Return to Video

Sudut antara Garis Melintang dan Garis Selari

  • 0:00 - 0:02
    Dalam video ini, kita akan memikirkan tentang
  • 0:02 - 0:12
    garis selari dan garis lain yang menyilangi garis selari
  • 0:12 - 0:14
    dan kita menamakan garis ini Garis Melintang.
  • 0:14 - 0:17
    Mari kita fikirkan apakah
  • 0:17 - 0:18
    Garis Selari.
  • 0:18 - 0:22
    Satu definisi yang boleh kita gunakan,
  • 0:22 - 0:24
    adalah dua garis yang
  • 0:24 - 0:26
    duduk dalam satah yang sama.
  • 0:26 - 0:29
    Bila saya bincangkan satah, kamu boleh
  • 0:29 - 0:32
    bayangkan permukaan rata yang 2D seperti skrin ini --
  • 0:32 - 0:34
    skrin ini adalah satu satah.
  • 0:34 - 0:38
    Oleh itu, dua garis pada satah ini tidak akan menyilangi satu sama lain.
  • 0:38 - 0:42
    Garis ini, bayangkan,
  • 0:42 - 0:44
    garis yang terus pergi dalam arah tersebut, dan
  • 0:44 - 0:47
    arah yang ini pula -- biar saya gunakan warna lain--
  • 0:47 - 0:52
    garis ini adalah garis selari.
  • 0:52 - 0:54
    Mereka tidak akan bersilang.
  • 0:54 - 0:56
    Jika kamu bayangkan saya lukis dengan lebih lurus dan jika
  • 0:56 - 0:58
    mereka pergi dalam arah yang sama, mereka
  • 0:58 - 1:00
    tidak akan melintang.
  • 1:00 - 1:02
    Jika kamu fikirkan apakah garis
  • 1:02 - 1:08
    selari, garis hijau dan garis merah jambu ini
  • 1:08 - 1:09
    bukanlah garis selari.
  • 1:09 - 1:12
    Mereka jelasnya melintang di satu titik.
  • 1:12 - 1:15
    Garis ini adalah garis selari, dan ada masa,
  • 1:15 - 1:19
    jika ia ditetapkan sebagai garis selari, orang akan lukiskan panah
  • 1:19 - 1:21
    dalam arah yang sama untuk menunjukkan
  • 1:21 - 1:22
    kedua-dua garis itu adalah garis selari.
  • 1:22 - 1:24
    Jika ada banyak garis selari, kita boleh lukiskan dua panah di sini,
  • 1:24 - 1:26
    dua panah lagi dan sebagainya.
  • 1:26 - 1:27
    Dan kamu perlu fikirkan, OK, garis ini
  • 1:27 - 1:29
    tidak akan melintang,
  • 1:29 - 1:31
    Kita hendak fikirkan apa jadi jika
  • 1:31 - 1:36
    garis selari ini dilintangi oleh garis yang ketiga.
  • 1:36 - 1:38
    Mari saya lukiskan garis ketiga di sini.
  • 1:38 - 1:42
    Macam ini.
  • 1:42 - 1:46
    Dan kita namakan, garis yang memotong
  • 1:46 - 1:52
    garis selari sebagai Garis Melintang.
  • 1:52 - 1:56
    Kerana ia merentangi dua garis selari.
  • 1:56 - 1:59
    Apabila kamu ada Garis Melintang merentangi Garis Selari
  • 1:59 - 2:02
    kamu ada hubungan menarik
  • 2:02 - 2:03
    antara sudut-sudutnya.
  • 2:03 - 2:06
    Hubungan ini banyak timbul dalam ujian.
  • 2:06 - 2:09
    Ini adalah persoalan geometri yang asas.
  • 2:09 - 2:12
    Dan lebih baik kita belajarkannya dengan jelas.
  • 2:12 - 2:16
    Perkara pertama, jika garis selari
  • 2:16 - 2:18
    kita akan menerima bahawa kedua-dua garis ini selari,
  • 2:18 - 2:22
    oleh itu sudut sepadan ini adalah sudut yang sama.
  • 2:22 - 2:26
    Apa saya maksudkan dengan sudut sepadan adalah,
  • 2:26 - 2:29
    Apabila ada 4 sudut yang diperoleh apabila
  • 2:29 - 2:31
    garis ungu ini melintangi
  • 2:31 - 2:32
    garis kuning.
  • 2:32 - 2:38
    Kamu ada sudut ini yang ditetapkan dalam warna hijau,
  • 2:38 - 2:43
