1 00:00:01,121 --> 00:00:05,038 Regina menaiki basikal sejauh 2 dan 1/4 batu dari rumah ke sekolah 2 00:00:05,038 --> 00:00:08,604 dan kemudian 1 dan 5/8 batu ke rumah kawannya. 3 00:00:08,604 --> 00:00:11,454 Berapakah jumlah jarak perjalanan Regina dalam unit batu? 4 00:00:11,454 --> 00:00:17,388 Jadi, pertama sekali, dia bergerak sejauh 2 dan 1/4 batu, 5 00:00:17,388 --> 00:00:20,454 dan kemudiannya sejauh 1 dan 5/8 batu. 6 00:00:20,454 --> 00:00:23,071 Kemudian dia bergerak sejauh 1 dan 5/8 batu. 7 00:00:23,071 --> 00:00:27,772 Maka, jawapannya ialah jumlah jarak perjalanan yang Regina lalui. 8 00:00:27,772 --> 00:00:30,972 Jadi untuk mendapatkan jumlah ini, kita telah lihat yang kita boleh tambahkan 9 00:00:30,972 --> 00:00:33,039 keseluruhan bahagian nombor, kerana ini adalah sama dengan 10 00:00:33,039 --> 00:00:37,554 2 + 1/4 + 1 + 5/8, jadi kita boleh ubah turutannya, 11 00:00:37,554 --> 00:00:39,154 jika anda mahu lakukannya begitu. 12 00:00:39,154 --> 00:00:42,572 Jadi kita boleh tambahkan 2 dengan 1 dahulu, dan kemudian -- 13 00:00:42,572 --> 00:00:43,489 biar saya lakukannya di sini. 14 00:00:43,489 --> 00:00:46,854 Jadi, 2 + 1, kita dapat 3, dan kemudian kita perlu tambahkan 15 00:00:46,854 --> 00:00:48,705 nilai 1/4 + 5/8. 16 00:00:48,705 --> 00:00:57,189 Dan untuk tambahkan dua pecahan ini, kita perlu cari 17 00:00:57,189 --> 00:00:59,972 gandaan sepunya terdekat untuk 4 dan 8. 18 00:00:59,972 --> 00:01:01,655 Itu akan menjadi penyebut baru kita. 19 00:01:01,655 --> 00:01:10,888 8 boleh dibahagikan dengan 8 dan 4, jadi itu adalah gandaan sepunya 20 00:01:10,888 --> 00:01:19,038 terdekat untuk 4 dan 8, maka penyebut sepunya kita akan menjadi 8. 21 00:01:19,038 --> 00:01:21,372 Jelas di sini yang 5/8 tetap akan menjadi 5/8. 22 00:01:21,372 --> 00:01:24,154 Sekarang, untuk pergi dari nilai penyebut 4 kepada 8, kita 23 00:01:24,154 --> 00:01:26,572 perlu darabkan penyebut dengan 2, maka kita juga perlu 24 00:01:26,572 --> 00:01:30,488 darabkan pengangka dengan 2, jadi 1 x 2 ialah 2. 25 00:01:30,488 --> 00:01:32,871 Dan, sudah tentu, kita masih ada nilai 3 ini di sini. 26 00:01:32,871 --> 00:01:36,788 Jadi, 2 dan 1/4 + 1 dan 5/8 adalah sama dengan ini di sini, 27 00:01:36,788 --> 00:01:41,738 dan ini adalah bersamaan dengan -- kita ada nilai 3, tambah, 28 00:01:41,738 --> 00:01:50,221 dan kemudian 2 + 5 per 8. 29 00:01:50,221 --> 00:01:51,590 Kita ada 7/8. 30 00:01:51,590 --> 00:01:55,188 Maka, ianya akan bersamaan dengan 3 dan 7/8 batu. 31 00:01:55,188 --> 00:01:58,355 Regina telah berbasikal sejauh 3 dan 7/8 batu. 32 00:01:58,355 --> 00:02:00,506 Sekarang, saya mahu jelaskan satu perkara. 33 00:02:00,506 --> 00:02:02,755 Setakat ini, apabila kita tambahkan nombor bercampur ini, 34 00:02:02,755 --> 00:02:05,604 bahagian pecahan selalunya berakhir dengan pecahan wajar. 35 00:02:05,604 --> 00:02:07,739 Pengangka adalah lebih kecil dari penyebut. 36 00:02:07,739 --> 00:02:09,655 Tapi saya mahu lakukan satu contoh untuk tunjukkan kepada anda 37 00:02:09,655 --> 00:02:13,221 apa yang anda boleh buat apabila penyebut adalah lebih besar dari pengangka. 38 00:02:13,221 --> 00:02:24,604 Jadi mari katakan yang kita ada 1 dan 5/8 + 2 dan 4/8. 39 00:02:24,604 --> 00:02:27,289 Jadi jika anda tambahkan bahagian nombor, 40 00:02:27,289 --> 00:02:28,772 1 + 2, anda dapat nilai 3. 41 00:02:28,772 --> 00:02:35,871 Tambah 5/8 + 4/8, jadi ianya adalah 9/8, 42 00:02:35,871 --> 00:02:38,422 jadi anda dapat 3 tambah 9/8. 43 00:02:38,422 --> 00:02:40,555 Sekarang, ianya adalah pelik untuk kita katakan, OK, 44 00:02:40,555 --> 00:02:43,271 itu adalah sama dengan 3 dan 9/8, kerana kita ada 45 00:02:43,271 --> 00:02:45,855 nombor bercampur dengan keseluruhan nombor dan pecahan tak wajar. 46 00:02:45,855 --> 00:02:47,522 Jika anda telah dapatkan nombor bercampur, 47 00:02:47,522 --> 00:02:50,604 adalah elok jika pecahan itu adalah pecahan wajar. 48 00:02:50,604 --> 00:02:53,239 Jadi apa yang anda perlu buat ialah tuliskan semula 9/8, 49 00:02:53,239 --> 00:02:59,521 dan anda tahu yang 9/8 adalah sama dengan 1 dan 1/8, betul? 50 00:02:59,521 --> 00:03:04,621 8 akan pergi ke dalam 9 sebanyak sekali dengan baki 1, jadi ianya 1 dan 1/8. 51 00:03:04,621 --> 00:03:08,639 Jadi ini adalah sama dengan 3 + 1 dan 1/8. 52 00:03:08,639 --> 00:03:10,439 Dan sekarang kita boleh tambahkan bahagian nombor. 53 00:03:10,439 --> 00:03:14,422 3 + 1 ialah 4, dan kemudian kita ada 1/8 di situ, 54 00:03:14,422 --> 00:03:16,554 jadi jawapannya ialah 4 dan 1/8. 55 00:03:16,554 --> 00:03:18,805 Saya cuma mahu tunjukkan kepada anda keadaan istimewa ini apabila 56 00:03:18,805 --> 99:59:59,999 bahagian pecahan yang anda ada ialah pecahan tak wajar.