Kita diminta untuk menolak dan meringkaskan jawapan, dan kita
mempunyai 8/18 tolak 5/18.
Pecahan tolak sangat
serupa kepada pecahan tambah.
Jika kita mempunyai penyebut yang sama, penyebut tersebut
dalam proses tolak adalah sama seperti
penyebut dalam dua nombor yang kita
tolak, oleh itu akan menjadi 18.
Pengangka kita akan menjadi beza di antara
penyebut.
Jadi, dalam kes ini, 8 tolak 5, sama dengan tiga
per 18, sebagai jawapan, tetapi ia tidak sepenuhnya
ringkas, kerana kedua-dua 3 dan 18 masih boleh dibahagikan dengan 3.
Jadi, mari kita bahagikan mereka dengan 3.
Anda bahagikan 3 dengan 3, dan 18 bahagi 3, anda akan dapat 3
dibahagi dengan 3 ialah 1.
18 bahagi 3 ialah 6, jadi anda dapat 1/6.
Untuk melihat secara visual, biar saya lukiskan 18 bahagian.
Biar saya lukiskan 18 bahagian di sini.
Oleh itu, ia mungkin lukisan yang sedikit tidak kemas.
Saya akan cuba yang terbaik.
Oleh itu, biarkan saya lukis enam ke arah ini.
Iaitu tiga di sana.
Kita ada lagi tiga, agar enam bahagian.
Dan biarkan saya pecahkan ini kepada 3 ruang.
Jadi, inilah dia.
Kita ada 18 bahagian.
Sekarang 8/18 sama dengan satu, dua , tiga, empat,
lima, enam, tujuh, lapan.
Ia adalah 8/18.
Dan sekarang, kita mahu menolak 5 dari 18, jadi kita
tolak satu, dua, tiga, empat, lima.
Berapa yang kita masih berbaki sekarang?
Baik, kita ada 3 dari 18 yang tinggal, jadi anda
mempunyainya di sini.
Anda mempunyai 3 per 18 yang ditinggalkan.
Sekarang, jika anda tukarkan 3 per 18 menjadi satu,
berapa banyak kepingan yang lebih besar anda akan punyai?
Ini adalah salah satu dari kepingan besar itu.
Sekarang, di mana kepingan yang lain?
Iya, ini adalah satu lagi kepingan besar di sini.
Ini adalah satu lagi petak besar di sini, satu lagi,
satu lagi, dan satu lagi.
Jika anda mempunyai 18 keping dan anda menggabungkan ketiga-tiga keping
menjadi satu, maka, anda sebenarnya hanya tamat dengan 6 keping.
Anda tamat dengan 6 keping.
Semoga, anda nampak bahawa setiap baris adalah salah satu daripada kepingan sekarang ini,
dan biru betul-betul satu daripada enam, jadi 3 / 18
sama seperti 1 / 6.