Return to Video

Converting fractions to decimals

  • 0:01 - 0:04
    Saya akan tunjukkan cara untuk menukar
  • 0:04 - 0:05
    pecahan kepada perpuluhan.
  • 0:05 - 0:07
    Dan kalau kita ada masa, saya akan ajarkan cara
  • 0:07 - 0:09
    untuk menukar perpuluhan kepada pecahan.
  • 0:09 - 0:11
    Kita mulakan dengan masalah
  • 0:11 - 0:12
    yang agak senang.
  • 0:12 - 0:15
    Katalah pecahan 1/2.
  • 0:15 - 0:17
    Dan kita nak tukarkannya kepada perpuluhan.
  • 0:17 - 0:20
    Saya akan tunjukkan caranya.
  • 0:20 - 0:23
    Kamu hanya perlu bahagikan pengangka
  • 0:23 - 0:25
    dengan penyebut.
  • 0:25 - 0:26
    Mari kita buatkan.
  • 0:26 - 0:29
    Jadi kita ambil penyebutbya -- iaitu 2 -- dan
  • 0:29 - 0:32
    pengangkanya, 1, akan dibahagikan dengan 2 ini.
  • 0:32 - 0:34
    Tahukah kamu caranya untuk bahagikan 1 dengan 2?
  • 0:34 - 0:37
    Kalau kamu ingat lagi modul pembahagian perpuluhan yang lepas,
  • 0:37 - 0:40
    kamu letakkan saja titik perpuluhan dan tambah 0 di belakang nombornya.
  • 0:40 - 0:43
    Nilai nombor ini tak berubah sebenarnya,
  • 0:43 - 0:45
    cuma kita tuliskan dengan lebih tepat lagi.
  • 0:45 - 0:47
    Kita bubuhkan titik perpuluhan di sini.
  • 0:50 - 0:51
    Adakah 1 dapat dibahagikan dengan 2?
  • 0:51 - 0:51
    Tidak.
  • 0:51 - 0:56
    10 dapat dibahagi dengan 2, dan kita dapat 5.
  • 0:56 - 0:59
    Sebab 5 darab 2 adalah 10.
  • 0:59 - 1:00
    Bakinya 0.
  • 1:00 - 1:01
    Dan selesailah.
  • 1:01 - 1:07
    Jadi 1/2 adalah bersamaan dengan 0.5.
  • 1:11 - 1:12
    Mari kita cuba yang sukar sikit.
  • 1:12 - 1:15
    Kita ambil 1/3.
  • 1:15 - 1:19
    Seperti tadi, kita ambilkan penyebutnya, 3, dan
  • 1:19 - 1:21
    biar pengangka dibahagi dengannya.
  • 1:21 - 1:25
    Saya akan tambahkan beberapa 0 selepas nombor ini.
  • 1:25 - 1:28
    1 tak dapat dibahagikan dengan 3.
  • 1:28 - 1:30
    Tapi 10 boleh, dan hasil bahaginya 3.
  • 1:30 - 1:32
    Sebab 3 darab 3 dapat 9.
  • 1:32 - 1:36
    Kita buat penolakan, dapat 1, dan turunkan 0.
  • 1:36 - 1:38
    10 bahagi 3 dapat 3.
  • 1:38 - 1:40
    Sebenarnya, titik perpuluhannya di sini.
  • 1:40 - 1:43
    3 darab 3 adalah 9.
  • 1:43 - 1:44
    Nampak tak coraknya?
  • 1:44 - 1:45
    Kita asyik dapat nombor yang sama.
  • 1:45 - 1:47
    Hasil bahaginya sebenarnya adalah 0.3333.
  • 1:47 - 1:49
    Dan ia akan teruskan tak terbatas.
  • 1:49 - 1:52
    Cara untuk tuliskan jawapannya ialah,
  • 1:52 - 1:54
    kita tak bolehlah tulis 3 yang tak terhingga banyaknya,
  • 1:54 - 2:00
    tapi kita tuliskannya sebagai 0.33 berulang,
  • 2:00 - 2:03
    maksudnya 0.33 ini akan teruskan tak terbatas.
