Return to Video

TAJUK: Pendaraban Perpuluhan 3

  • 0:00 - 0:07
    Berapakah kos 14.6 gelen gasolin jika harganya $2.70
  • 0:07 - 0:08
    segelen?
  • 0:08 - 0:16
    Jadi kita mempunyai 14.6 gelen, dan setiap gelen
  • 0:16 - 0:17
    berharga $2.70.
  • 0:17 - 0:22
    Atau kita boleh melihat $2.70 sebagai 2.7 dolar.
  • 0:22 - 0:25
    Mari kita darabkan dengan 2.7.
  • 0:25 - 0:27
    Ia menjadikannya lebih senang difahami.
  • 0:27 - 0:30
    Saya rasa anda dapat menerima bahawa $2.70 adalah sama dengan 2.7
  • 0:30 - 0:32
    dolar segelen.
  • 0:32 - 0:35
    Jadi mari kita mendarabkan ini.
  • 0:35 - 0:39
    Jadi pertama sekali kita mempunyai, dan untuk mengingatkan anda, apabila anda mendarabkan
  • 0:39 - 0:42
    perpuluhan, anda perlu menganggap nombor-nombornya sebagai nombor
  • 0:42 - 0:45
    bulat dan selesaikan perpuluhannya kemudian.
  • 0:45 - 0:49
    Jadi sekarang, kita boleh melihat ini sebagai 146 darab 27, dan kemudian
  • 0:49 - 0:51
    barulah kita selesaikan perpuluhannya.
  • 0:51 - 0:54
    Jadi pertama sekali kita mempunyai 7 darab 6.
  • 0:54 - 0:57
    7 darab 6 adalah 42.
  • 0:57 - 0:59
    Kumpulkan semula 4 itu.
  • 0:59 - 1:03
    7 darab 4 adalah 28, tambah 4 adalah 32.
  • 1:03 - 1:05
    Kumpulkan semula 3 itu.
  • 1:05 - 1:09
    7 darab 1 adalah 7, tambah 3 adalah 10.
  • 1:09 - 1:14
    Jadi kita memperolehi 7 darab 146 adalah 1,022.
  • 1:14 - 1:16
    Sekarang kita akan selesaikan 2 ini.
  • 1:16 - 1:18
    Tetapi 2 ini, sebelum kita mengambil kira perpuluhan itu,
  • 1:18 - 1:19
    sebenarnya adalah 20.
  • 1:19 - 1:22
    Jadi kita akan meletakkan 0 di sini.
  • 1:22 - 1:25
    Kita melakukan ini dengan cara yang sama kita melakukan masalah
  • 1:25 - 1:26
    pendaraban yang tradisional.
  • 1:26 - 1:28
    Kita tidak mengendahkan perpuluhan itu buat masa sekarang.
  • 1:28 - 1:29
    2 darab 6 adalah 12.
  • 1:29 - 1:32
    Angkat 1 itu, atau kumpulkan semula 1 itu.
  • 1:32 - 1:34
    Kita boleh mengabaikan semua yang ini sekarang.
  • 1:34 - 1:38
    2 darab 4 adalah 8, tambah 1 adalah 9.
  • 1:38 - 1:41
    2 darab 1 adalah 2, dan sekarang kita boleh menambah.
  • 1:45 - 1:47
    Dan kita mendapat 2 tambah 0 adalah 2.
  • 1:47 - 1:49
    2 tambah 2 adalah 4.
  • 1:49 - 1:52
    0 tambah 9 adalah 9.
  • 1:52 - 1:55
    1 tambah 2 adalah 3.
  • 1:55 - 1:59
    Sekarang kita telah menyelesaikan hasil darab 146 darab 27.
  • 1:59 - 2:01
    Ia adalah 3,942.
  • 2:01 - 2:03
    Tetapi ini bukannya 146 darab 27.
  • 2:03 - 2:06
    Ia adalah 14.6 darab 2.7.
  • 2:06 - 2:08
    Jadi sekarang kita perlu mengambil kira perpuluhan-perpuluhan itu.
  • 2:08 - 2:11
    Kita hanya perlu mengira berapa nombor yang terletak di belakang perpuluhan itu.
  • 2:11 - 2:14
    Kita mempunyai satu di sana dan yang kedua di sana.
  • 2:14 - 2:17
    Jadi produk kita mesti mempunyai dua nombor ke
  • 2:17 - 2:18
    kanan perpuluhan itu.
  • 2:18 - 2:21
    Jadi satu, dua, letakkannya di sana.
  • 2:21 - 2:26
    Jadi 14.6 gelen gas dengan harga $2.70 segelen, akan
  • 2:26 - 2:28
    berharga $39.42.
Title:
TAJUK: Pendaraban Perpuluhan 3
Description:

U03_L2_T2_we5 Mulitplyling Decimals 3

more » « less
Video Language:
English
Duration:
02:32
clairedevir32 added a translation

Malay subtitles

Revisions