Return to Video

Angles of parallel lines 2

  • 0:01 - 0:04
    Jom kita buat beberapa soalan berkenaan sudut antara
  • 0:04 - 0:06
    garis selari dan melintang.
  • 0:06 - 0:10
    Katakan dua garis ini adalah garis selari, saya akan
  • 0:10 - 0:13
    labelkan mereka sebagai selari.
  • 0:13 - 0:15
    Ini menunjukkan bahawa mereka tidak akan bersilang
  • 0:15 - 0:17
    dan mereka dalam satah yang sama.
  • 0:17 - 0:20
    Katakan ada garis melintang di sini, iaitu
  • 0:20 - 0:22
    garis yang bersilang kedua-dua
  • 0:22 - 0:30
    garis selari, dan saya katakan sudut ini
  • 0:30 - 0:39
    adalah 60 darjah, dan saya menanya kamu, apakah
  • 0:39 - 0:41
    sudut ini?
  • 0:41 - 0:43
    Kamu mungkin kata, "oh susahnya!"; dan
  • 0:43 - 0:44
    itu adalah garis berbeza.
  • 0:44 - 0:46
    Kamu hanya perlu ingat, dan satu-satu perkara saya
  • 0:46 - 0:50
    selalu ingat, bahawa garis yang sepadan adalah sama.
  • 0:50 - 0:54
    Jika kamu lihat sudut di garis atas sini,
  • 0:54 - 0:57
    di mana garis melintang memotong garis atas, apakah
  • 0:57 - 1:00
    sudut sepadan di mana garis melintang
  • 1:00 - 1:02
    menyilangi garis bawah?
  • 1:02 - 1:05
    Ini adalah sudut di bawah kanan, dan kamu boleh lihat
  • 1:05 - 1:07
    bahawa ada satu, dua, tiga, empat sudut.
  • 1:07 - 1:09
    Dan ini adalah sudut di bawah dan
  • 1:09 - 1:10
    ke kanan sedikit.
  • 1:10 - 1:13
    Atau kamu boleh mengambilnya sebagai sudut tenggara
  • 1:13 - 1:16
    jika kita mengambil kira arah.
  • 1:16 - 1:18
    Oleh itu, sudut yang sepadan adalah sudut ini.
  • 1:22 - 1:23
    Dan kedua-dua sudut ini adalah sama.
  • 1:23 - 1:27
    Sudut ini adalah 60 darjah.
  • 1:27 - 1:30
    Jika sudut ini 60 darjah, apakah
  • 1:30 - 1:32
    sudut yang ditandakan dengan tanda soal?
  • 1:32 - 1:36
    Sudut "tanda soal" ini-- mari kita namakannya x-- sudut
  • 1:36 - 1:40
    x tambah sudut 60 darjah, mereka pergi
  • 1:40 - 1:41
    setengah jalan sekitar bulatan.
  • 1:41 - 1:45
    Mereka adalah sudut penngenap; dan tambah kedua-duanya, kita dapat 180 darjah.
  • 1:45 - 1:50
    Oleh itu, kita boleh tulis x + 60 darjah =
  • 1:50 - 1:54
    180 darjah.
  • 1:54 - 1:58
    Jika kamu tolak 60 darjah dari kedua-dua belah persamaan,
  • 1:58 - 2:04
    kamu dapat x = 120 darjah.
  • 2:07 - 2:08
    Dan kamu boleh teruskan.
  • 2:08 - 2:11
    Kamu boleh mencari setiap sudut yang terdapat
  • 2:11 - 2:13
    di antara garis melintang dan garis selari.
  • 2:13 - 2:16
    Jika ini adalah 120 darjah, sudut bertentangannya
  • 2:16 - 2:19
    adalah 120 darjah juga.
  • 2:19 - 2:23
    Jika sudut ini adalah 60 darjah, sudut ini
  • 2:23 - 2:25
    juga 60 darjah.
  • 2:25 - 2:28
    Jika ini adalah 60, sudut berhadapannya juga 60 darjah.
  • 2:28 - 2:30
    Dan kamu boleh kata, sudut ini
  • 2:30 - 2:34
    sudut penggenap kepada sudut 60 darjah ini, atau sudut ini.
  • 2:34 - 2:37
    Atau kamu boleh kata sudut yang sepadan dengan 120 ini,
