1 00:00:01,000 --> 00:00:04,000 Katakan ini ialah anda. Anda sedang menghayati cuaca cerah 2 00:00:04,000 --> 00:00:09,000 dan anda mahu menarik nafas yang panjang. 3 00:00:09,000 --> 00:00:15,000 Semestinya, apa yang anda fokuskan ialah oksigen. 4 00:00:15,000 --> 00:00:21,000 Itulah yang manusia perlukan untuk hidup. 5 00:00:21,000 --> 00:00:24,000 Jadi, anda menarik nafas yang panjang. Katakan, anda menarik nafas melalui mulut. 6 00:00:24,000 --> 00:00:26,000 Anda menarik nafas yang panjang melalui mulut. 7 00:00:26,000 --> 00:00:30,000 Kemudian, anda menarik nafas yang panjang sekali lagi, 8 00:00:30,000 --> 00:00:31,000 dan anda menarik nafas melalui hidung. 9 00:00:31,000 --> 00:00:36,000 Anda mungkin fikir, "kedua-duanya ialah 2 cara yang berbeza untuk mengambil udara." 10 00:00:36,000 --> 00:00:40,000 Memang ia kelihatan begitu apabila anda melihat mulut dan hidung. 11 00:00:40,000 --> 00:00:42,000 Kedua-duanya tidak kelihatan mempunyai banyak persamaan. 12 00:00:42,000 --> 00:00:45,000 Tapi, jika anda mengekori udara, 13 00:00:45,000 --> 00:00:50,000 ia melalui laluan yang sama. 14 00:00:50,000 --> 00:00:56,000 Udara akan menuju ke kerongkong tidak kira bagaimana anda mengambilnya. 15 00:00:56,000 --> 00:00:59,000 Di sini, udara masuk melalui hidung, 16 00:00:59,000 --> 00:01:03,000 di sini, udara masuk melalui mulut, dan ia bertemu di kerongkong. 17 00:01:03,000 --> 00:01:10,000 Ia akan masuk ke dalam, ia menuju ke Adam's apple. 18 00:01:10,000 --> 00:01:14,000 Saya akan naikkannya agar anda dapat lihat dengan jelas. 19 00:01:14,000 --> 00:01:19,000 Anda dapat lihat Adam's apple di sini. 20 00:01:19,000 --> 00:01:22,000 Anda boleh cuba mencari Adam's apple anda. 21 00:01:22,000 --> 00:01:27,000 Ia ialah struktur yang menarik di bahagian tengah kerongkong anda. 22 00:01:27,000 --> 00:01:30,000 Semua orang memilikinya, inilah perkara pertama yang saya mahu beritahu anda. 23 00:01:30,000 --> 00:01:34,000 Semua orang memilikinya, bukan hanya lelaki, perempuan juga memilikinya. 24 00:01:34,000 --> 00:01:41,000 Ia dipanggil Adam's apple kerana biasanya "Adam" ialah nama lelaki. 25 00:01:41,000 --> 00:01:49,000 Ia mengingatkan kita bahawa biasanya lelaki memiliki Adam's apple yang lebih besar berbanding perempuan. 26 00:01:49,000 --> 00:01:54,000 Jika anda cuba mencarinya, ia ialah sebuah takik di sini. 27 00:01:54,000 --> 00:01:57,000 Jika anda dapat merasa takik itu dengan jari anda, 28 00:01:57,000 --> 00:02:00,000 ia ialah petunjuk yang baik tentang lokasinya. 29 00:02:00,000 --> 00:02:06,000 Inilah Adam's apple, ia membantu anda mengawal suara anda. 30 00:02:06,000 --> 00:02:08,000 Terdapat nama yang lain untuk Adam's apple. 31 00:02:08,000 --> 00:02:13,000 Kadangkala, ia dipangil pita suara. 32 00:02:13,000 --> 00:02:21,000 Udara melalui pita suara yang merupakan laluan masuk ke trakea. 33 00:02:21,000 --> 00:02:28,000 Ia membolehkan saya meninggikan atau merendahkan suara saya, 34 00:02:28,000 --> 00:02:34,000 bergantung kepada bagaimana saya mengubah otot di sekitar Adam's apple. 35 00:02:34,000 --> 00:02:39,000 Itulah perkara pertama yang saya mahu beritahu anda, iaitu anda boleh mengawal suara anda. 36 00:02:39,000 --> 00:02:44,000 Saya pasti anda tahu tentangnya, tapi apa yang anda gunakan ialah Adam's apple, pita suara anda. 37 00:02:44,000 --> 00:02:49,000 Jadi, udara akan terus masuk. 38 00:02:49,000 --> 00:02:54,000 Bahagian udara yang kita fokuskan ialah oksigen. 39 00:02:54,000 --> 00:02:58,000 Ia akan menuju ke peparu. 