Tuliskan 5.1/4 sebagai pecahan tidak wajar. Biar saya ingatkan kamu bahawa pecahan tidak wajar ialah di mana pengangka adalah lebih besar atau sama dengan penyebut, nilai mutlak pengangka ialah lebih besar atau sama dengan nilai mutlak penyebut. Dalam situasi ini, kita ada nombor campuran di mana 5 ialah nombor bulat dan 1/4 ialah pecahan wajar. Pengangka ialah lebih kecil daripada penyebut. Jadi, tuliskan sebagai pecahan tidak wajar dan saya akan tunjukkan kaedahnya. 5.1/4, kaedahnya senang saja. 5 ialah sama dengan 20/4. Jadi 20/4 + 1/4 = 21/4 Cara lain untuk memikirkannya ialah 5 x 4 = 20 + 1 = 21 Jadi, ia ialah 21/4. Biar saya lukiskan agar ia mudah faham. Kamu ambil nombor campuran atau kamu ambil seluruh bahagian nombor campuran dan darabkan dengan penyebut dan tambahkan pengangka kepadanya. Mari kita lihat bagaimana ia berfungsi. Mari kita lihat apa itu 5.1/4. Kita ada 5 bahagian, ini satu bahagian. Biar saya salin ini lima kali. Jadi, ini 2,3,4 dan 5. Kita ada 5 bahagian dan kita ada 1/4. 1/4 daripada bahagian ini akan kelihatan seperti ini. Untuk tuliskannya sebagai pecahan tidak wajar, bahagikan setiap bahagian ke 1/4. Ini 1/4 empat kali, 1/4 empat kali lagi, 1/4 empat kali lagi, ini 1/4 sekali lagi, ini 1/4 sekali lagi.Jadi, kita ada berapa 1/4? Kita ada 20 1/4 ialah dalam warna hijau. Itu sama dengan 5. Kita boleh tambahkan ini ke 1/4. Kita akan mendapat 21/4. Itulah caranya berfungsi. Darabkan nombor bulat dengan penyebut, kemudian tambahkan pengangka. 5.1/4 = 21/4. 5.1/4 = [ (5 X 4) + 1 ] / 4