YouTube

Got a YouTube account?

New: enable viewer-created translations and captions on your YouTube channel!

Malay subtitles

← Tambah/Tolak nombor negatif

Tambah dan tolak nombor negatif

Get Embed Code
36 Languages

Subtitles translated from английски език Showing Revision 4 created 12/28/2012 by sitinurfairuzzainalabidin.

  1. Selamat datang ke perbincangan

  2. tentang menambah dan menolak nombor negatif.
  3. Jom kita mula!
  4. Mula-mula, apa itu nombor negatif?
  5. Ok, jom kita lukis garis nombor dulu.
  6. Alamak, tak nampak macam garis pulak,
  7. tapi rasanya semua faham kan?
  8. Selalunya kita biasa ngan nombor positif, maknanya kalau itu 0
  9. yang ni 1, yang ni 2, yang ni 3, yang ni 4
  10. dan seterusnya...
  11. Jadi kalau saya tanya berapa 2 + 2
  12. awak akan mula pada 2, lepas tu awak tambah 2
  13. dan awak akan dapat 4.
  14. Untuk kebanyakan daripada kita, benda ni datang semulajadi.
  15. Tapi kalau awak lukis atas garis nombor,
  16. awak jawab 2 + 2 = 4
  17. Dan kalau saya tanya berapa 2 - 1
  18. atau katakanlah berapa 3 - 2.
  19. Kalau awak mula pada 3 dan tolak 2
  20. awak akan dapat 1
  21. Jadi 2 + 2 = 4, dan 3 - 2 = 1
  22. Senang kan?
  23. Sekarang, kalau saya tanya apa dia 1 - 3?
  24. Hmm.
  25. Sama sahaja.
  26. Awak mula pada 1 dan kita akan pergi 1 ..
  27. Ok, sekarang kita akan pergi kurang dari 0
  28. apa jadi bawah 0?
  29. Haaa~ Dari situ la mulanya nombor negatif
  30. -1, -2, -3, dan seterusnya.
  31. Jadi kalau saya mula dengan 1 dekat sini, maknanya untuk 1 - 3
  32. saya pergi 1, 2, 3. Saya sampai ke -2
  33. Maknanya 1 - 3 = -2
  34. Mungkin awak memang buat macam ni
  35. dalam pembelajaran hari-hari.
  36. Kalau saya bagitahu awak,
  37. Wah, sejuknya hari ni, satu darjah je,
  38. tapi esok akan jadi 3 darjah lebih sejuk,
  39. awak mesti tahu dah,
  40. nanti kita akan berada
  41. pada suhu negatif dua darjah.
  42. Jadi inilah maksud nombor negatif.
  43. Ingat, bila satu nombor negatif itu besar,
  44. katalah -50, itu sebenarnya lebih sejuk daripada -20, kan?
  45. Maknanya nilai -50 sebenarnya lebih kecil daripada -20
  46. sebab kedudukannya lebih jauh ke kiri daripada -20
  47. Benda ni kita kena ikut gerak hati.
  48. Kadang-kadang bila awak mula, awak rasa macam
  49. oh, 50 lebih besar daripada 20
  50. tapi sebenarnya -50, bukannya 50.
  51. Jadi jom kita buat latihan,
  52. dan kita akan terus guna garis nombor ok?
  53. sebab saya rasa ianya amat berguna.
  54. Ok, jom selesaikan 5 - 12
  55. Saya rasa awak pun dah tahu
  56. apa jawapan untuk soalan ni.
  57. Tapi biar saya lukis garis, 5 - 12
  58. Saya mula dengan -10, -9, -8, ..
  59. Rasanya tak cukup ruang lah pulak.. -7, -6, -5
  60. Patutnya saya dah lukis siap-siap dah.. -4, -3, -2, -1
  61. 0, 1, 2, 3, 4, dan saya letak 5 di sini.
  62. Saya panjangkan sikit anak panah ni. Okay.
  63. 5 - 12
  64. Jadi, jika kita mula dengan 5 .. eh, guna warna lainlah ..
  65. kita mula pada 5 kat sini dan kita gerak ke kiri 12
  66. sebab kita tengah tolak 12
  67. Jadi kita pergi 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,10, 11, 12...
  68. Negatif 7
  69. Hmmm menarik.
  70. Sebab kita juga tahu
  71. yang 12 - 5 = + 7
  72. Jadi, saya nak awak fikir sikit kenapa boleh jadi macam tu.
  73. Kenapa beza antara 12 dan 5 adalah 7,
  74. dan beza antara 5.....
  75. .. rasanya mana-manapun boleh
  76. Di sini menunjukkan
  77. yang beza antara 5 dan 12 ialah -7,
  78. tapi nombor-nombor tu jauh bezanya,
  79. sekarang kita guna nombor yang kecil.
  80. Ok, saya rasa ayat akhir tadi mengelirukan,
  81. tapi jom kita teruskan.
  82. Tadi kita kata 5 - 12 = - 7
  83. Jom cuba lagi satu.
  84. Apa dia - 3 + 5?
  85. Kita guna garis nombor yang sama.
  86. Jom buat -3 tambah 5
  87. Kita akan pergi 5 langkah ke kanan
  88. Satu, dua, tiga, empat, lima.