40 00:02:58,000 --> 00:03:05,000 Ia melalui trakea dan menuju ke peparu, iaitu peparu kiri dan peparu kanan. 41 00:03:05,000 --> 00:03:11,000 Saya akan gunakan L untuk peparu kiri dan R untuk peparu kanan. 42 00:03:11,000 --> 00:03:14,000 Anda akan tanya, "Adakah ia terbalik?" 43 00:03:14,000 --> 00:03:19,000 Ingatlah bahawa ini adalah dari perspektif pemilik peparu. 44 00:03:19,000 --> 00:03:23,000 Sebab itu, saya melabelkannya begitu. 45 00:03:23,000 --> 00:03:26,000 Saya akan mula melabel bahagian-bahagian ini. 46 00:03:26,000 --> 00:03:30,000 Anda boleh lihat bahawa kedua-dua peparu nampak berbeza, betul? 47 00:03:30,000 --> 00:03:34,000 Ia kelihatan sedikit berbeza, contohnya, yang ini mempunyai 3 lobus. 48 00:03:34,000 --> 00:03:40,000 Peparu kanan mempunyai 3 lobus yang dipanggil lobus atas, lobus tengah, dan lobus bawah. 49 00:03:40,000 --> 00:03:45,000 Peparu kiri hanya mempunyai 2 lobus, itulah perbezaan yang ketara. 50 00:03:45,000 --> 00:03:53,000 Perbezaan kedua ialah, terdapatnya sesuatu di tengah yang dipanggil takik kardium. 51 00:03:53,000 --> 00:03:57,000 Ia dipanggil takik kardium. 52 00:03:57,000 --> 00:04:03,000 Ia dipanggil begitu kerana tempat itu terbentuk 53 00:04:03,000 --> 00:04:07,000 kerana jantung terkeluar dari sini. 54 00:04:07,000 --> 00:04:11,000 Ia akibatkan sebuah takik di peparu. 55 00:04:11,000 --> 00:04:15,000 Jadi, jantung menduduki sedikit ruang ini. Ini ialah jantung. 56 00:04:15,000 --> 00:04:22,000 Ia akibatkan takik itu. Jadi, inilah ruang jantung. 57 00:04:22,000 --> 00:04:27,000 Di sebelah ini, terdapat 2 lobus, lobus atas dan lobus bawah. 58 00:04:27,000 --> 00:04:31,000 Ia adalah eksklusif, belahan peparu berada di tempat masing-masing. 59 00:04:31,000 --> 00:04:36,000 Jika anda mahu tahu jika ia ialah peparu kiri atau peparu kanan, 60 00:04:36,000 --> 00:04:40,000 anda boleh lihat lobusnya, bilangan lobus, atau cari takik kardium itu. 61 00:04:40,000 --> 00:04:45,000 Di sekitar peparu, terdapatnya tulang rusuk. 62 00:04:45,000 --> 00:04:52,000 Terdapat juga otot tulang rusuk di kedua-dua belah. 63 00:04:52,000 --> 00:04:59,000 Di bawah peparu dan jantung, terdapatnya lapisan otot. 64 00:04:59,000 --> 00:05:05,000 Ia merangkumi bahagian ini. 65 00:05:05,000 --> 00:05:08,000 Ia membentuk lantai. 66 00:05:08,000 --> 00:05:14,000 Jantung dan peparu berada di atas otot ini. 67 00:05:14,000 --> 00:05:21,000 Ia dipanggil otot diafragma. 68 00:05:21,000 --> 00:05:26,000 Tulang rusuk membentuk dinding. Jadi, apakah yang ada di sini? 69 00:05:26,000 --> 00:05:32,000 Terdapatnya sebuah bilik yang besar dan lantai. 70 00:05:32,000 --> 00:05:36,000 Bilik ini dipanggil toraks. 71 00:05:36,000 --> 00:05:40,000 Di dalam bilik ini, terdapatnya peparu dan jantung. 72 00:05:40,000 --> 00:05:46,000 Okey. Tapi, saya belum tunjukkan udara menuju ke mana. 73 00:05:46,000 --> 00:05:51,000 Saya telah tunjukkan ia menuju ke peparu, tapi anda belum tahu ia menuju ke mana selepas itu. 74 00:05:51,000 --> 00:05:53,000 Jadi, saya akan padamkan kebanyakan bahan di sini. 75 00:05:53,000 --> 00:05:59,000 Saya akan tunjukkannya. Jika anda pakai kaca mata X-ray 76 00:05:59,000 --> 00:06:03,000 dan lihat peparu anda, ia akan kelihatan begini. 77 00:06:03,000 --> 00:06:11,000 Ia mempunyai reka bentuk yang menarik, cara terbaik untuk fikirkannya ialah 78 00:06:11,000 --> 00:06:14,000 bayangkan sepohon pokok. 79 00:06:14,000 --> 00:06:19,000 Bayangkan sepohon pokok yang diterbalikkan. 80 00:06:19,000 --> 00:06:24,000 Jadi, terdapatnya dahan yang bercabang. 