-
Selamat datang ke pembentangan
tentang "Pendaraban"
-
dan "Pembahagian Nombor Negatif".
-
Mari kita mulakan.
-
Anda akan dapati bahawa Pendaraban
-
dan Pembahagian nombor negatif
-
lebih senang dari yang anda sangka.
-
Anda cuma perlu ingat beberapa peraturan saja.
-
Apabila 2 nombor negatif didarabkan,
-
contohnya (-2) x (-2);
-
Mula-mula anggapkan tiada
tanda negatif (-)
-
pada nombor-nombor itu.
-
Jadi 2 x 2 = 4.
-
Bila nombor negatif didarabkan bersama,
-
jawapannya ialah positif (+).
-
Jadi tuliskan peraturan pertama ini.
-
(-) x (-) = (+).
-
Bagaimana pula dengan (-2) x 2 = ?
-
Mula-mula, anggapkan tiada tanda negatif (-)
-
pada nombor-nombor itu.
-
2 x 2 = 4.
-
Kita ada (-2) x (+2);
-
bila nombor (-) didarabkan dengan nombor (+),
-
jawapannya ialah (-).
-
Ini ialah peraturan kedua.
-
(-) x (+) = (-)
-
Bagaimana pula jika 2 x (-2) ?
-
Saya rasa anda boleh teka jawapannya
-
sebab hampir sama dengan contoh tadi.
-
Ini dipanggil "Penukaran Tertib" atau
-
"Commutative Property" dalam Bahasa Inggeris.
-
2 x (-2) = (-4)
-
Maka peraturan yang terakhir ialah
-
(+) x (-) = (-)
-
2 peraturan terakhir ini
-
sebenarnya sama saja.
-
(-) x (+) = (-),
atau
-
(+) x (-) = (-)
-
Juga boleh dinyatakan,
jika nombor berbeza 'tanda' didarabkan,
-
jawapannya ialah negatif (-).
-
Dan semestinya anda tahu apa jawapannya
-
jika nombor positif didarabkan bersama;
-
anda akan dapat nombor positif (+).
-
Jom kita imbas kembali.
-
(-) x (-) = (+)
-
(-) x (+) = (-)
-
(+) x (-) = (-)
-
Dan (+) x (+) = (+)
-
Mungkin anda sedikit keliru,
-
jadi saya permudahkan untuk anda.
-
Bila anda mendarab nombor-nombor
-
yang sama 'tanda',anda dapat jawapan positif (+).