Kita diminta untuk mengenal pasti peratus, jumlah dan nombor dasar bagi soalan ini. Soalannya ialah nombor apakah yang 25% daripadanya adalah 150? Kita boleh fikirkannya sebagai kita perlu mendarab 25% dengan sesuatu nombor, dan saya akan tuliskan 25% dalam kuning. 25% kali sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150. Jadi peratusnya mudah saja, iaitu 25% di sini. Maka inilah peratusnya. Ini peratus. Dan kita akan darabkan peratus ini dengan sesuatu nombor dasar. Jadi nombor di sini adalah dasarnya dan peratus kali nombor dasar adalah bersamaan dengan sesuatu jumlah. Dan kamu boleh cuba fikirkan. Soalan ini sebenarnya bermaksud 25% darab dengan sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150. Untuk memudahkannya lagi, kita juga boleh tuliskannya sebagai 0.25 (yang sebenarnya sama dengan 25%). 0.25 kali sesuatu nombor adalah bersamaan dengan 150. Dan kita perlu fikirkan - adakah nombor ini sepatutnya lebih besar atau lebih kecil daripada 150? Baik, kalau kita hanya mengambil 25% daripada nombor tersebut, ataupun 25/100 daripada nombor tersebut. Yang juga bersamaan dengan 1/4. 25% adalah bersamaan dengan 1/4. Kita ambil 1/4 daripada nombor tersebut, maka nombor tersebut adalah lebih besar daripada 150. Dan ia adalah 4 kali lebih besar daripada 150. Untuk mendapat nombor tersebut, kita perlu membuat pendaraban, kerana ungkapan di sebelah kiri adalah sama dengan di sebelah kanan. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu mendarab dua-dua belah persamaan ini dengan 4. Ini adalah kerana kalau saya darabkan ungkapan di sebelah kiri dengan 4, saya juga perlu darabkan 4 di sebelah kanan untuk mendapat nilai yang sama. 4 kali 0.25 (atau 4 kali 25% atau kali 1/4), ia adalah bersamaan dengan 1. Dan nombor dasar ini adalah bersamaan dengan 150 kali 4. Yang juga bersamaan dengan 600. Dan ia adalah masuk akal, kerana 25% daripada 600 adalah 150. 1/4 daripada 600 adalah 150.