Patrick Otema berumur 15 tahun.
Dia dilahirkan pekak,
tapi di kawasan terpencil
di utara Uganda, tiada
sekolah untuk kanak-kanak yang pekak.
Seumur hidup beliau,
Patrick tidak pernah berbual langsung.
Hello, awak baik-baik saja?
Ayahnya, Charles, yang menjaganya.
Mereka hanya boleh berkomunikasi
melalui isyarat yang sangat asas sahaja.
Jika saya bercakap kepadanya seperti
saya bercakap sekarang,
dia takkan faham.
tapi saya boleh buat seperti ini
dan arahkan kepadanya
untuk mengambil cangkul supaya
dia pergi ke kebun.
Kami disini bercakap tentang Patrick
di hadapannya,
dan semasa beliau melihat kami,
beliau tidak faham apa yang
kami katakan.
Ia merasa seperti tidak beradab,
tetapi beginilah hidup Patrick
selama ini.
Saya berada di sini bersama
seseorang
yang mahu mengubah semua itu.
Raymond Okkelo juga pekak dan
merupakan guru bahasa isyarat.
Adakah awak rasa beliau dapat
belajar bahasa isyarat?
Saya rasa saya boleh mengajarnya
dengan senang.
Saya juga seperti dia sebelum ini
Saya tidak boleh menggunakan bahasa
isyarat, satu-satunya perkara yang saya
buat hanyalah menyembunyikan diri
dalam ketakutan.
Lebih kurang beginilah Patrick
memunculkan diri.
Ayahnya membuat isyarat kepadanya
perkara yang dia perlu lakukan.
Dan selepas selesai, beliau pulang
ke pondoknya
untuk menghabiskan harinya
dengan sendiri.
Nasib Patrick merupakan perkara biasa.
Majoriti orang pekak di Sub-Saharan
Afrika
tidak pernah diajar bahasa isyarat.
Oleh kerana mereka tidak dapat
berkomunikasi dengan orang lain,
mereka terperangkap dalam
dunia sendiri.
Raymond menjadi pekak semasa kecil
selepas bertarung dengan malaria.
6 bulan lepas, beliau mengembara ke
ibu kota untuk belajar dengan lebih
mendalam mengenai bahasa isyarat.
Sekarang, beliau pulang ke kampungnya,
untuk melakukan perkara yang tidak
pernah dibuat.
Beliau ingin mengajar bahasa isyarat
untuk pertama kali di sini.
Raymond, adakah anda berasa gementar?
Tidak, saya gembira orang pekak akan
datang ke sini untuk belajar.
Sekarang pada pukul 2 petang, pelajar
pekak yang pertama mula datang...
...dan kelas bermula.
Kelas sudahpun bermula, tetapi
Patrick tidak memunculkan diri lagi.
Saya risau ayahnya tidak mampu
meyakinnya untuk meninggalkan rumah.
Beberapa minit selepas itu,
Patrick sampai ke sini.
♪ (music) ♪
Perubahan Patrick sangat
memberangsangkan.
Susah hendak percaya itu adalah
budak lelaki yang kita jumpa semalam.
Lebih ramai pelajar pekak yang datang.
Ramai yang berjalan jauh untuk ke sini.
Terdapat pelajar lelaki yang berusia
9 tahun dan perempuan berumur 80 tahun.
Sebelum kelas tamat, setiap pelajar
baharu akan kedepan.
Semua orang di dalam kelas mengundi
untuk nama baru mereka.
Mulai sekarang, ini adalah isyarat untuk
nama Patrick.
dan beliau akan menggunakannya
untuk seluruh hidupnya.
Beliau baru sahaja dibaptiskan
untuk dunia baru.