  • 2:03 - 2:07
    Atau kamu boleh tulis 0.3 berulang.
  • 2:07 - 2:09
    Tapi saya lebih biasa jumpa yang ini.
  • 2:09 - 2:10
    Atau saya mungkin silap.
  • 2:10 - 2:12
    Secara umumnya, garisan di atas perpuluhan bermakna
  • 2:12 - 2:17
    corak nombor ini akan berulang tidak terbatas.
  • 2:17 - 2:25
    Maka, 1/3 adalah bersamaan dengan 0.33333 dan ia akan berterusan sampai bila-bila.
  • 2:25 - 2:30
    Ataupun, kita boleh tuliskannya sebagai 0.33 berulang.
  • 2:30 - 2:33
    Mari kita cuba beberapa soalan dengan corak serupa
  • 2:33 - 2:35
    yang lebih sukar.
  • 2:35 - 2:37
    Biar saya pilih nombor yang pelik sikit.
  • 2:40 - 2:42
    Kita akan cuba buat pecahan tak wajar.
  • 2:42 - 2:49
    Katalah 17/9.
  • 2:49 - 2:50
    Ia dah menarik sekarang.
  • 2:50 - 2:52
    Pengangka nombor ini lebih besar daripada penyebutnya.
  • 2:52 - 2:54
    Maka, kita akan dapat nombor yang lebih besar daripada 1.
  • 2:54 - 2:55
    Mari kita buatkan.
  • 2:55 - 3:01
    Jadi kita bahagikan 17 dengan 9.
  • 3:01 - 3:06
    Dan kita tambahkan 0 selepas titik perpuluhan di sini.
  • 3:06 - 3:09
    Jadi 17 boleh dibahagikan dengan 9 sebanyak 1 kali.
  • 3:09 - 3:11
    1 darab 9 adalah 9.
  • 3:11 - 3:14
    17 tolak 9 adalah 8.
  • 3:14 - 3:16
    Turunkan 0.
  • 3:16 - 3:20
    80 bahagikan dengan 9 -- kita tahu yang 9 darab 9 adalah 81, jadi
  • 3:20 - 3:22
    kita akan dapat 8 kerana
  • 3:22 - 3:23
    ia tak cukup 81.
  • 3:23 - 3:27
    8 darab 9 adalah 72.
  • 3:27 - 3:30
    80 tolak 72 adalah 8.
  • 3:30 - 3:31
    Turunkan satu lagi 0.
  • 3:31 - 3:32
    Saya rasa kita boleh nampak satu corak lagi.
  • 3:32 - 3:36
    80 bahagi dengan 9 adalah 8.
  • 3:36 - 3:41
    8 darab 9 adalah 72.
  • 3:41 - 3:44
    Jelaslah yang kalau saya bahagikan lagi,
  • 3:44 - 3:47
    kita akan dapat 8 yang berulang.
  • 3:47 - 3:54
    Jadi, 17 bahagi dengan 9 adalah bersamaan dengan 1.88, di mana 0.88
  • 3:54 - 3:56
    adalah berulang.
  • 3:56 - 3:59
    Ataupun, kalau kita nak bundarkan nombor ini,
  • 3:59 - 4:01
    ia adalah bersamaan 1. -- bergantung pada nilai tempat
  • 4:01 - 4:03
    yang perlu dibundarkan.
  • 4:03 - 4:06
    Ia adalah lebih kurang 1.89.
  • 4:06 - 4:07
    Kita juga boleh bundarkan kepada nilai tempat yang lain.
  • 4:07 - 4:09
    Saya telah bundarkan kepada ratus yang terdekat.
  • 4:09 - 4:11
    Tapi inilah jawapan yang tepat.
  • 4:11 - 4:15
    17/9 adalah bersamaan dengan 1.88.
  • 4:15 - 4:17
    Mungkin saya akan buatkannya dalam modul yang lain,
  • 4:17 - 4:21
    tapi tahukah kamu untuk tuliskan pecahan ini sebagai nombor bercampur?