    kamu ada satu lagi
  • 2:43 - 2:48
    dalam warna jingga, satu sudut lagi
  • 2:48 - 2:53
    dalam warna hijau yang berbeza, dan satu lagi sudut
  • 2:53 - 2:55
    di sini, yang saya lukiskan
  • 2:55 - 2:57
    dalam warna biru-ungu.
  • 2:57 - 2:59
    Dapatlah 4 sudut.
  • 2:59 - 3:02
    Apabila kita bincangkan sudut sepadan, kita
  • 3:02 - 3:05
    membincangkan, sebagai contoh, sudut atas kanan yang berwarna hijau
  • 3:05 - 3:09
    sudut ini sepadan dengan
  • 3:09 - 3:12
    sudut yang ini pula, saya lukiskan dalam warna yang sama.
  • 3:12 - 3:15
    Kedua-dua sudut ini adalah sudut sepadan.
  • 3:15 - 3:18
    Kedua-duanya adalah sudut sepadan dan
  • 3:18 - 3:20
    mereka adalah sama.
  • 3:20 - 3:21
    Mereka adalah sudut sama.
  • 3:21 - 3:24
    Jika ini-- saya katakan-- adalah sudut 70
  • 3:24 - 3:28
    darjah, sudut ini juga
  • 3:28 - 3:29
    adalah 70 darjah.
  • 3:29 - 3:32
    Jika kamu memikirkannya, atau kamu bermain dengan
  • 3:32 - 3:35
    pencungkil gigi, dan kamu terus menukar arah
  • 3:35 - 3:38
    garis melintang, kamu boleh lihat bahawa
  • 3:38 - 3:41
    ianya seakan-akan sentiasa sama.
  • 3:41 - 3:43
    Jika saya ambil-- saya lukiskan dua lagi garis selari--
  • 3:43 - 3:46
    saya boleh menunjukkan contoh yang lagi ekstrem.
  • 3:46 - 3:50
    Jika saya ada dua lagi garis selari macam ini, dan
  • 3:50 - 3:57
    saya melukiskan garis melintang-- dengan
  • 3:57 - 4:00
    sudut yang lagi kecil di sini-- kamu boleh lihat bahawa sudut ini
  • 4:00 - 4:02
    sama dengan yang ini.
  • 4:02 - 4:05
    Ini adalah sudut sepadan dan mereka adalah sama.
  • 4:05 - 4:08
    Dari perspektif yang lain, kedua-duanya adalah sudut atas kanan
  • 4:08 - 4:10
    dan setiap persimpangan adalah sama.
  • 4:10 - 4:14
    Ini adalah benar untuk sudut sepadan yang lain.
  • 4:14 - 4:17
    Sudut ini dalam contoh ini, ia adalah sudut atas kiri
  • 4:17 - 4:21
    dan ianya sama dengan sudut atas kiri di sini pula.
  • 4:21 - 4:27
    Sudut bawah kiri sama di bawah sini juga.
  • 4:27 - 4:30
    Jika sudut ini adalah 70 darjah, sudut di bawah sini
  • 4:30 - 4:32
    juga adalah 70 darjah.
  • 4:32 - 4:36
    Akhirnya, sudut ini dan sudut ini pula
  • 4:36 - 4:38
    juga adalah sama.
  • 4:38 - 4:42
    Sudut sepadan-- biar saya tuliskan--
  • 4:42 - 4:43
    sudut sepadan adalah kongruen.
  • 4:47 - 4:55
    Sudut sepadan adalah sama.
  • 4:55 - 4:57
    Ini dan yang ini adalah sepadan, itu dan
  • 4:57 - 4:59
    yang itu, itu dan yang itu, itu dan yang itu.
  • 4:59 - 5:05
    Set sudut bersamaan yang perlu kamu tahu
  • 5:05 - 5:07
    dinamakan sudut menegak, adakala mereka dinamakan
  • 5:07 - 5:08
    sudut bertentangan.
  • 5:08 - 5:12
    Jika kamu ambil sudut ini, sudut yang
  • 5:12 - 5:15
    menegak kepadanya, atau bertentangan, merentasi
  • 5:15 - 5:19
    titik persilangan ialah sudut ini, dan
  • 5:19 - 5:21
    ianya adalah sama.
  • 5:21 - 5:24
    Oleh itu, kita boleh katakan ianya bertentangan-- saya lebih suka bertentangan kerana ianya tidak
  • 5:24 - 5:26
    sentiasa dalam arah menegak, adakala ianya
  • 5:26 - 5:28
    dalam arah mendatar, tetapi mereka masih dipanggil
  • 5:28 - 5:29
    sudut menegak.
  • 5:29 - 5:37
