Return to Video

Multiplying Fractions

  • 0:00 - 0:06
    Kita diminta untuk mendarabkan 5/6 dengan 2/3 dan kemudiannya permudahkan jawapannya.
  • 0:06 - 0:07
    Mari kita darabkan dua nombor tersebut.
  • 0:07 - 0:13
    Jadi kita ada 5/6 kali 2/3.
  • 0:13 - 0:17
    Pendaraban pecahan sebenarnya suatu operasi yang mudah dan senang difahami.
  • 0:17 - 0:20
    Pengangka yang baru, ataupun dengan kata lain,
  • 0:20 - 0:23
    pengangka pecahan hasil darab ialah
  • 0:23 - 0:25
    hasil darab antara dua pengangka pecahan yang asal.
  • 0:25 - 0:29
    Maka pengangka dalam hasil darabnya adalah 5 kali 2.
  • 0:29 - 0:37
    Jadi ia adalah 5 kali 2 per 6 kali 3, yang juga bersamaan dengan
  • 0:37 - 0:43
    5 kali 2 adalah 10 dan 6 kali 3 adalah 18. maka
  • 0:43 - 0:45
    ia adalah bersamaan dengan 10/18.
  • 0:45 - 0:50
    Kamu boleh melihatnya sebagai 2/3 daripada 5/6,
  • 0:50 - 0:54
    ataupun 5/6 daripada 2/3, dua-dua idea ini adalah bersamaan.
  • 0:54 - 0:55
    Jadi inilah jawapannya.
  • 0:55 - 0:57
    Ianya 10/18, tapi mungkin kamu dapat perhatikan yang
  • 0:57 - 0:59
    dua nombor ini sebenarnya berkongsi
  • 0:59 - 1:02
    faktor sepunya.
  • 1:02 - 1:04
    Kedua-dua nombor ini dapat dibahagikan dengan 2, jadi jika kita
  • 1:04 - 1:07
    ingin tukarkannya kepada sebutan terendah, kita boleh membahagika kedua-duannya dengan 2.
  • 1:07 - 1:13
    Jadi kita bahagi 10 dengan 2, bahagi 18 dengan 2, dan dapatlah
  • 1:13 - 1:18
    10 bahagi 2 adalah 5, 18 bahagi 2 adalah 9.
  • 1:18 - 1:21
    Kamu sebenarnya boleh permudahkan pecahan ini sebelum ini.
  • 1:21 - 1:23
    Kamu boleh lakukannya sebelum membuat pendaraban.
  • 1:23 - 1:24
    Di sini.
  • 1:24 - 1:26
    Perhatikan yang kita ada 2 dalam pengangka, dan
  • 1:26 - 1:29
    ada nombor yang dapat dibahagi dengan 2 dalam penyebutnya, jadi
  • 1:29 - 1:33
    saya akan bahagikan pengangkanya dengan 2, dan ini akan jadi 1.
  • 1:33 - 1:37
    Bahagikan penyebutnya dengan 2, dan hasil bahaginya 3.
  • 1:37 - 1:42
    Kemudian kita ada 5 kali 1 adalah 5, dan 3 kali 3 adalah 9.
  • 1:42 - 1:44
    Dan kita dapat jawapan yang sama seperti tadi.
  • 1:44 - 1:47
    Yang bezanya hanya kita permudahkan pecahannya sebelum mendarab.
  • 1:47 - 1:49
    Kita juga boleh lakukannya di sini.
  • 1:49 - 1:54
    Kalau kamu permudahkan di sini, kamu boleh lihat yang
  • 1:54 - 1:56
    6 kali 3 akan jadi penyebutnya.
  • 1:56 - 2:00
    5 kali 2 akan jadi pengangkanya.
  • 2:00 - 2:04
    Maka kita boleh bahagikan pengangka dengan 2, dan ia akan menjadi 1.
  • 2:04 - 2:05
    Dan kita bahagikan penyebutnya dengan 2.
  • 2:05 - 2:08
    Ini dapat dibahagikan dengan 2, jadi hasil bahaginya 3.
  • 2:08 - 2:14
    Akhirnya kita dapat 5 kali 1 adalah 5, dan 3 kali 3 adalah 9.
  • 2:14 - 2:15
    Tak kiralah macam mana kamu lakukannya, jawapannya tetap sama.
  • 2:15 - 2:18
    Ikut cara ini, kamu dapat perhatikan nombor-nombor yang difaktorkan,
  • 2:18 - 2:21
    maka ia memudahkan kamu untuk lihat apa nombor yang telah dibahagikan,
  • 2:21 - 2:26
    ataupun kamu boleh lakukannya permudahan sebagai langkah terakhir.
Title:
Multiplying Fractions
Description:

U02_L2_T1_we1 Multiplying Fractions

more » « less
Video Language:
English
Duration:
02:26
weikeat edited Malay subtitles for Multiplying Fractions
weikeat added a translation

Malay subtitles

Revisions Compare revisions