-
Darabkan 6 dengan 1/4.
-
Permudahkan jawapan anda dan tuliskan dalam bentuk nombor bercampur.
-
Mari kita darabkan.
-
Kita perlu darabkan 6 dengan 1/4.
-
Kamu mungkin tahu bagaimana untuk
-
darabkan pecahan dengan pecahan lain.
-
Kamu mungkin juga tahu bagaimana untuk darabkan nombor bulat dengan nombor bulat lain.
-
Tetapi macam mana pula dengan pendaraban suatu nombor bulat dengan pecahan?
-
Satu poin penting yang perlu kamu ingat ialah
-
nombor bulat sebenarnya juga boleh dituliskan dalam bentuk pecahan.
-
Kita boleh tuliskan 6 sebagai 6/1, kan?
-
6 bahagi dengan 1 adalah 6.
-
6 persatu adalah 6.
-
Tak kira bagaimana kita nak fikirkannya, ini adalah
-
bersamaan dengan 6.
-
Maka kita telah menuliskan nombor bulat sebagai pecahan.
-
Kamu boleh lakukannnya bagi apa-apa nombor saja.
-
10 adalah bersamaan dengan 10/1.
-
Jadi kita ada 6/1 kali 1/4, dan kita
-
darabkan saja pecahan ini.
-
Kita darabkan pengangkanya, maka pengangkanya adalah bersamaan dengan
-
6 kali 1.
-
Biar saya tuliskan dalam warna lain.
-
Jadi pengangkanya adalah 6 kali 1 dan penyebutnya,
-
iaitu nombor di bawah, adalah 1 kali 4.
-
Dan ia akan memberi jawapan 6/4.
-
Sekarang, jawapan ini adalah dalam bentuk pecahan tak wajar, dan
-
ia juga bukan dalam sebutan terendah. Kita tahu yang 6 dan 4
-
boleh dibahagi dengan 2, jadi mari kita bahagikan.
-
Kalau kamu bahagikan 6 dengan 2 -- saya akan
-
tuliskan dalam warna lain.
-
Kalau kamu bahagikan 6 dengan 2, hasilnya 3.
-
Kalau kamu bahagikan 4 dengan 2, hasilnya 2, maka ia adalah bersamaan dengan 3/2.
-
Sekarang ia masih dalam bentuk pecahan tak wajar.
-
Kita perlu tuliskannya dalam bentuk nombor bercampur.
-
Dan cara untuk lakukannya adalah dengan membahagikan
-
pengangka dengan penyebutnya, jadi dalam pecahan ini,
-
3 bahagi dengan 2.
-
3 bahagi dengan 2.
-
Hasil bahaginya 1.
-
1 kali 2 adalah 2.
-
Kemudian tolakkan.
-
Bakinya 1.
-
Maka kita dapat 1 dan bakinya 1/2.
-
Jadi ini adalah 1 1/2.
-
Dan inilah jawapannya.
-
Kita telah permudahkan hasil daraban dan tuliskannya dalam
-
bentuk nombor bercampur, ataupun kita boleh permudahkannya sebelum mendarab.
-
Kita boleh perhatikan yang nombor di atas yang juga pengangka hasil darabnya
-
boleh dibahagi dengan 2 untuk mendapatkan 3,
-
dan nombor di bawah yang juga penyebut hasil darabnya
-
boleh juga dibahagi 2 untuk dapatkan 2.
-
3 kali 1 adalah 3.
-
1 kali 2 adalah 2, maka jawapannya 3/2.
-
Kemudian kamu lakukan operasi yang sama.
-
Kamu tukarkan 3/2 kepada 1 1/2.
-
Dua-dua cara ini boleh digunakan.
-
Sekarang, mari kita fikirkan logiknya.
-
Mari kita fikirkan apakah sebenarnya 6 kali 1/4.
-
Biar saya lukiskan 1/4.
-
Katakanlah ini 1/4, dan saya akan
-
lukiskan 6 lagi yang sama.
-
Jadi inilah 1/4, ini 2/4, ini 3/4, ini 4/4, yang bermaksud
-
satu, kemudian ini 5/4, dan
-
akhir sekali, inilah 6/4.
-
Maka dapatlah jawapan untuk 6 kali 1/4.
-
Seluruh ini adalah 4/4.
-
4/4 juga bersamaan dengan 1. Maka ini adalah bersamaan
-
dengan 1.
-
Dan di sini kita ada dua 1/4, ataupun
-
dengan kata lain, 2/4.
-
Kamu boleh bayangkan yang dua ini adalah daripada satu seluruh yang tak lengkap.
-
Untuk lengkapkannya, kita perlukan 2 1/4 lagi.
-
Maka, biar saya tuliskan dalam warna yang sama, ini adalah
-
1 1/2, kan?
-
2/4 adalah bersamaan dengan 1/2,
-
kerana ia adalah 1 daripada 2 ini.
-
Maka kita dapat 1 1/2, seperti yang kita dapat tadi.