Return to Video

Kenapa Kaedah Peminjaman Berfungsi

  • 0:01 - 0:05
    Selamat datang ke penerangan tentang KENAPA, bukan BAGAIMANA, peminjaman berfungsi...
  • 0:05 - 0:07
    ...dan saya rasa ia adalah sangat penting kerana ramai di kalangan...
  • 0:07 - 0:12
    ...orang yang memahami matematik secara umum atau yang mempunyai...
  • 0:12 - 0:16
    ...pelajaran peringkat ijazah, masih belum pasti mengapa kaedah peminjaman berfungsi.
  • 0:16 - 0:18
    Itu adalah fokus utama dalam perbentangan ini.
  • 0:18 - 0:20
    Katakanlah saya mempunyai suatu masalah penolakkan.
  • 0:20 - 0:23
    1,000-- itu sebenarnya 0.
  • 0:23 - 0:32
    1,005 tolak 616.
  • 0:32 - 0:34
    Saya akan cuba untuk menulis masalah yang sama...
  • 0:34 - 0:35
    ...dengan cara yang berbeza.
  • 0:35 - 0:38
    Kita akan namakannya "bentuk kembangan".
  • 0:38 - 0:40
    1,005-- Saya akan cuba untuk memisahkan...
  • 0:40 - 0:42
    ...angka-angka ini ke "nilai tempat" masing-masing.
  • 0:42 - 0:50
    Maka, 1,000 tambah, kosong pada nilai tempat "ratus"..
  • 0:50 - 0:54
    ...tambah kosong pada nila tempat "puluh", tambah 5.
  • 0:54 - 0:57
    1,005 hanyalah 1,000 tambah 0 tambah 0 tambah 5.
  • 0:57 - 1:00
    Kemudian, ditolakkan pula dengan 616.
  • 1:00 - 1:09
    Itu adalah, tolak 600 tolak 10 tolak 6.
  • 1:09 - 1:13
    616 boleh juga ditulis sebagai 600 tambah 10 tambah 6.
  • 1:13 - 1:15
    Saya letakkan tanda tolak kerana kita sedang menolak...
  • 1:15 - 1:16
    ...kesemua angka tersebut.
  • 1:16 - 1:19
    Mari kita cuba selesaikannya.
  • 1:19 - 1:23
    Jika anda biasa dengan kaedah peminjaman, 5 ini adalah..
  • 1:23 - 1:26
    ..lebih kecil dari 6, jadi kita harus menjadikan 5 ini nombor yang lebih besar..
  • 1:26 - 1:28
    ..supaya dapat ditolakkan dengan 6.
  • 1:28 - 1:31
    KIta tahu dari peminjaman tradisional yang kita perlu..
  • 1:31 - 1:34
    ..meminjam 1 dari sesuatu tempat untuk menjadikan ia kepada 15.
  • 1:34 - 1:36
    Tetapi yang saya ingin lihat sebenarnya, adalah untuk memahami..
  • 1:36 - 1:39
    ..dari mana 1 itu, atau sebenarnya 10 itu datang.
  • 1:39 - 1:41
    Kerana jika 5 ini ditukarkan kepada 15, sebenarnya..
  • 1:41 - 1:43
    ..ia perlu ditambahkan dengan 10.
  • 1:43 - 1:46
    Melihat kepada angka yang berada di atas, satu-satunya tempat..
  • 1:46 - 1:50
    ..di mana 10 boleh didapati ialah di sini, dari angka 1,000 ini.
  • 1:50 - 1:53
    Tetapi apa yang kita akan lakukan, memandangkan ini adalah nilai tempat "ribu",
  • 1:53 - 1:57
    ..selain meminjam 10 dari sini, di mana ia akan..
  • 1:57 - 1:59
    ..merumitkan masalah, saya akan meminjam..
  • 1:59 - 2:02
    ..1,000 dari sini.
  • 2:02 - 2:04
    Saya akan hilangkan 1,000 ini.
  • 2:04 - 2:08
    Saya ada 1,000 yang diambil dari 1,000 ini.
  • 2:08 - 2:13
    Saya ada 1,000 yang boleh diagihkan kepada..
  • 2:13 - 2:15
    ..3 tempat ini.
  • 2:15 - 2:17
    Kepada nilai tempat "ratus", "puluh" dan "sa".
