Return to Video

Adding Mixed Numbers Word Problem

  • 0:01 - 0:05
    Regina menaiki basikal sejauh 2 dan 1/4 batu dari rumah ke sekolah
  • 0:05 - 0:09
    dan kemudian 1 dan 5/8 batu ke rumah kawannya.
  • 0:09 - 0:11
    Berapakah jumlah jarak perjalanan Regina dalam unit batu?
  • 0:11 - 0:17
    Jadi, pertama sekali, dia bergerak sejauh 2 dan 1/4 batu,
  • 0:17 - 0:20
    dan kemudiannya sejauh 1 dan 5/8 batu.
  • 0:20 - 0:23
    Kemudian dia bergerak sejauh 1 dan 5/8 batu.
  • 0:23 - 0:28
    Maka, jawapannya ialah jumlah jarak perjalanan yang Regina lalui.
  • 0:28 - 0:31
    Jadi untuk mendapatkan jumlah ini, kita telah lihat yang kita boleh tambahkan
  • 0:31 - 0:33
    keseluruhan bahagian nombor, kerana ini adalah sama dengan
  • 0:33 - 0:38
    2 + 1/4 + 1 + 5/8, jadi kita boleh ubah turutannya,
  • 0:38 - 0:39
    jika anda mahu lakukannya begitu.
  • 0:39 - 0:43
    Jadi kita boleh tambahkan 2 dengan 1 dahulu, dan kemudian --
  • 0:43 - 0:43
    biar saya lakukannya di sini.
  • 0:43 - 0:47
    Jadi, 2 + 1, kita dapat 3, dan kemudian kita perlu tambahkan
  • 0:47 - 0:49
    nilai 1/4 + 5/8.
  • 0:49 - 0:57
    Dan untuk tambahkan dua pecahan ini, kita perlu cari
  • 0:57 - 1:00
    gandaan sepunya terdekat untuk 4 dan 8.
  • 1:00 - 1:02
    Itu akan menjadi penyebut baru kita.
  • 1:02 - 1:11
    8 boleh dibahagikan dengan 8 dan 4, jadi itu adalah gandaan sepunya
  • 1:11 - 1:19
    terdekat untuk 4 dan 8, maka penyebut sepunya kita akan menjadi 8.
  • 1:19 - 1:21
    Jelas di sini yang 5/8 tetap akan menjadi 5/8.
  • 1:21 - 1:24
    Sekarang, untuk pergi dari nilai penyebut 4 kepada 8, kita
  • 1:24 - 1:27
    perlu darabkan penyebut dengan 2, maka kita juga perlu
  • 1:27 - 1:30
    darabkan pengangka dengan 2, jadi 1 x 2 ialah 2.
  • 1:30 - 1:33
    Dan, sudah tentu, kita masih ada nilai 3 ini di sini.
  • 1:33 - 1:37
    Jadi, 2 dan 1/4 + 1 dan 5/8 adalah sama dengan ini di sini,
  • 1:37 - 1:42
    dan ini adalah bersamaan dengan -- kita ada nilai 3, tambah,
  • 1:42 - 1:50
    dan kemudian 2 + 5 per 8.
  • 1:50 - 1:52
    Kita ada 7/8.
  • 1:52 - 1:55
    Maka, ianya akan bersamaan dengan 3 dan 7/8 batu.
  • 1:55 - 1:58
    Regina telah berbasikal sejauh 3 dan 7/8 batu.
  • 1:58 - 2:01
    Sekarang, saya mahu jelaskan satu perkara.
  • 2:01 - 2:03
    Setakat ini, apabila kita tambahkan nombor bercampur ini,
  • 2:03 - 2:06
    bahagian pecahan selalunya berakhir dengan pecahan wajar.
  • 2:06 - 2:08
    Pengangka adalah lebih kecil dari penyebut.
  • 2:08 - 2:10
    Tapi saya mahu lakukan satu contoh untuk tunjukkan kepada anda
  • 2:10 - 2:13
    apa yang anda boleh buat apabila penyebut adalah lebih besar dari pengangka.
  • 2:13 - 2:25
    Jadi mari katakan yang kita ada 1 dan 5/8 + 2 dan 4/8.
  • 2:25 - 2:27
    Jadi jika anda tambahkan bahagian nombor,
  • 2:27 - 2:29
    1 + 2, anda dapat nilai 3.
  • 2:29 - 2:36
    Tambah 5/8 + 4/8, jadi ianya adalah 9/8,
  • 2:36 - 2:38
    jadi anda dapat 3 tambah 9/8.
  • 2:38 - 2:41
    Sekarang, ianya adalah pelik untuk kita katakan, OK,
  • 2:41 - 2:43
    itu adalah sama dengan 3 dan 9/8, kerana kita ada
  • 2:43 - 2:46
    nombor bercampur dengan keseluruhan nombor dan pecahan tak wajar.
  • 2:46 - 2:48
    Jika anda telah dapatkan nombor bercampur,
  • 2:48 - 2:51
    adalah elok jika pecahan itu adalah pecahan wajar.
  • 2:51 - 2:53
    Jadi apa yang anda perlu buat ialah tuliskan semula 9/8,
  • 2:53 - 3:00
    dan anda tahu yang 9/8 adalah sama dengan 1 dan 1/8, betul?
  • 3:00 - 3:05
    8 akan pergi ke dalam 9 sebanyak sekali dengan baki 1, jadi ianya 1 dan 1/8.
  • 3:05 - 3:09
    Jadi ini adalah sama dengan 3 + 1 dan 1/8.
  • 3:09 - 3:10
    Dan sekarang kita boleh tambahkan bahagian nombor.
  • 3:10 - 3:14
    3 + 1 ialah 4, dan kemudian kita ada 1/8 di situ,
  • 3:14 - 3:17
    jadi jawapannya ialah 4 dan 1/8.
  • 3:17 - 3:19
    Saya cuma mahu tunjukkan kepada anda keadaan istimewa ini apabila
  • 3:19 -
    bahagian pecahan yang anda ada ialah pecahan tak wajar.
Title:
Adding Mixed Numbers Word Problem
Description:

U02_L3_T1_we5 Adding Mixed Numbers Word Problem

more » « less
Video Language:
English
Duration:
03:22
v. Maroro added a translation

Malay subtitles

Revisions