  • 4:21 - 4:23
    Biar saya tunjukkan dalam modul yang berasingan.
  • 4:23 - 4:24
    Nanti kamu lebih keliru lagi.
  • 4:24 - 4:25
    Kita akan cuba beberapa masalah lagi.
  • 4:29 - 4:30
    Saya akan pilih nombor yang pelik.
  • 4:30 - 4:34
    Katalah 17/93.
  • 4:34 - 4:37
    Apakah nombor perpuluhan yang bersamaan dengannya?
  • 4:37 - 4:39
    Kita gunakan cara yang sama.
  • 4:39 - 4:46
    Penyebutnya 93 -- saya guna garisan yang panjang
  • 4:46 - 4:48
    kerana saya tak tahu lagi berapa tempat perpuluhan yang diperlukan.
  • 4:51 - 4:53
    Ingat ya. Kita bahagikan pengangka di atas
  • 4:53 - 4:55
    dengan penyebut di bawah.
  • 4:55 - 4:57
    Ini selalu kelirukan saya kerana selalunya kita
  • 4:57 - 5:00
    perlu bahagikan nombor yang kecil dengan nombor yang besar.
  • 5:00 - 5:03
    Jadi 17 bahagi 93 adalah 0.
  • 5:03 - 5:04
    Titik perpuluhan di sini.
  • 5:04 - 5:06
    170 bahagi 93?
  • 5:06 - 5:07
    Dapat 1.
  • 5:07 - 5:11
    1 darab 93 adalah 93.
  • 5:11 - 5:14
    170 tolak 93 adalah 77.
  • 5:18 - 5:20
    Turunkan 0.
  • 5:20 - 5:24
    770 bahagi 93?
  • 5:24 - 5:25
    Biar saya fikir.
  • 5:25 - 5:29
    Agaknya, kita dapat 8.
  • 5:29 - 5:33
    8 darab 3 adalah 24.
  • 5:33 - 5:36
    8 darab 9 adalah 72.
  • 5:36 - 5:40
    Tambah 2 adalah 74.
  • 5:40 - 5:42
    Kemudian kita tolak.
  • 5:42 - 5:44
    10 dengan 6.
  • 5:44 - 5:47
    Dan ia adalah bersamaan dengan 26.
  • 5:47 - 5:48
    Turunkan 0 lagi.
  • 5:48 - 5:53
    26 bahagi dengan 93 -- dapat 2 agaknya.
  • 5:53 - 5:57
    2 darab 3 adalah 6.
  • 5:57 - 5:59
    18.
  • 5:59 - 6:00
    Ini adalah 74.
  • 6:03 - 6:04
    0.
  • 6:04 - 6:06
    Jadi kita boleh teruskan.
  • 6:06 - 6:08
    Kita boleh terus bahagikan.
  • 6:08 - 6:10
    Dan kita akan buat ini sampai bila-bila.
  • 6:10 - 6:12
    Tapi sebagai satu anggaran bagi
  • 6:12 - 6:23
    17 bahagi 93 -- atau 17/93, ia adalah bersamaan dengan 0.182
  • 6:23 - 6:25
    dan perpuluhan ini akan berterusan.
  • 6:25 - 6:27
    Kamu boleh teruskan mengira sebenarnya.
  • 6:27 - 6:29
    Biasanya dalam peperiksaan, kamu akan disuruh untuk
  • 6:29 - 6:30
    bundarkannya kepada nilai tempat tertentu.
  • 6:30 - 6:32
    Contohnya, seperti kepada ratus yang terdekat
  • 6:32 - 6:34
    ataupun ribu yang terdekat.
  • 6:34 - 6:37
    Mari kita cuba untuk tukarkan
  • 6:37 - 6:38
    perpuluhan kepada pecahan pula.
  • 6:38 - 6:40
    Saya rasa penukaran ini
  • 6:40 - 6:42
    lebih senang daripada penukaran yang sebaliknya tadi.
  • 6:42 - 6:50
    Apakah 0.035 dalam bentuk pecahan?