  • 2:37 - 2:41
    juga adalah 120, dan mengambil hujah yang sama.
  • 2:41 - 2:44
    Sudut ini sama dengan sudut ini, dan
  • 2:44 - 2:46
    ianya juga 120 darjah.
  • 2:46 - 2:47
    Mari kita buat satu contoh lagi.
  • 2:47 - 2:49
    Saya ada dua garis.
  • 2:52 - 2:53
    Ini adalah garis pertama.
  • 2:53 - 2:56
    Mari saya lukiskan dalam warna ungu, dan garis lain dalam
  • 2:56 - 2:58
    warna ungu yang lain.
  • 2:58 - 3:01
    Biar saya gelapkan ini lagi.
  • 3:01 - 3:02
    Kamu ada satu garis berwarna ungu dan yang satu lagi.
  • 3:02 - 3:03
    Ini adalah garis berbeza.
  • 3:03 - 3:05
    Ia berwarna kebiruan.
  • 3:05 - 3:08
    Saya ada garis yang menyilangi kedua-duanya,
  • 3:08 - 3:09
    kita lukiskan dengan lebih tegak.
  • 3:17 - 3:25
    Dan kita katakan sudut ini 50 darjah.
  • 3:25 - 3:30
    Dan saya juga katakan
  • 3:30 - 3:34
    sudut ini 120 darjah.
  • 3:34 - 3:38
    Soalannya, adakah
  • 3:38 - 3:40
    dua garis ini selari?
  • 3:40 - 3:44
    Adakah garis ungu dan garis biru ini selari?
  • 3:44 - 3:46
    Cara memikirkannya adalah apa jadi
  • 3:46 - 3:48
    jika mereka selari?
  • 3:48 - 3:52
    Jika mereka selari, sudut ini dan yang ini adalah
  • 3:52 - 3:59
    sudut yang sepadan, dan ini perlulah 50 darjah.
  • 3:59 - 4:01
    Ini patut jadi 50 darjah.
  • 4:01 - 4:03
    Kita tidak tahu lagi; oleh itu saya letakkan bintang di sini,
  • 4:03 - 4:05
    untuk menujukkan bahawa kita tidak tahu bahawa ianya 50 darjah.
  • 4:05 - 4:07
    Mungkin letakkan tanda soal.
  • 4:07 - 4:11
    Ini akan jadi 50 darjah sekiranya ia selari, tetapi ini dan
  • 4:11 - 4:16
    yang ini perlu menjadi sudut penggenap;
  • 4:16 - 4:18
    mereka perlu dijumlahkan menjadi 180 darjah.
  • 4:18 - 4:20
    Sebenarnya, tidak kira garis ini adalah garis selari,
  • 4:20 - 4:24
    jika saya mengambil mana-mana garis dan saya ada satu garis lagi menyilangi mereka,
  • 4:24 - 4:29
    Jika sudut ini 50 dan apa sahaja sudut ini, mereka perlu
  • 4:29 - 4:31
    berjumlah 180 darjah.
  • 4:31 - 4:35
    Tetapi, kita boleh lihat mereka TIDAK berjumlah 180 darjah.
  • 4:35 - 4:38
    50 + 120 menjadi 170.
  • 4:38 - 4:40
    Oleh itu, garis ini bukan garis selari.
  • 4:40 - 4:43
    Satu cara lain untuk memikirkannya-- saya rasa,
  • 4:43 - 4:46
    adalah cara yang lebih terus.
  • 4:46 - 4:50
    Jika sudut ini 120 darjah, sudut ini perlulah menjadi
  • 4:50 - 4:53
    sudut penggenap kepadanya; mereka perlu ditambahkan menjadi 180.
  • 4:53 - 4:57
    Oleh itu, sudut ini
  • 4:57 - 5:00
    sudut di sini perlulah 60 darjah.
  • 5:00 - 5:03
    Sudut ini sepadan dengan sudut ini, tetapi
  • 5:03 - 5:04
    mereka tidak sama.
  • 5:04 - 5:07
    Jika sudut sepadan tidak sama,
  • 5:07 - 5:14
    garis-garis ini tidak selari.
Title:
Angles of parallel lines 2
Description:

Angles of parallel lines examples

more » « less
Video Language:
English
Duration:
05:15
victoria147 added a translation

Malay subtitles

Revisions