Return to Video

Converting fractions to decimals

  • 0:01 - 0:04
    Saya akan tunjukkan cara untuk menukar
  • 0:04 - 0:05
    pecahan kepada perpuluhan.
  • 0:05 - 0:07
    Dan kalau kita ada masa, saya akan ajarkan cara
  • 0:07 - 0:09
    untuk menukar perpuluhan kepada pecahan.
  • 0:09 - 0:11
    Kita mulakan dengan masalah
  • 0:11 - 0:12
    yang agak senang.
  • 0:12 - 0:15
    Katalah pecahan 1/2.
  • 0:15 - 0:17
    Dan kita nak tukarkannya kepada perpuluhan.
  • 0:17 - 0:20
    Saya akan tunjukkan caranya.
  • 0:20 - 0:23
    Kamu hanya perlu bahagikan pengangka
  • 0:23 - 0:25
    dengan penyebut.
  • 0:25 - 0:26
    Mari kita buatkan.
  • 0:26 - 0:29
    Jadi kita ambil penyebutbya -- iaitu 2 -- dan
  • 0:29 - 0:32
    pengangkanya, 1, akan dibahagikan dengan 2 ini.
  • 0:32 - 0:34
    Tahukah kamu caranya untuk bahagikan 1 dengan 2?
  • 0:34 - 0:37
    Kalau kamu ingat lagi modul pembahagian perpuluhan yang lepas,
  • 0:37 - 0:40
    kamu letakkan saja titik perpuluhan dan tambah 0 di belakang nombornya.
  • 0:40 - 0:43
    Nilai nombor ini tak berubah sebenarnya,
  • 0:43 - 0:45
    cuma kita tuliskan dengan lebih tepat lagi.
  • 0:45 - 0:47
    Kita bubuhkan titik perpuluhan di sini.
  • 0:50 - 0:51
    Adakah 1 dapat dibahagikan dengan 1?
  • 0:51 - 0:51
    Tidak.
  • 0:51 - 0:56
    10 dapat dibahagi dengan 2, dan kita dapat 5.
  • 0:56 - 0:59
    Sebab 5 darab 2 adalah 10.
  • 0:59 - 1:00
    Bakinya 0.
  • 1:00 - 1:01
    Dan selesailah.
  • 1:01 - 1:07
    Jadi 1/2 adalah bersamaan dengan 0.5.
  • 1:11 - 1:12
    Mari kita cuba yang sukar sikit.
  • 1:12 - 1:15
    Kita ambil 1/3.
  • 1:15 - 1:19
    Seperti tadi, kita ambilkan penyebutnya, 3, dan
  • 1:19 - 1:21
    biar penangka dibahagi dengannya.
  • 1:21 - 1:25
    Saya akan tambahkan beberapa 0 selepas nombor ini.
  • 1:25 - 1:28
    1 tak dapat dibahagikan dengan 3.
  • 1:28 - 1:30
    Tapi 10 boleh, dan hasil bahaginya 3.
  • 1:30 - 1:32
    Sebab 3 darab 3 dapat 9.
  • 1:32 - 1:36
    Kita buat penolakan, dapat 1, dan turunkan 0.
  • 1:36 - 1:38
    10 bahagi 3 dapat 3.
  • 1:38 - 1:40
    Sebenarnya, titik perpuluhannya di sini.
  • 1:40 - 1:43
    3 darab 3 adalah 9.
  • 1:43 - 1:44
    Nampak tak coraknya?
  • 1:44 - 1:45
    Kita asyik dapat nombor yang sama.
  • 1:45 - 1:47
    Hasil bahaginya sebenarnya adalah 0.3333.
  • 1:47 - 1:49
    Dan ia akan teruskan tak terbatas.
  • 1:49 - 1:52
    Cara untuk tuliskan jawapannya ialah,
  • 1:52 - 1:54
    kita tak bolehlah tulis 3 yang tak terhingga banyaknya,
  • 1:54 - 2:00
    tapi kita tuliskannya sebagai 0.33 berulang,
  • 2:00 - 2:03
    maksudnya 0.33 ini akan teruskan tak terbatas.