  • 6:50 - 6:57
    Kita boleh tuliskan 0.035 sebagai
  • 6:57 - 7:05
    -- ia adalah sama dengan 03--
  • 7:05 - 7:06
    Sebenarnya, saya tak patut tulis 035.
  • 7:06 - 7:11
    Ia adalah bersamaan dengan 35/1000.
  • 7:11 - 7:12
    Kamu mungkin sedang fikir, Sal, macam mana
  • 7:12 - 7:14
    kamu tahu yang itu adalah 35/1000?
  • 7:14 - 7:19
    Sebab kita tahu yang
  • 7:19 - 7:20
    ini nilai tempat persepuluh.
  • 7:20 - 7:21
    Ini perseratus.
  • 7:21 - 7:23
    Dan ini nilai tempat perseribu.
  • 7:23 - 7:26
    Jadi kita ada 3 nilai tempat.
  • 7:26 - 7:29
    Maka ini adalah 35 perseribu.
  • 7:29 - 7:39
    Katalah kita ada perpuluhan 0.030.
  • 7:39 - 7:40
    Ada beberapa cara untuk kita lihatnya.
  • 7:40 - 7:42
    Kita boleh lihat yang nilai tempat perpuluhan nombor ini
  • 7:42 - 7:44
    sampai tempat perseribu.
  • 7:44 - 7:48
    Jadi ia adalah bersamaan dengan 30/1000.
  • 7:48 - 7:49
    Atau,
  • 7:49 - 7:56
    kita boleh tulis 0.030 sebagai
  • 7:56 - 8:03
    0.03 kerana 0 di belakang itu tak membawa makna.
  • 8:03 - 8:06
    Angka 0.03 ini ada sehingga nilai tempat perseratus.
  • 8:06 - 8:11
    Maka ia adalah bersamaan dengan 3/100.
  • 8:11 - 8:13
    Soalannya, adakah dua-dua pecahan ini sama?
  • 8:16 - 8:17
    Sudah tentu.
  • 8:17 - 8:18
    Dua-dua ini adalah pecahan setara.
  • 8:18 - 8:20
    Kalau kita bahagikan pengangka dan penyebut pecahan ini
  • 8:20 - 8:25
    dengan 10, kita akan dapat 3/100.
  • 8:25 - 8:26
    Kita balik ke contoh ini.
  • 8:26 - 8:28
    Sudahkah kita selesaikan masalah ini?
  • 8:28 - 8:30
    35/1000 adalah
  • 8:30 - 8:32
    pecahan yang betul.
  • 8:32 - 8:33
    35/1000.
  • 8:33 - 8:35
    Tapi kalau kita nak memudahkannya lagi,
  • 8:35 - 8:39
    kita boleh membahagikan pengangka dan penyebutnya dengan 5.
  • 8:39 - 8:41
    Maka, bentuk termudahnya adalah
  • 8:41 - 8:47
    7/200.
  • 8:47 - 8:51
    Dan kalau kita nak menukar 7/200 kepada perpuluhan
  • 8:51 - 8:54
    mengikut teknik yang digunakan tadi, kita perlu bahagikan
  • 8:54 - 8:56
    7 dengan 200.
  • 8:56 - 9:00
    Kita akan dapat 0.035.
  • 9:00 - 9:03
    Kamu boleh selesaikannya sendiri sebagai latihan.
  • 9:03 - 9:05
    Harap-harap sekarang kamu sudah dapat pemahaman asas tentang
  • 9:05 - 9:09
    cara untuk menukar pecahan kepada perpuluhan dan juga yang sebaliknya.
  • 9:09 - 9:12
    Dan kalau kamu belum faham lagi, cuba buat lagi latihan bentuk ini.
  • 9:12 - 9:17
    Saya akan cuba untuk rekod satu lagi modul
  • 9:17 - 9:19
    mengenai topik ini.
  • 9:19 - 9:20
    Selamat mencuba.
Title:
Converting fractions to decimals
Description:

How to express a fraction as a decimal

more » « less
Video Language:
English
Duration:
09:22

Malay subtitles

Revisions Compare revisions