  89. Jawapannya dua.
  90. Sama dengan dua.
  91. Jadi, -3 + 5 = 2
  92. Menarik .. Sebab 5 - 3 pun sama dengan 2
  93. Nampaknya 5 - 3 pun sama,
  94. cuma cara lain untuk kita tulis 5 tambah -3
  95. atau -3 tambah 5
  96. Secara amnya, cara senang nak buat nombor negatif
  97. ialah cara sama dengan tambah dan tolak nombor biasa,
  98. tapi sekarang bila kita tolak
  99. kita pergi ke kiri, kurang dari kosong.
  100. Jom buat lagi satu.
  101. Apa jadi bila awak dapat soalan
  102. katalah, 2 tolak -3?
  103. Kalau awak fikir betul-betul cara yang sepatutnya,
  104. saya rasa yang ini ada logiknya tu.
  105. Bila dua tanda negatif berjumpa,
  106. tanda negatif tu akan terhapus.
  107. Dah jadi sama macam 2 tambah +3
  108. sama dengan 5.
  109. Atau awak boleh kata .... kita buat lagi satulah ..
  110. Apa dia -7 tolak -2?
  111. Itu kan sama ngan -7 + 2
  112. Ingat, kita mula pada -7
  113. dan kita gerak 2 langkah ke kanan.
  114. Kalau kita gerak 1 ke kanan kita dapat -6
  115. Kalau kita gerak 2 ke kanan kita dapat -5
  116. Logik kan sebab -7 + 2
  117. sama ngan 2 - 7
  118. Kalau sekarang suhu dua darjah dan
  119. lepas tu jadi tujuh darjah lebih sejuk, dah jadi -5
  120. Ok jom buat lagi.
  121. Rasanya makin banyak awak buat, awak akan jadi lebih mahir.
  122. dan modul ini dah terangkan dengan jelas.
  123. Mungkin lebih baik daripada penjelasan saya.
  124. Jadi jom selesaikan lebih banyak masalah.
  125. Jadi saya kata -7 - 3
  126. Sekarang kita akan gerak 3 ke kiri daripada -7
  127. Kita akan dapat nilai yang kurang 3 daripada -7
  128. jadi dapat -10 kan?
  129. Memanglah, sebab jika soalannya 7 + 3
  130. kita mula pada 7 di kanan 0
  131. dan kita akan gerak lagi 3 ke kanan daripada 0
  132. dan kita dapat positif 10
  133. Jadi, untuk 7 ke kiri daripada 0 dan pergi lagi 3 ke kiri
  134. kita akan sampai ke -10
  135. Jom buat lagi.
  136. Saya tahu saya mungkin mengelirukan awak,
  137. tapi latihan-latihan ini akan tolong kita.
  138. Jadi katakanlah 3 tolak -3
  139. Haaa~ dua tanda negatif ni akan terhapus,
  140. jadi ianya sama dengan 6
  141. Apa 3 - 3?
  142. 3 - 3, senang je.
  143. Jawapannya 0
  144. Apa -3 tolak 3?
  145. Skang kita akan dapat 3 kurang daripada -3
  146. jadinya -6
  147. Apa -3 tolak -3
  148. Menarik.
  149. Ingat, dua tanda negatif akan terhapus, jadi kamu dapat -3 tambah 3
  150. Mula dengan 3 di kiri 0 dan gerak 3 ke kanan,
  151. kita sampai ke 0.
  152. Logik, kan?
  153. Jom kita buat lagi sekali.
  154. -3 tolak -3
  155. Apa-apapun kalau ditolak dengan diri sendiri akan jadi 0, kan?
  156. Patutpun jawapannya 0
  157. Sebab tu lah logik kalau
  158. dua tanda negatif sebelah menyebelah tu terhapus,
  159. samalah ngan yang ini.
  160. Jom buat lagi.
  161. Kita buat 12 - 13
  162. Senang tuh.`
  163. 12 - 12 = 0, jadi 12 - 13 = -1
  164. sebab kita gerak 1 ke kiri daripada 0
  165. Jom cuba 8 - 5
  166. Yang ini biasa jer, ini 3
  167. Berapa pulak 5 - 8?
  168. Kita akan gerak terus ke 0
  169. lepas tu 3 lagi ke kiri daripada 0, jadi sampai ke -3
  170. Saya boleh lukis garis nombor di sini
  171. Kalau ini 0, ini 5
  172. dan skang kita gerak 8 langkah ke kiri,
  173. kita sampai ke -3
  174. Awak boleh buat macam ni untuk semua soalan ni.
  175. Itu akan jadi latihan yang bagus.
  176. Saya rasa ini adalah pengenalan yang baik untuk awak
  177. dan saya sarankan awak buat semua modul,
  178. sebab modul tu sebenarnya
  179. terutamanya jika awak klik butang 'hints'
  180. ianya ada grafik yang sangat cantik
  181. jauh lebih cantik daripada
  182. apa yang saya lukis dekat sini.
  183. Jadi, cuba lah
  184. dan saya akan cuba buat lebih modul
  185. yang tidak akan mengelirukan awak
  186. Awak juga boleh hadiri seminar
  187. tentang menambah dan menolak nombor negatif.
  188. Saya harap kamu bergembira!
  189. Bye.