Return to Video

TAJUK: Penganggaran dengan Perpuluhan

  • 0:01 - 0:03
    Janelle sedang berlatih untuk acara lumba lari di jalan raya.
  • 0:03 - 0:06
    Alat pengukur langkahnya mengambil kira jarak dia berlari tiap-tiap hari.
  • 0:06 - 0:08
    Inilah bacaan alat pengukur langkahnya untuk empat hari yang baru
  • 0:08 - 0:13
    berlepas: pada hari Sabtu, dia berlari sejauh 3.89 batu; Ahad, 5.1;
  • 0:13 - 0:18
    Isnin, 10.21; Selasa, 3.35.
  • 0:18 - 0:22
    Anggarkan jumlah jarak dia berlari sepanjang empat hari yang lepas,
  • 0:22 - 0:24
    dan kemudian kirakan jumlah yang tepat.
  • 0:24 - 0:26
    Mari kita menganggar dahulu. Jadi saya akan membundarkan mereka ke
  • 0:26 - 0:27
    batu yang terdekat.
  • 0:27 - 0:30
    Jadi 3.89, mari kita membundarkannya ke atas menjadi 4 batu.
  • 0:30 - 0:33
    Dan saya melakukan itu kerana dalam tempat persepuluh, kita mempunyai satu
  • 0:33 - 0:35
    8, yang adalah 5 atau lebih.
  • 0:35 - 0:38
    Jadi mari kita tukarkan itu kepada lebih kurang 4 batu.
  • 0:38 - 0:40
    Mari kita jadikan ini sebagai 5.1.
  • 0:40 - 0:43
    Kita membundarkan itu ke bawah kerana 1 ini adalah kurang daripada 5.
  • 0:43 - 0:45
    Jadi mari kita jadikan ini sebagai 5 batu.
  • 0:45 - 0:51
    10.21, mari kita jadikan itu sebagai 10 batu kerana
  • 0:51 - 0:52
    2 membundarkan ke bawah.
  • 0:52 - 0:53
    Ia adalah kurang daripada 5.
  • 0:53 - 0:57
    Dan 3.35, mari kita menjadikan ia sebanyak 3 batu, kerana 3 adalah kurang daripada
  • 0:57 - 0:59
    5, jadi kita membundarkan ia ke bawah.
  • 0:59 - 1:01
    Jadi itu adalah 3 batu.
  • 1:01 - 1:04
    Dan jikalau kita menambahkan kesemuanya, 4 tambah 5 adalah 9.
  • 1:04 - 1:07
    9 tambah 10 adalah 19.
  • 1:07 - 1:11
    19 tambah 3 adalah 22.
  • 1:11 - 1:20
    Jadi anggaran saya adalah yang dia telah berlari sebanyak 22 batu dalam masa 4 hari itu.
  • 1:20 - 1:21
    Itu anggaran saya.
  • 1:21 - 1:24
    Sekarang mari kita carikan jumlah sebenar yang dia telah berlari.
  • 1:24 - 1:26
    Saya akan bergerak sedikit ke bawah.
  • 1:26 - 1:33
    Jadi kita perlu menambah 3.89 kepada 5.1 -- dan ingat,
  • 1:33 - 1:35
    apabila anda menambahkan perpuluhan, anda perlu menyusun perpuluhan-perpuluhan itu dalam
  • 1:35 - 1:44
    sebaris-- 10.21 dan kemudian akhirnya 3.35.
  • 1:44 - 1:48
    Dan mari kita menambahkan kesemua ini.
  • 1:48 - 1:52
    Sekarang kita bermula pada tempat perseratus.
  • 1:52 - 1:57
    Tiada apa-apa di sini, jadi 9 tambah kosong tambah 1 adalah 10,
  • 1:57 - 1:59
    tambah 5 adalah 15.
  • 1:59 - 2:05
    Jadi mari kita menulis 5 itu, dan bawa ke atas, atau kumpulkan semula, 1 itu.
  • 2:05 - 2:06
    Saya akan melakukan ini dengan warna yang berlainan.
  • 2:06 - 2:10
    1 tambah 8 adalah 9.
  • 2:10 - 2:12
    9 tambah 1 adalah 10.
  • 2:12 - 2:14
    10 tambah 2 adalah 12.
  • 2:14 - 2:17
    12 tambah 3 adalah 15.
  • 2:17 - 2:19
    Letakkan 5 itu di bawah.
  • 2:19 - 2:21
    Bawa naik, atau kumpulkan semula, 1 itu.
  • 2:21 - 2:23
    1 tambah 3 adalah 4.
  • 2:23 - 2:25
    4 tambah 5 adalah 9.
  • 2:25 - 2:27
    9 tambah 0 adalah masih 9.
  • 2:27 - 2:33
    9 tambah 3 adalah 12.
  • 2:33 - 2:34
    Tuliskan 2 itu.
  • 2:34 - 2:36
    Kumpulkan semula 1 itu di sini.
  • 2:36 - 2:39
    Saya akan melakukannya di luar sini supaya ia tidak menjadi sebahagian daripada nombor-nombor
  • 2:39 - 2:42
    ini, dan kemudian 1 tambah 1 adalah 2.
  • 2:42 - 2:44
    Dan kemudian kita perlu mengingati perpuluhan
  • 2:44 - 2:46
    yang terletak di sini.
  • 2:46 - 2:53
    Jadi jarak sebenar yang dia telah berlari adalah 22.55 batu.
  • 2:53 - 2:54
    Jadi anggaran kita adalah agak baik.
  • 2:54 - 2:56
    Ia adalah 22 batu.
  • 2:56 - 2:59
    Kita mendapat jawapan yang agak dekat, dalam lingkungan sedikit melebihi
  • 2:59 - 3:00
    setengah batu.
Title:
TAJUK: Penganggaran dengan Perpuluhan
Description:

U03_L2_T3_we1 Estimation with Decimals

more » « less
Video Language:
English
Duration:
03:01
clairedevir32 added a translation

Malay subtitles

Revisions