  • 2:03 - 2:07
    Atau kamu boleh tulis 0.3 berulang.
  • 2:07 - 2:09
    Tapi saya lebih biasa jumpa yang ini.
  • 2:09 - 2:10
    Atau saya mungkin silap.
  • 2:10 - 2:12
    Secara umumnya, garisan di atas perpuluhan bermakna
  • 2:12 - 2:17
    corak nombor ini akan berulang tidak terbatas.
  • 2:17 - 2:25
    Maka, 1/3 adalah bersamaan dengan 0.33333 dan ia akan berterusan sampai bila-bila.
  • 2:25 - 2:30
    Ataupun, kita boleh tuliskannya sebagai 0.33 berulang.
  • 2:30 - 2:33
    Mari kita cuba beberapa soalan dengan corak serupa
  • 2:33 - 2:35
    yang lebih sukar.
  • 2:35 - 2:37
    Biar saya pilih nombor yang pelik sikit.
  • 2:40 - 2:42
    Kita akan cuba buat pecahan tak wajar.
  • 2:42 - 2:49
    Katalah 17/9.
  • 2:49 - 2:50
    Ia dah menarik sekarang.
  • 2:50 - 2:52
    Pengangka nombor ini lebih besar daripada penyebutnya.
  • 2:52 - 2:54
    Maka, kita akan dapat nombor yang lebih besar daripada 1.
  • 2:54 - 2:55
    Mari kita buatkan.
  • 2:55 - 3:01
    Jadi kita bahagikan 17 dengan 9.
  • 3:01 - 3:06
    Dan kita tambahkan 0 selepas titik perpuluhan di sini.
  • 3:06 - 3:09
    Jadi 17 boleh dibahagikan dengan 9 sebanyak 1 kali.
  • 3:09 - 3:11
    1 darab 9 adalah 9.
  • 3:11 - 3:14
    17 tolak 9 adalah 8.
  • 3:14 - 3:16
    Turunkan 0.
  • 3:16 - 3:20
    80 bahagikan dengan 9 -- kita tahu yang 9 darab 9 adalah 81, jadi
  • 3:20 - 3:22
    kita akan dapat 8 kerana
  • 3:22 - 3:23
    ia tak cukup 81.
  • 3:23 - 3:27
    8 darab 9 adalah 72.
  • 3:27 - 3:30
    80 tolak 72 adalah 8.
  • 3:30 - 3:31
    Turunkan satu lagi 0.
  • 3:31 - 3:32
    Saya rasa kita boleh nampak satu corak lagi.
  • 3:32 - 3:36
    80 bahagi dengan 9 adalah 8.
  • 3:36 - 3:41
    8 darab 9 adalah 72.
  • 3:41 - 3:44
    Jelaslah yang kalau saya bahagikan lagi,
  • 3:44 - 3:47
    kita akan dapat 8 yang berulang.
  • 3:47 - 3:54
    Jadi, 17 bahagi dengan 9 adalah bersamaan dengan 1.88, di mana 0.88
  • 3:54 - 3:56
    adalah berulang.
  • 3:56 - 3:59
    Ataupun, kalau kita nak bundarkan nombor ini,
  • 3:59 - 4:01
    ia adalah bersamaan 1. -- bergantung pada nilai tempat
  • 4:01 - 4:03
    yang perlu dibundarkan.
  • 4:03 - 4:06
    Ia adalah lebih kurang 1.89.
  • 4:06 - 4:07
    Kita juga boleh bundarkan kepada nilai tempat yang lain.
  • 4:07 - 4:09
    Saya telah bundarkan kepada ratus yang terdekat.
  • 4:09 - 4:11
    Tapi inilah jawapan yang tepat.
  • 4:11 - 4:15
    17/9 adalah bersamaan dengan 1.88.
Title:
Converting fractions to decimals
Description:

How to express a fraction as a decimal

more » « less
Video Language:
English
Duration:
09:22

Malay subtitles

Revisions Compare revisions