  • 2:17 - 2:21
    Sekarang kita memerlukan 10 di sini, jadi 10 dimasukkan di sini.
  • 2:21 - 2:24
    Jadi, 10 tambah 5 bersamaan dengan 15.
  • 2:24 - 2:25
    Kita ada 15.
  • 2:25 - 2:32
    Jika 10 diambil dari 1,000, maka bakinya ialah 990.
  • 2:32 - 2:38
    Jadi kita boleh meletakkan 900 di sini, dan 90 di sini.
  • 2:38 - 2:41
    Perhatikan-- kita ada 1,000 dan kita cuma menulisnya..
  • 2:41 - 2:44
    ..sebagai 900 tambah 90 tambah 10.
  • 2:44 - 2:46
    Kita tambahkan 10 dan 5 ini.
  • 2:46 - 2:48
    Sekarang kita boleh menyelesaikan penolakkan ini sebagaimana kita..
  • 2:48 - 2:49
    ..menyelesaikan masalah penolakkan biasa.
  • 2:49 - 2:53
    15 tolak 6 adalah 9.
  • 2:53 - 2:56
    90 tolak 10 adalah 80.
  • 2:56 - 3:01
    900 tolak 600 adalah 300.
  • 3:01 - 3:07
    Maka 300 tambah 80 tambah 9 adalah 389.
  • 3:07 - 3:09
    Mari kita lihat bagaimana kita akan melakukannya secara tradisional dan..
  • 3:09 - 3:13
    ..memastikan cara penterjemahannya adalah sama.
  • 3:13 - 3:15
    Cara saya mengajar; tidak tahulah jika ini sebenarnya..
  • 3:15 - 3:20
    ..cara tradisional untuk mengajar kaedah peminjaman, misalnya, OK, saya perlu..
  • 3:20 - 3:23
    ..menukarkan 5 ini kepada 15.
  • 3:23 - 3:25
    Jadi saya perlu meminjam 1 dari sesuatu tempat.
  • 3:25 - 3:27
    Kita tahu dari sebelah sini bahawa kita sebenarnya...
  • 3:27 - 3:29
    meminjam 10 sebab itulah ia menjadi 15.
  • 3:29 - 3:31
    Jika kita mahu meminjam 1, bolehkah saya..
  • 3:31 - 3:32
    ..pinjam 1 dari 0 ini?
  • 3:32 - 3:32
    Tidak.
  • 3:32 - 3:34
    Boleh saya pinjam 1 dari 0 ini?
  • 3:34 - 3:34
    Tidak.
  • 3:34 - 3:37
    Saya boleh cuba pinjam dari sini, tetapi saya meminjam..
  • 3:37 - 3:39
    ..dari 100, betul?
  • 3:39 - 3:43
    Jadi 100 tolak 1 adalah 99.
  • 3:43 - 3:44
    Jadi begitulah caranya.
  • 3:44 - 3:48
    Katakan 15 tolak 6 adalah 9.
  • 3:48 - 3:49
    9 tolak 1 adalah 8..
  • 3:49 - 3:52
    ..dan 9 tolak 6 adalah 300.
  • 3:52 - 3:56
    Jadi dengan cara ini nampaknya lebih pantas dan saya rasa..
  • 3:56 - 3:58
    ..boleh dikatakan lebih mudah, tetapi orang akan berkata..
  • 3:58 - 3:59
    .."Sal, itu nampak macam silap mata.
  • 3:59 - 4:02
    Awak cuma ambil angka 5 itu, letakkan 1 di sebelahnya, kemudian awak pinjam..
  • 4:02 - 4:05
    ..1 dari jumlah 100 ini."
  • 4:05 - 4:07
    Tetapi sebenarnya, apa yang saya lakukan ialah di sini.
  • 4:07 - 4:13
    Saya ambil 1,000 dari angka 1 ini dan saya agihkan..
  • 4:13 - 4:17
    ..1,000 di antara nilai tempat "ratus","puluh" dan "sa".
  • 4:17 - 4:18
    Biar saya tunjukkan contoh seterusnya.
  • 4:18 - 4:20
    Saya rasa ia menjelaskan lebih lanjut..
  • 4:20 - 4:23
    ..terhadap KENAPA kaedah peminjaman berfungsi.
  • 4:25 - 4:27
    Biar saya tunjukkan masalah yang lebih mudah.
