Regina menaiki basikal sejauh 2 dan 1/4 batu dari rumah ke sekolah dan kemudian 1 dan 5/8 batu ke rumah kawannya. Berapakah jumlah jarak perjalanan Regina dalam unit batu? Jadi, pertama sekali, dia bergerak sejauh 2 dan 1/4 batu, dan kemudiannya sejauh 1 dan 5/8 batu. Kemudian dia bergerak sejauh 1 dan 5/8 batu. Maka, jawapannya ialah jumlah jarak perjalanan yang Regina lalui. Jadi untuk mendapatkan jumlah ini, kita telah lihat yang kita boleh tambahkan keseluruhan bahagian nombor, kerana ini adalah sama dengan 2 + 1/4 + 1 + 5/8, jadi kita boleh ubah turutannya, jika anda mahu lakukannya begitu. Jadi kita boleh tambahkan 2 dengan 1 dahulu, dan kemudian -- biar saya lakukannya di sini. Jadi, 2 + 1, kita dapat 3, dan kemudian kita perlu tambahkan nilai 1/4 + 5/8. Dan untuk tambahkan dua pecahan ini, kita perlu cari gandaan sepunya terdekat untuk 4 dan 8. Itu akan menjadi penyebut baru kita. 8 boleh dibahagikan dengan 8 dan 4, jadi itu adalah gandaan sepunya terdekat untuk 4 dan 8, maka penyebut sepunya kita akan menjadi 8. Jelas di sini yang 5/8 tetap akan menjadi 5/8. Sekarang, untuk pergi dari nilai penyebut 4 kepada 8, kita perlu darabkan penyebut dengan 2, maka kita juga perlu darabkan pengangka dengan 2, jadi 1 x 2 ialah 2. Dan, sudah tentu, kita masih ada nilai 3 ini di sini. Jadi, 2 dan 1/4 + 1 dan 5/8 adalah sama dengan ini di sini, dan ini adalah bersamaan dengan -- kita ada nilai 3, tambah, dan kemudian 2 + 5 per 8. Kita ada 7/8. Maka, ianya akan bersamaan dengan 3 dan 7/8 batu. Regina telah berbasikal sejauh 3 dan 7/8 batu. Sekarang, saya mahu jelaskan satu perkara. Setakat ini, apabila kita tambahkan nombor bercampur ini, bahagian pecahan selalunya berakhir dengan pecahan wajar. Pengangka adalah lebih kecil dari penyebut. Tapi saya mahu lakukan satu contoh untuk tunjukkan kepada anda apa yang anda boleh buat apabila penyebut adalah lebih besar dari pengangka. Jadi mari katakan yang kita ada 1 dan 5/8 + 2 dan 4/8. Jadi jika anda tambahkan bahagian nombor, 1 + 2, anda dapat nilai 3. Tambah 5/8 + 4/8, jadi ianya adalah 9/8, jadi anda dapat 3 tambah 9/8. Sekarang, ianya adalah pelik untuk kita katakan, OK, itu adalah sama dengan 3 dan 9/8, kerana kita ada nombor bercampur dengan keseluruhan nombor dan pecahan tak wajar. Jika anda telah dapatkan nombor bercampur, adalah elok jika pecahan itu adalah pecahan wajar. Jadi apa yang anda perlu buat ialah tuliskan semula 9/8, dan anda tahu yang 9/8 adalah sama dengan 1 dan 1/8, betul? 8 akan pergi ke dalam 9 sebanyak sekali dengan baki 1, jadi ianya 1 dan 1/8. Jadi ini adalah sama dengan 3 + 1 dan 1/8. Dan sekarang kita boleh tambahkan bahagian nombor. 3 + 1 ialah 4, dan kemudian kita ada 1/8 di situ, jadi jawapannya ialah 4 dan 1/8. Saya cuma mahu tunjukkan kepada anda keadaan istimewa ini apabila bahagian pecahan yang anda ada ialah pecahan tak wajar.