Saya akan tunjukkan anda cara yang mudah untuk melakukan operasi "Tolak". Ia tak semestinya pantas tetapi mampu untuk anda mengingat apa yang dilakukan. Mari kita selesaikan beberapa latihan. Contohnya, 9456 - 7589 = ? Anda hanya perlu menghafal atau mencongak 2 nombor mudah dulu. Iaitu; 9456 - 7000 = ? Cuma 7000. Mudah saja. Dari 9456, potong ia (dengan garisan) dan tolakkan dengan 7000. Dan jawapannya ialah 2456. Jadi saya anggapkan; 9456 - 7589 = ... jika ditolak dengan 7000 adalah sama jawapannya dengan 2456 - 589. Saya keluarkan 7000 dari jumlah kesemuanya. Sekarang, untuk menyelesaikan 2456 - 589, saya keluarkan 500 dari jumlah kesemuanya. Apabila 500 ditolak dari jumlah ini, angka "5" ini sebenarnya yang dikeluarkan. Jadi, apakah jawapannya 2456 - 500? Atau untuk memudahkan lagi, berapa jumlah 24 - 5? 24 - 5 = 19. Oleh itu, 2456 - 500 = 1956. Operasi "Tolak" ini telah dikecilkan kepada 1956 - 89. Sekarang saya akan tolak 80 dari jumlah kesemuanya. Jadi, nombor "8" ini pula yang dikeluarkan. 89 - 80 = 9. Maka, berapa jumlah 1956 - 80? Congakkan; 15 - 8 + 17. Jadi, 195 - 8 = 187. Jangan lupakan nombor "6" ini. Maka, 1956 - 80 = 1876. Ya, sekarang operasi "Tolak" ini semakin kecil nilainya. Dan kita boleh congakkan jawapannya. 76 - 9 = ? 76 - 9 = 67! Jadi jawapan akhir operasi ini ialah 1867. Seperti yang anda perhatikan, cara ini tidaklah begitu pantas seperti latihan dalam video yang lepas. Tapi, ia menarik sebab kita cuma perlu mencongak 2 nombor saja iaitu; nombor di bahagian atas dan nombor bahagian bawah. Begitulah caranya saya mencongak. Sekarang, kita akan semak untuk melihat jawapan dan perbezaan. Jom, kita selesaikan dengan cara asas. 9456 - 7589 = ? Saya akan "meminjam" angka sebelum melakukan operasi "Tolak". Perhatikan jika nombor di bahagian atas lebih besar dari bahagian bawah. Saya mulakan dari kanan. 6 lebih kecil dari 9. Jadi saya "pinjam" 1 dari tempat "Puluh", iaitu sama dengan 10. Maka, 6 menjadi 16, dan 5 berkurang menjadi 4. Sekarang, tempat "Puluh" pula. 4 lebih kecil dari 5, maka saya pinjam 1 dari tempat "Ratus". Jadi, 4 menjadi 14 dan 4 di sini berkurang menjadi 3. Perhatikan, 2 tempat ini sudah sedia tapi 3 di sini kurang dari 5. Jadi saya akan "pinjam" lagi. Sekarang 3 menjadi 13, 9 berkurang menjadi 8. Sekarang, saya sudah sedia untuk operasi "Tolak"! Jadi, 16 - 9 = 7, 14 - 8 = 6, 13 - 5 = 8, 8 - 7 = 1. Tahniah, kita dapat jawapan yang betul! Cara ini agak panjang, dan memerlukan banyak ruang pengiraan. Cara ini pula agak susah untuk dihafal, berapa jumlah yang dipinjam, apa nombor seterusnya, dan sebagainya. Berbanding cara ini, saya cuma perlu mengingat 2 nombor Dan nombor-nombor itu berkurang dan mudah dikira sepanjang proses. Mungkin cara ini lebih sesuai, bergantung pada konteks soalan.