  • 4:27 - 4:29
    Saya akan mulakan dengan masalah yang boleh mengelirukan..
  • 4:29 - 4:31
    ..sebilangan besar orang.
  • 4:31 - 4:33
    Katakan saya mempunyai..
  • 4:34 - 4:38
    ..732..
  • 4:41 - 4:45
    ..tolak-- Mungkin sesuatu yang mudah.
  • 4:45 - 4:49
    Tolak 23.
  • 4:49 - 4:51
    Kadangkala angka 3 nampak sedikit pelik.
  • 4:51 - 4:55
    Sebagaimana yang telah dipelajari, samalah seperti 700 tambah..
  • 4:55 - 5:03
    ..30 tambah 2 tolak 20 tolak 3.
  • 5:03 - 5:07
    Kita boleh lihat angka 2 ini, 2 lebih kecil dari 3, maka tidak boleh ditolakkan.
  • 5:07 - 5:09
    Alangkah bagus kalau kita boleh mendapatkan 10 dari sesuatu tempat?
  • 5:09 - 5:11
    KIta boleh ambil 10 dari sini.
  • 5:11 - 5:17
    Kita jadikan ini sebagai 20, dan tambahkan 10 dengan 2 untuk mendapatkan 12.
  • 5:17 - 5:22
    Perhatikan bahawa 700 tambah 20 tambah 12 masih lagi 732.
  • 5:22 - 5:24
    Jadi kita tidak perlu menukar nombor di atas pun.
  • 5:24 - 5:29
    Kita hanya mengagihkan kuantitinya di antara..
  • 5:29 - 5:29
    ..tempat yang berbeza..
  • 5:29 - 5:30
    ..dan sekarang kita sudah bersedia untuk menolak.
  • 5:30 - 5:32
    12 tolak 3 adalah 9.
  • 5:32 - 5:37
    20 tolak 20 adalah 0 dan kemudian, hanya bawa turun nilai 700 ini..
  • 5:37 - 5:42
    Anda akan dapat 700 tambah 0 tambah 9, di mana ia adalah bersamaan dengan 709.
  • 5:42 - 5:45
    Dan itulah sebabnya kaedah peminjaman ini boleh berfungsi.
  • 5:45 - 5:47
    Misalnya, kita pinjam 1 dari nilai 3 ini..
  • 5:47 - 5:48
    ..menjadikan ia berbaki 2.
  • 5:48 - 5:50
    Yang ini pula menjadi 12.
  • 5:50 - 5:52
    Dan kemudian kita tolakkan..
  • 5:52 - 5:55
    ..907.
  • 5:55 - 5:57
    Mari kita cuba masalah seterusnya, untuk kali terakhir.
  • 5:57 - 5:59
    Sekali lagi, anda tidak perlu menyelesaikannya begini.
  • 5:59 - 6:01
    Tidak perlu untuk setiap kali anda menyelesaikan masalah..
  • 6:01 - 6:01
    ..penolakkan menggunakan cara ini.
  • 6:01 - 6:04
    Walau bagaimanapun, jika anda keliru, cara ini boleh digunakan..
  • 6:04 - 6:06
    ..dan anda tidak akan silap, anda juga akan..
  • 6:06 - 6:07
    ..lebih jelas dengan jalan kerjanya.
  • 6:07 - 6:09
    Tetapi, ketika di dalam ujian dan anda mahu menyelesaikannya dengan pantas..
  • 6:09 - 6:11
    ..anda patut menyelesaikannya secara lazim.
  • 6:11 - 6:14
    Ia memerlukan banyak latihan untuk memastikan anda tidak..
  • 6:14 - 6:16
    ..melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.
  • 6:16 - 6:16
    Itulah masalahnya.
  • 6:16 - 6:18
    Orang ramai belajar hanya peraturannya sahaja, dan apabila mereka lupa..
  • 6:18 - 6:20
    peraturan itu, mereka terus lupa cara untuk menyelesaikannya.
  • 6:20 - 6:23
    Jika anda belajar(secara praktikal), anda tidak akan lupa..
  • 6:23 - 6:26
    ..kerana ia akan memberi pemahaman yang lebih kepada anda.
  • 6:26 - 6:29
    Mari kita cuba lagi satu.
  • 6:29 - 6:32
    Jika saya ada 512..
  • 6:32 - 6:36
    ..tolak 38.
