YouTube

Got a YouTube account?

New: enable viewer-created translations and captions on your YouTube channel!

Malay subtitles

← Dividing Fractions Word Problem

U02_L2_T3_we5 Dividing Fractions Word Problem

Get Embed Code
24 Languages

Subtitles translated from английски език Showing Revision 2 created 01/11/2013 by sitinurfairuzzainalabidin2.

  1. Sehelai baju bayi memerlukan 4/5 ela kain atau 4/5 dari
  2. seela kain.
  3. Berapa helai baju yang boleh dihasilkan dari 48 ela?
  4. Jadi apa yang kita cari di sini adalah
  5. berapa nilai 4/5 yang boleh dihasilkan dari 48 ela?
  6. Secara kasarnya apa yang kita lihat adalah kita ambil 48 ela dan
  7. bahagikannya dengan 4/5 dan berapakah jumlah
  8. kumpulan yang ada?
  9. Sebab setiap kumpulan boleh menghasilkan
  10. sehelai baju bayi.
  11. Jika 4/5 ela kita boleh dapat sehelai baju bayi, jadi
  12. jumlah kumpulan 4/5 adalah jumlah baju bayi.
  13. Sekarang, bila kita bahagi dengan pecahan, kita cuma perlu ingat
  14. yang ia sebenarnya adalah
  15. serupa dengan mendarabkan dengan
  16. salingan nombor pecahan tersebut.
  17. Jadi kalau kita ada 4/5, ia akan jadi 5/4,
  18. nilai salingannya.
  19. Awak mungkin akan kata : eh, saya ada nombor bulat di sini dan
  20. pecahan di sini, dan setiap nombor bulat itu
  21. boleh dituliskan dalam bentuk pecahan.
  22. Maka ini adalah serupa dengan 48/1x5/4
  23. Sekarang, kita cuma perlu mendarabkan nombor ini,
  24. dan dapatkan 48x4 kemudian jawapannya per 4,
  25. tapi nanti kita akan dapat jumlah besar dan ia menyukarkan kita untuk membahagi
  26. tapi kita boleh bahagi di tahap ini.
  27. kita boleh bahagikan pengangka dan penyebutnya dengan 4.
  28. Atau kita boleh kata : lihat, ini akan jadi 48x5
  29. jawapannya akan jadi per 4.
  30. Sekarang, jom bahagikan pengangka dengan 4.
  31. Kita boleh bahagikan 48 dengan 4 dimana jawapannya adalah 12
  32. dan apa pun yang kita lakukan pada pengangka, perkara yang sama harus dilakukan
  33. kepada penyebut, jadi bahagikan 4 dengan 4, kita dapat 1.
  34. Jadi sekarang kita dapat 12x5=60.
  35. 12x5 adalah serupa dengan 60/1,
  36. bersamaan dengan 60
  37. Jadi kita boleh hasilkan 60 helai baju bayi
  38. menggunakan 48 ela kain jika setiap satu menggunakan 4/5 ela.