    Sudut menegak atau sudut bertentangan adalah sama.
  • 5:37 - 5:41
    Jika ini adalah 70 darjah, ini juga adalah 70 darjah.
  • 5:41 - 5:44
    Dan jika yang ini 70 darjah, sudut ini juga
  • 5:44 - 5:47
    adalah 70 darjah.
  • 5:47 - 5:49
    Ini amat menarik, jika ini 70 darjah dan yang ini 70
  • 5:49 - 5:52
    darjah, dan yang ini 70 darjah dan yang ini juga 70
  • 5:52 - 5:56
    darjah, tidak kira apa keadaan, ini juga adalah sama
  • 5:56 - 5:58
    kerana ini sama dengan yang itu, itu
  • 5:58 - 6:00
    sama dengan yang itu.
  • 6:00 - 6:07
    Akhirnya, kamu perlu tahu
  • 6:07 - 6:10
    hubungan antara sudut jingga ini dan
  • 6:10 - 6:12
    sudut hijau di sana.
  • 6:12 - 6:18
    Kamu boleh lihat apabila kamu tambahkan dua sudut ini, kamu pergi setengah jalan
  • 6:18 - 6:20
    mengelilingi bulatan, betul?
  • 6:20 - 6:22
    Jika kamu mula di sini, kamu mengikut sudut hijau seterusnya
  • 6:22 - 6:24
    ikut sudut jingga.
  • 6:24 - 6:27
    Kamu telah pergi setengah jalan mengelilingi bulatan, dan ianya
  • 6:27 - 6:29
    memberikan kamu 180 darjah.
  • 6:29 - 6:33
    Oleh itu, sudut hijau dan sudut jingga ini berjumlah 180 darjah
  • 6:33 - 6:35
    atau ia adalah sudut penggenap.
  • 6:35 - 6:37
    Kita telah menyiapkan video lain tentang sudut penggenap, tetapi kamu
  • 6:37 - 6:41
    perlu faham mereka membentuk satu garis sama, atau setengah bulatan.
  • 6:41 - 6:44
    Jika ini adalah 70 darjah, sudut jingga
  • 6:44 - 6:51
    di sini adalah 110 darjah, kerana mereka dijumlahkan untuk mendapat 180.
  • 6:51 - 6:54
    Jika sudut di sini adalah 110 darjah,
  • 6:54 - 6:57
    apakah yang kita tahu tentang sudut ini?
  • 6:57 - 6:59
    Sudut ini adalah sudut bertentangan atau menegak kepada
  • 6:59 - 7:02
    sudut 110 darjah, oleh itu ia juga 110 darjah.
  • 7:02 - 7:06
    Kita juga tahu sudut ini sepadan dengan yang ini,
  • 7:06 - 7:09
    sudut ini juga 110 darjah.
  • 7:09 - 7:12
    Atau kita boleh kata, lihat, kerana ini adalah 70,
  • 7:12 - 7:14
    dan sudut ini pula sudut penggenapnya, kedua-dua sudut ini dijumlahkan
  • 7:14 - 7:16
    untuk mendapat 180, dan kamu boleh menggunakan cara ini.
  • 7:16 - 7:19
    Dan kamu boleh fikirkan kerana ini 110,
  • 7:19 - 7:22
    ini adalah sudut sepadan, ini juga akan menjadi 110.
  • 7:22 - 7:25
    Atau kamu boleh kata, ini bertentangan dengan
  • 7:25 - 7:26
    yang itu, oleh itu sudut ini sama.
  • 7:26 - 7:31
    Atau kamu boleh kata sudut ini sudut penggenap dengan
  • 7:31 - 7:34
    sudut itu, oleh itu 70 + 110 menjadi 180.
  • 7:34 - 7:39
    Atau kamu boleh kata 70 tambah sudut ini adalah 180.
  • 7:39 - 7:42
    Ada banyak cara untuk mencari
  • 7:42 - 7:44
    sudut-sudut kita.
  • 7:44 - 7:46
    Dalam video seterusnya, saya akan menggunakan beberapa contoh
  • 7:46 - 7:49
    untuk menunjukkan kamu bahawa jika kamu mendapat satu sudut,
  • 7:49 - 7:52
    kamu boleh mencari semua sudut yang lain.
Title:
Sudut antara Garis Melintang dan Garis Selari
Description:

Angles of parallel lines

more » « less
Video Language:
English
Duration:
07:53
victoria147 edited Malay subtitles for Angles formed between transversals and parallel lines
victoria147 added a translation

Malay subtitles

Revisions