  • 6:36 - 6:38
    Kita cuba lakukan dengan cara yang telah saya tunjukkan.
  • 6:38 - 6:45
    Ini adalah bersamaan dengan 500 tambah 10 tambah..
  • 6:45 - 6:51
    ..2 tolak 30 tolak 8.
  • 6:51 - 6:52
    2 adalah lebih kecil dari 8.
  • 6:52 - 6:53
    Saya perlukan 10 dari sesuatu tempat.
  • 6:53 - 6:55
    Satu cara ialah kita boleh terus dapatkan..
  • 6:55 - 6:57
    ..10 dari sini.
  • 6:57 - 6:59
    Jadi ia akan menjadi 0.
  • 6:59 - 7:00
    Dan yang ini pula akan menjadi 12.
  • 7:00 - 7:05
    Perhatikan; 500 tambah 0 tambah 12, masih lagi 512.
  • 7:05 - 7:06
    Maka ia boleh ditolakkan.
  • 7:06 - 7:10
    12 tolak 8 adalah 4.
  • 7:10 - 7:15
    Tetapi kita lihat di sini, 0 ini lebih kecil dari 30, jadi ia tidak boleh ditolakkan.
  • 7:15 - 7:17
    Tetapi kita boleh meminjam nilai dari 500.
  • 7:17 - 7:23
    Kita hanya perlukan 100, maka kita gantikan ini kepada 100, kemudian..
  • 7:23 - 7:25
    ..ambil 100 ini dari 500.
  • 7:25 - 7:28
    Ia berbaki 400.
  • 7:28 - 7:31
    Saya tulis semula 500 sebagai 400 tambah 100.
  • 7:31 - 7:32
    Sekarang ia boleh ditolakkan.
  • 7:32 - 7:36
    100 tolak 30 adalah 70.
  • 7:36 - 7:39
    Turunkan 400 ini..
  • 7:39 - 7:43
    ..dan ia adalah bersamaan dengan 474.
  • 7:43 - 7:44
    Cara yang anda pelajari di sekolah ialah misalnya..
  • 7:44 - 7:48
    ..2 adalah lebih kecil dari 8, jadi saya perlu pinjam 1.
  • 7:48 - 7:49
    Ia menjadi 12.
  • 7:49 - 7:51
    Yang ini jadi 0.
  • 7:51 - 7:56
    0 adalah lebih kecil dari 3, saya perlu pinjam 1 dari nilai 5 ini.
  • 7:56 - 7:57
    Ia berbaki 4.
  • 7:57 - 7:59
    Yang ini jadi 10.
  • 7:59 - 8:01
    Kemudian, 12 tolak 8 adalah 4.
  • 8:01 - 8:06
    10 tolak 3 adalah 7 dan 4 ini diturunkan ke bawah.
  • 8:06 - 8:09
    Harap apa yang saya lakukan di sini dapat memberi anda semua gambaran kasar..
  • 8:09 - 8:11
    ..tentang BAGAIMANA kaedah peminjaman berfungsi.
  • 8:11 - 8:13
    Ini adalah sesuatu yang saya sebenarnya tidak berapa..
  • 8:13 - 8:17
    ..faham sehingga saya belajar bagaimana untuk meminjam.
  • 8:17 - 8:20
    Jika anda telah mempelajarinya, anda akan sedar apa yang anda buat..
  • 8:20 - 8:21
    ..bukanlah silap mata.
  • 8:21 - 8:24
    Saya berharap juga, anda takkan lupa apa yang sebenarnya..
  • 8:24 - 8:25
    ..anda lakukan dan boleh membayangkan secara..
  • 8:25 - 8:29
    ..kasar apa yang terjadi kepada nombor-nombor ini apabila anda meminjam.
  • 8:29 - 8:32
    Saya harap anda mempelajari sesuatu yang berguna di sini.
  • 8:32 - 8:32
    Jumpa lagi.
  • 8:32 - 8:34
    Bye..
Title:
Kenapa Kaedah Peminjaman Berfungsi
Description:

Penerangan tentang kenapa kaedah peminjaman berfungsi dalam operasi penolakkan.

more » « less
Video Language:
English
Duration:
08:33
hafizbhalim edited Malay subtitles for Why borrowing works
hafizbhalim edited Malay subtitles for Why borrowing works
hafizbhalim added a translation

Malay subtitles

Revisions