Apa yang saya nak buat dalam video ini ialah menyusun pecahan dari terkecil ke terbesar dan cara yang paling senang dan pasti dapat jawapan ialah cari penyebut yang sama, kalau tak, pecahan ini susah untuk dibandingkan: 4/9 dengan 3/4 dengan 4/5 dan lain-lain. Anda boleh agak sahaja tetapi anda boleh terus bandingkan mereka jika mereka ada penyebut yang sama. Tip yang boleh diguna ialah cari penyebut yang sama dahulu. Ada banyak cara untuk lakukannya, anda boleh pilih mana-mana nombor ini, dan cari gandaannya hingga anda dapat gandaan yang boleh dibahagi dengan penyebut yang lain. Cara lain ialah cari pemfaktoran perdana mereka, dan cari GSTK daripada nombor perdana. Mari lakukan kaedah kedua dan semak ia. 9 = 3 x 3, jadi GSTK sekurang-kurangnya ada 3 x 3. Dan 4 sama dengan 2 x 2. Kita ada 2 x 2 dalam pemfaktoran perdana (GSTK). 5 ialah nombor perdana, jadi kita masukkan ia. 12 = 2 x 6, dan 6 = 2 x 3. Jadi dalam GSTK kita sudah ada dua 2 dan kita ada satu 3. Dengan kata lain, sesuatu yang boleh membahagi 9 dan 4 boleh juga membahagi 12. Akhir sekali, ia perlu boleh membahagi faktor perdana 15. 15 = 3 x 5. Kita sudah ada 3 dan 5. Jadi inilah GSTK kita. GSTK sama dengan 3 x 3 x 2 x 2 x 5 = 180. GSTK kita ialah 180. Kita perlu tulis semula semua pecahan ini dengan 180 sebagai penyebut. Pertama, 4/9, apa per 180? Untuk dapatkan 180 daripada 9, kita perlu darab dengan 20. Untuk dapatkan penyebut 180, kita darab 20. 4 perlu darab dengan 20 untuk kekalkan nilainya. 4 x 20 = 80. Jadi 4/9 sama dengan 80/180. Mari lakukan 3/4. Berapa kita perlu darab untuk dapatkan penyebut 180? Anda boleh bahagi 180 dengan 4 untuk tentukannya. 4 x 45 = 180. Anda perlu darabkan pengangka dengan 45. 3 x 45 = 135. Jadi 3/4 sama dengan 135/180. Teruskan dengan 4/5. Untuk dapatkan 180 daripada 5, darabkan dengan 36. Jadi kita darabkan pengangka dengan 36. Jadi, 144/180. Sekarang kita tinggal lagi dua. Jadi 11/12, 180 bahagi 12 = 15. 11 x 15 = 165. Jadi,11/12 = 165/180. Akhir sekali, kita ada 13/15. Untuk dapatkan 180, 15 x 12. Jadi darabkan pengangka dengan 12. Kita tahu 12 x 12 = 144, jadi tambah lagi 12 = 156. Jadi kita tulis semula pecahan ini dengan penyebut yang sama. Sekarang lebih mudah untuk bandingkan mereka. kita hanya perlu lihat pengangka sahaja. Jadi, pengangka terkecil ialah 80, jadi 4/9 ialah nombor terkecil. Nombor terkecil seterusnya ialah 135, iaitu 3/4. Seterusnya ialah 144, iaitu 4/5. Kemudian ialah 156, iaitu 13/15. Dan terakhir ialah 165, iaitu 11/12. Kita sudah selesai dengan susunan kita.