Selamat datang ke perbincangan tentang nombor berturut. Mari mulakan dengan beberapa soalan yang saya rasa awak akan faham jika awak lihat contoh-contoh ini. Jom kita lihat. Set nombor yang pertama yang perlu kita susun adalah 35.7%,108.1%, 0.5, 13/93, dan 1 7/68. Mari kita selesaikan. Perkara penting yang harus kita ingat bila jawab soalan menyusun nombor macam ni adalah untuk sedar yang ini adalah cara berbeza untuk mewakilinya. Sama ada dalam bentuk peratus, perpuluhan, pecahan atau nombor bercampur, semuanya cara berbeza untuk mewakili sesuatu nilai nombor. Agak susah untuk membandingkan semua ini bila kita lihat macam ini, jadi apa yang saya akan buat adalah tukar semua nombor ini dalam bentuk perpuluhan. Tapi bagi orang lain, mereka mungkin lebih suka tukar kepada peratus ataupun tukar kepada pecahan sebelum membanding. Tapi pada saya untuk cari nombor perpuluhan adalah yang paling mudah. Kita mulakan dengan 35.7%. Mari tukarkan kepada nombor perpuluhan. Perkara yang paling senang untuk diingat untuk nombor peratus hanya buang tanda peratus ni dan letak sebagai per 100. Jadi 35.7% adalah sama dengan 35.7/100. Seperti 5%, ia sama dengan 5/100 atau 50% sama dengan 50/100. Jadi untuk 35.7/100 sama dengan 0.357. Jika ini mengelirukan awak, cara lain untuk fikitkan tentang peratus adalah jika saya tuliskan sebagai 35.7%, apa yang perlu awak lakukan adalah hapuskan tanda peratus dan gerakkan titik perpuluhan dua ruang ke kiri dan ia menjadi 0.357. Biar saya berikan beberapa contoh lagi. Katakanlah saya ada 5%. Ia serupa dengan 5/100. atau kalau awak gunakan teknik perpuluhan, 5%, awak boleh gerakkan titik perpuluhan dan hapuskan tanda peratus. dan di sini awak gerakkan titik perpuluhan sekali, dan dua kali, kemudian letakkan 0 di sini. Sama dengan 0.05. dan ia serupa dengan 0.05. Awak juga tahu yang 0.05 dan 5/100 adalah sama. Mari kita kembali ke soalan. Saya harap gangguan tadi tak terlampau mengalihkan perhatian awak. Lupakan semua ini. Jadi 35.7% sama dengan 0.357. Begitu juga dengan 108.1%. Kita gunakan teknik yang menghapuskan tanda peratus dan gerakkan titik perpuluhan 2 ruang ke kiri. Ia sama dengan 1.081. Kita dah tahu yang ini adalah lebih kecil dari yang ini. Yang ini lebih senang sebab ia sudah pun dalam bentuk perpuluhan. 0.5 akan kekal sebagai 0.5. sekarang 13/93. Bagi menukarkan pecahan kepada perpuluhan kita cuma perlu membahagikan nombor penyebut dengan nombor pengangka. Mari kita buat. Bolehkah 13 dibahagikan dengan 93? Kita tahu yang tiada nilai 93 yang boleh dimasukkan dalam 13 kan? Jadi kita tambah titik perpuluhan di sini. Jadi ada berapa nilai 93 dalah 130? Ada satu. Satu darab 93 sama dengan 93. Yang ini jadi 10. Ini jadi 2. Kita dah pinjamkan ini, kita dapat 37. Turunkan 0. Jadi 93 di dalam 370? Mari kita lihat. 4 darab 93 akan jadi 372, maknanya 93 ada dalam 372 hanya tiga kali. 3 darab 3 adalah 9. 3 darab 9 adalah 27. Jadi ini sama dengan? Mari kita lihat--kalau kita kata 0 jadi 10. Ini jadi 16. Ini jadi 2. 