Return to Video

Adding Fractions with Unlike Denominators

  • 0:00 - 0:05
    Kita diminta untuk menambahkan 4/9 dan 11/12 dan tuliskan jawapan
  • 0:05 - 0:07
    sebagai nombor bercampur, permudahkan dan tuliskan jawapan
  • 0:07 - 0:09
    dalam bentuk nombor bercampur.
  • 0:09 - 0:12
    Disini kita mempunyai dua pecahan untuk ditambah, tetapi
  • 0:12 - 0:14
    mempunyai penyebut yang berbeza.
  • 0:14 - 0:16
    Jadi, untuk menambahkan pecahan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah
  • 0:16 - 0:17
    memeriksa penyebut.
  • 0:17 - 0:19
    Jika penyebutnya sama, maka ia boleh ditambah. Tetapi jika penyebut berbeza
  • 0:19 - 0:22
    seperti contoh ini, kita perlulah
  • 0:22 - 0:23
    menyamakan penyebutnya dahulu.
  • 0:23 - 0:28
    Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah mencari satu nombor yang boleh dibahagikan
  • 0:28 - 0:31
    dengan 9 dan 12, dan nombor itu akan digunakan sebagai penyebut,
  • 0:31 - 0:34
    dan anda akan lihat kenapa 9 dan 12 perlu boleh dibahagikan
  • 0:34 - 0:35
    kepada nombor tersebut.
  • 0:35 - 0:37
    Fikirkan nombor yang sesuai. Ada 2 cara
  • 0:37 - 0:40
    untuk mendapatkan nombor tersebut iaitu dengan menggunakan gandaan
  • 0:40 - 0:44
    sepunya terkecil, nombor gandaan terkecil bagi 9
  • 0:44 - 0:47
    dan 12 yang sepunya.
  • 0:47 - 0:49
    Salah satu caranya ialah dengan menyenaraikan gandaan 9 dan
  • 0:49 - 0:51
    lihat nombor yang boleh dibahagikan dengan 12.
  • 0:51 - 0:55
    Kita mulakan dengan 9
  • 0:55 - 0:57
    9, tidak boleh dibahagikan dengan 12.
  • 0:57 - 1:00
    18 tidak boleh dibahagikan dengan 12.
  • 1:00 - 1:03
    27 tidak boleh dibahagikan dengan 12.
  • 1:03 - 1:06
    36, ia boleh dibahagikan dengan 12.
  • 1:06 - 1:07
    Iaitu 12 darab 3.
  • 1:07 - 1:12
    Jadi 9 boleh dijadikan 36, dan 12 juga boleh dijadikan 36.
  • 1:12 - 1:14
    Apa yg kita perlu buat sekarang ialah menulis penyebut sepunya.
  • 1:14 - 1:18
    Kita akan tulis 4/9 sebagai per 36, dan
  • 1:18 - 1:24
    11/12 juga sebagai per 36.
  • 1:24 - 1:27
    Sekarang, untuk menukarkan 9 kepada 36, anda perlu
  • 1:27 - 1:33
    mendarabnya dengan 4.
  • 1:33 - 1:38
    9 darab 4 ialah 36.
  • 1:38 - 1:40
    Anda tidak boleh hanya mendarab penyebut dengan 4.
  • 1:40 - 1:44
    Anda juga perlu mendarabkan pengangka dengan gandaan yang sama.
  • 1:44 - 1:46
    Jadi darabkan pengangka dengan 4, anda akan dapat 4
  • 1:46 - 1:48
    darab 4 ialah 16.
  • 1:48 - 1:52
    4/9 sama nilainya dengan 16/36.
  • 1:52 - 1:56
    Jika anda ingin permudahkan kepada 4/9, bahagikan
  • 1:56 - 1:58
    pengangka dan penyebut dengan 4.
  • 1:58 - 2:00
    Sekarang kita lakukan perkara yang sama disini.
  • 2:00 - 2:08
    36 ialah 12 didarabkan dengan 3, jadi kita darabkan 12 dengan 3 untuk mendapatkan 36.
  • 2:08 - 2:10
    Jika kita darabkan penyebut, kita juga perlu
  • 2:10 - 2:14
    mendarabkan pengangka, jadi 11 didarabkan dengan 3 ialah 33.
  • 2:14 - 2:17
    Dengan itu, kita telah menulis semula setiap
  • 2:17 - 2:20
    pecahan dengan nilai penyebut yang sama.
  • 2:20 - 2:23
    Penyebut bagi kedua-duanya ialah 36.
  • 2:23 - 2:24
    Sekarang kita bolehlah menambahkanya.
  • 2:24 - 2:29
    Tambahkan keduanya, kita akan dapat 36 kerana
  • 2:29 - 2:33
    nilai penyebutnya adalah sama iaitu 36, dan
  • 2:33 - 2:35
    kemudian tambahkan 16 dan 33 sebagai pengangka.
  • 2:35 - 2:36
    Kita tuliskanya disini.
  • 2:36 - 2:41
    16 tambah 33 sebagai pengangka.
  • 2:41 - 2:45
    Dan 16 ditambahkan dengan 33 ialah?
  • 2:45 - 2:48
    6 tambah 33 ialah 39, dan tambahkan
  • 2:48 - 2:50
    10, jadi nilainya ialah 49.
  • 2:50 - 2:57
    Jadi jumlahnya ialah 49/36.
  • 2:57 - 2:59
    Sekarang, bolehkah kita permudahkanya?
  • 2:59 - 3:04
    49, ialah 7 kuasa dua, jadi ia ada 1, 7, dan 49 sebagai faktor.
  • 3:04 - 3:06
    Ini ada 1...ia ada banyak nombor, tapi tidak boleh
  • 3:06 - 3:13
    dibahagikan dengan 7, jadi ini ialah bentuk pecahan termudah, tetapi
  • 3:13 - 3:14
    ini ialah pecahan tak wajar.
  • 3:14 - 3:16
    Pengangka lebih besar daripada penyebut.
  • 3:16 - 3:18
    Jadi, kita tukarkan ia menjadi pecahan wajar.
  • 3:18 - 3:25
    Untuk itu, kita bahagikan 36 kepada 49.
  • 3:25 - 3:27
    Ada berapa nilai 36 dalam 49?
  • 3:27 - 3:29
    Ada sekali sahaja, maknanya nilainya ialah 1.
  • 3:29 - 3:31
    Dan berapa bakinya?
  • 3:31 - 3:36
    Jika bahagikan 49 dengan 36, ataupun 1 darab 36 ialah 36,
  • 3:36 - 3:39
    maka bakinya ialah 13.
  • 3:39 - 3:43
    Jadi, ianya 1 dan 13/36.
  • 3:43 - 3:46
    Anda boleh buat secara manual, jika kamu mahu.
  • 3:46 - 3:49
    Bahagikan 36 dengan 49.
  • 3:49 - 3:51
    Dalam 49, ada sekali nilai 36.
  • 3:51 - 3:54
    1 darab 36 ialah 36, kemudian tolakkan.
  • 3:54 - 3:56
    9 tolak 6 ialah 3.
  • 3:56 - 3:58
    4 tolak 3 ialah 1.
  • 3:58 - 4:01
    Bakinya ialah 13.
  • 4:01 - 4:04
    Jadi, jawapanya ialah : 1 dan 13/36.
Title:
Adding Fractions with Unlike Denominators
Description:

U02_L3_T1_we2 Adding Fractions with Unlike Denominators

more » « less
Video Language:
English
Duration:
04:06

Malay subtitles

Revisions Compare revisions