81 00:06:24,000 --> 00:06:31,000 Jika anda terbalikkan pokok ini, ia kelihatan seperti peparu kita. 82 00:06:31,000 --> 00:06:37,000 Peparu kita adalah seperti pokok yang diterbalikkan, 83 00:06:37,000 --> 00:06:42,000 bahkan struktur ini dipanggil pokok bronkial. 84 00:06:42,000 --> 00:06:47,000 Peparu kelihatan tidak teratur dan rumit. 85 00:06:47,000 --> 00:06:52,000 Bayangkannya sebagai pokok yang terbalik dan tiba-tiba 86 00:06:52,000 --> 00:06:57,000 ia kelihatan mudah, pada dasarnya ini batang pokok, 87 00:06:57,000 --> 00:07:01,000 ia bercabang dari sini. 88 00:07:01,000 --> 00:07:06,000 Udara masuk melalui batang ini, iaitu trakea, dan ia mula terbahagi. 89 00:07:06,000 --> 00:07:12,000 Kawasan hijau dan kawasan ungu ini meliputi lobus yang berbeza. 90 00:07:12,000 --> 00:07:18,000 Kawasan hijau ini meliputi lobus bawah, kawasan ungu meliputi lobus atas. 91 00:07:18,000 --> 00:07:23,000 Di sebelah ini, terdapatnya lobus atas, lobus tengah, dan lobus bawah. 92 00:07:23,000 --> 00:07:25,000 Saya tahu, ia nampak pelik kerana 93 00:07:25,000 --> 00:07:30,000 sedikit cabang hijau ini juga meliputi lobus tengah di sini; 94 00:07:30,000 --> 00:07:34,000 sedikit cabang jingga juga meliputi lobus atas di sini. 95 00:07:34,000 --> 00:07:39,000 Tapi, cuba bayangkan, 96 00:07:39,000 --> 00:07:45,000 ini ialah peparu dalam bentuk 3 dimensi. 97 00:07:45,000 --> 00:07:48,000 Secara literal, kita sedang melihat bahagian depan, 98 00:07:48,000 --> 00:07:52,000 tapi sudah tentu lobus tengah juga mempunyai bahagian belakang. 99 00:07:52,000 --> 00:07:57,000 Jika anda melihat dari belakang, adalah munasabah juga kenapa cabang jingga berada di situ. 100 00:07:57,000 --> 00:08:01,000 Biar saya teruskan perjalanan udara kerana saya mahu tamatkannya. 101 00:08:01,000 --> 00:08:05,000 Katakan, kita mengambil cabang ini dan zum masuk. 102 00:08:05,000 --> 00:08:09,000 Kita terus mengezum masuk 103 00:08:09,000 --> 00:08:12,000 sehingga kita tidak dapat lihatnya dengan mata kasar; 104 00:08:12,000 --> 00:08:16,000 tapi anda boleh lihatnya dengan mikroskop. Ia akan kelihatan seperti ini. 105 00:08:16,000 --> 00:08:21,000 Di bawah mikroskop, ia kelihatan seperti pundi-pundi ini. 106 00:08:21,000 --> 00:08:27,000 Pundi-pundi ini dipanggil alveolus. 107 00:08:27,000 --> 00:08:30,000 udara akan masuk ke dalam alveolus. 108 00:08:30,000 --> 00:08:34,000 Ia menemui janlan buntu dan keluar semula. 109 00:08:34,000 --> 00:08:37,000 Kemudian, anda menghembuskannya keluar. Itulah dia pernafasan. 110 00:08:37,000 --> 00:08:42,000 Udara masuk melalui mulut ke alveolus, ambil pusingan U dan keluar semula. 111 00:08:42,000 --> 00:08:49,000 Tapi sebelum ia keluar semula- Saluran darah berada di tepi alveolus. 112 00:08:49,000 --> 00:08:55,000 Katakan, darah mengalir dari sini ke situ, apa yang akan berlaku ialah, 113 00:08:55,000 --> 00:08:58,000 Saya akan mulakan dengan masuk ke dalam darah. 114 00:08:58,000 --> 00:09:05,000 Oksigen akan masuk ke dalam darah, manakala bahan buangan akan keluar dari darah. 115 00:09:05,000 --> 00:09:09,000 Jadi, terdapatnya bahan buangan, iaitu karbon dioksida yang dihasilkan oleh sel-sel. 116 00:09:09,000 --> 00:09:14,000 Bahan buangan ini akan dibuang balik ke alveolus. 117 00:09:14,000 --> 00:09:18,000 Jadi, anda telah lihat bagaimana oksigen dari luar 118 00:09:18,000 --> 00:09:21,000 dibawa masuk ke peparu apabila anda menarik nafas, 119 00:09:21,000 --> 00:09:25,000 dibawa masuk ke peparu apabila anda menarik nafas, 120 00:09:25,000 --> 00:09:28,000 kemudian, anda menghembus nafas dan membebaskan karbon dioksida.