah. Peparu kiri hanya mempunyai 2 lobus, itulah perbezaan yang ketara. Perbezaan kedua ialah, terdapatnya sesuatu di tengah yang dipanggil takik kardium. Ia dipanggil takik kardium. Ia dipanggil begitu kerana tempat itu terbentuk kerana jantung terkeluar dari sini. Ia akibatkan sebuah takik di peparu. Jadi, jantung menduduki sedikit ruang ini. Ini ialah jantung. Ia akibatkan takik itu. Jadi, inilah ruang jantung. Di sebelah ini, terdapat 2 lobus, lobus atas dan lobus bawah. Ia adalah eksklusif, belahan peparu berada di tempat masing-masing. Jika anda mahu tahu jika ia ialah peparu kiri atau peparu kanan, anda boleh lihat lobusnya, bilangan lobus, atau cari takik kardium itu. Di sekitar peparu, terdapatnya tulang rusuk. Terdapat juga otot tulang rusuk di kedua-dua belah. Di bawah peparu dan jantung, terdapatnya lapisan otot. Ia merangkumi bahagian ini. Ia membentuk lantai. Jantung dan peparu berada di atas otot ini. Ia dipanggil otot diafragma. Tulang rusuk membentuk dinding. Jadi, apakah yang ada di sini? Terdapatnya sebuah bilik yang besar dan lantai. Bilik ini dipanggil toraks. Di dalam bilik ini, terdapatnya peparu dan jantung. Okey. Tapi, saya belum tunjukkan udara menuju ke mana. Saya telah tunjukkan ia menuju ke peparu, tapi anda belum tahu ia menuju ke mana selepas itu. Jadi, saya akan padamkan kebanyakan bahan di sini. Saya akan tunjukkannya. Jika anda pakai kaca mata X-ray dan lihat peparu anda, ia akan kelihatan begini. Ia mempunyai reka bentuk yang menarik, cara terbaik untuk fikirkannya ialah bayangkan sepohon pokok. Bayangkan sepohon pokok yang diterbalikkan. Jadi, terdapatnya dahan yang bercabang. Jika anda terbalikkan pokok ini, ia kelihatan seperti peparu kita. Peparu kita adalah seperti pokok yang diterbalikkan, bahkan struktur ini dipanggil pokok bronkial. Peparu kelihatan tidak teratur dan rumit. Bayangkannya sebagai pokok yang terbalik dan tiba-tiba ia kelihatan mudah, pada dasarnya ini batang pokok, ia bercabang dari sini. Udara masuk melalui batang ini, iaitu trakea, dan ia mula terbahagi. Kawasan hijau dan kawasan ungu ini meliputi lobus yang berbeza. Kawasan hijau ini meliputi lobus bawah, kawasan ungu meliputi lobus atas. Di sebelah ini, terdapatnya lobus atas, lobus tengah, dan lobus bawah. Saya tahu, ia nampak pelik kerana sedikit cabang hijau ini juga meliputi lobus tengah di sini; sedikit cabang jingga juga meliputi lobus atas di sini. Tapi, cuba bayangkan, ini ialah peparu dalam bentuk 3 dimensi. Secara literal, kita sedang melihat bahagian depan, tapi sudah tentu lobus tengah juga mempunyai bahagian belakang. Jika anda melihat dari belakang, adalah munasabah juga kenapa cabang jingga berada di situ. Biar saya teruskan perjalanan udara kerana saya mahu tamatkannya. Katakan, kita mengambil cabang ini dan zum masuk. Kita terus mengezum masuk sehingga kita tidak dapat lihatnya dengan mata kasar; tapi anda boleh lihatnya dengan mikroskop. Ia akan kelihatan seperti ini. Di bawah mikroskop, ia kelihatan seperti pundi-pundi ini. Pundi-pundi ini dipanggil alveolus. udara akan masuk ke dalam alveolus. Ia menemui janlan buntu dan keluar semula. Kemudian, anda menghembuskannya keluar. Itulah dia pernafasan. Udara masuk melalui mulut ke alveolus, ambil pusingan U dan keluar semula. Tapi sebelum ia keluar semula- Saluran darah berada di tepi alveolus. Katakan, darah mengalir dari sini ke situ, apa yang akan berlaku ialah, Saya akan mulakan dengan masuk ke dalam darah. Oksigen akan masuk ke dalam darah, manakala bahan buangan akan keluar dari darah. Jadi, terdapatnya bahan buangan, iaitu karbon dioksida yang dihasilkan oleh sel-sel. Bahan buangan ini akan dibuang balik ke alveolus. Jadi, anda telah lihat bagaimana oksigen dari luar dibawa masuk ke peparu apabila anda menarik nafas, dibawa masuk ke peparu apabila anda menarik nafas, kemudian, anda menghembus nafas dan membebaskan karbon dioksida.