81. Kemudian kita kata berapa nilai 93 dalam 810? Ia ada dalam 8 kali. Dan sebenarnya kita boleh teruskan tapi demi membandingkan nombor-nombor ni, kita dah pun dapat ketepatan yang agak bagus Jadi kita hentikan di sini sebab perpuluhan bagi nombor ini boleh berterusan, tapi demi perbandingan saya rasa kita dah faham apa itu perpuluhan. Jawapannya 0.138 dan berterusan. Mari kita tuliskan. Dan akhir sekali, kita ada nombor bercampur di sini. Biar saya padam sebahagian dari jalan kerja saya sebab saya tak nak mengelirukan awak. Tapi kita biarkan sahaja. Jadi ada dua cara; cara yang paling mudah untuk menukar nombor bercampur kepada perpuluhan adalah dengan mengatakan, OK, ini 1 dan ini pecahan yang kurang dari 1. Atau kita boleh tukarkannya kepada pecahan tidak wajar seperti--oh, sebenarnya tak ada pecahan tidak wajar di sini. Tapi mari kita buat cara itu. Mari kita tukarkan ia ke pecahan tidak wajar kemudian tukarkannya ke perpuluhan. Rasanya saya perlukan lebih ruang jadi biar saya bersihkan ini dulu. Sekarang ada lebih ruang untuk buat jalan kerja. jadi 1 7/68. Untuk jadikan nombor bercampur sebagai pecahan tidak wajar, apa yang awak perlu lakukan adalah darabkan 68 dengan 1 dan tambahkan ke nombor pengangka di sini. Kenapa? Sebab ini sama dengan 1+7/68 kan? 1 7/68 adalah sama dengan 1+7/68 dan kita tahu itu adalah serupa. dari modul pecahan, sebagai 68/68+7/68. dan ia sama dengan 68+7--75/68. Jadi 1 7/68 adalah sama dengan 75/68. Sekarang, tukarkan ini ke perpuluhan menggunakan teknik yang kita gunakan untuk 13/93. Jadi kita akan kata 68 akan ada di dalam 75 sekejap, tak cukup ruang. 68 akan ada di dalam 75 sebanyak satu kali. 1 darab 68 sama dengan 68. 75 tolak 68 adalah 7. turunkan 0. Sebenarnya awak tak perlu tulis titik perpuluhan di sini. Abaikan titik perpuluhan itu. 68 ada dalam 70 satu kali. 1 darab 68 adalah 68. 70 tolak 68 sama dengan 2, turunkan lagi satu 0. tiada nilai 68 dalam 20. dan soalan ini akan berterusan. tapi sekali lagi saya rasa kita dah pun dapat ketepatan yang boleh kita bandingkan. jadi 1 7/68 dah pun ditukarkan ke 1.10 dan jika kita teruskan pembahagian, kita akan dapat lebih banyak tempat perpuluhan. Tapi sekarang kita da sedia untuk perbandingan. Saya dah pun tuliskan semua nombor-nombor ini dalam bentuk perpuluhan. 35.7% adalah 0.357. 108.1% kita dah pun dapat jawapannya tadi. 108.1% sama dengan 1.081. 0.5 adalah 0.5. 13/93 adalah 0.138. dan 1 7/68 adalah 1.10. Jadi nilai mana yang paling kecil? Nilai terkecil adalah 0. Sebenarnya yang paling kecil adalah yang ini. Jadi saya akan susun dari kecil hingga yang besar. Paling kecil adalah 0.138. Kedua terkecil adalah 0.357 kan? Lepas tu 0.5 Kemudian 1.08. Akhir sekali 1 7/68 Saya nak buat lebih banyak contoh lepas ni tapi untuk video ini, rasanya ini sahaja masa yang saya ada. Saya harap ini dapat membantu awak untuk selesaikan soalan seperti ini. Saya rasa ia lebih mudah untuk gunakan perpuluhan untuk membanding. Pembayang di dalam modul adalah sama untuk awak. Tapi saya rasa awak dah sedia untuk sekurang-kurangnya cuba soalan ni. Kalau belum dan awak mahukan lebih contoh, awak mungkin boleh tengok video ini lagi atau saya mungkin akan rakamkan lebih video dengan lebih contoh. Apa-apapun, selamat mencuba.