Satu setem pos berharga $0.44. Berapakah harga satu gulung yang mengandungi 1000 setem? Dan sebenarnya ada dua cara untuk menyelesaikan ini, dan saya akan menunjukkan kedua-duanya supaya anda tahu bahawa semuanya berkesan. Satu adalah cara yang lebih cepat, tetapi saya mahu memastikan yang anda memahami mengapa ia berkesan. Dan kemudian kita akan mengujinya untuk memastikan yang ia memberikan jawapan yang betul dengan menggunakan cara yang lebih tradisional iaitu pendaraban perpuluhan. Jadi, kita bermula dengan $0.44. Saya tuliskan 0.44. Itu adalah satu setem, jadi ini adalah satu setem. Saya akan menulisnya seperti ini, 1 setem. Berapakah harga 10 setem? Jikalau 1 setem adalah $0.44, maka 10 setem, kita boleh menggerakkan perpuluhan itu ke kanan sebanyak satu tempat, dan sekarang ia akan menjadi, dan sekarang sifar di hadapan ini tidak berguna, jadi sekarang ia akan menjadi $4.4. Ataupun, sekiranya anda mahu menjelaskannya, ia akan menjadi $4.40. Sekarang, apakah akan terjadi sekiranya anda mahukan seratus setem? 100 setem. Idea yang sama akan berlaku. Kita sekarang mengambil 10 kali lebih jadi kita akan menggerakkan perpuluhan ke sebelah kanan sebanyak sekali. Jadi, seratus setem akan berharga $44.00. Dan ini sepatutnya anda boleh fahami. Jikalau satu setem adalah 44 perseratus daripada satu dolar, maka seratus setem akan menjadi 44 perseratus daripada seratus dolar, atau $44. Ataupun, anda boleh menganggap yang kita telah menggerakkan perpuluhan itu sebanyak satu tempat. Jadi sekiranya kita mahukan seribu setem, sekiranya kita mahukan 1000 setem, kita akan menggerakkan perpuluhan itu ke kanan lagi sekali. Menggerakkan perpuluhan itu ke sebelah kanan adalah sama dengan mendarabkan ia dengan sepuluh. Jadi ia akan menjadi $440. Sekarang, kita boleh menambahkan lagi satu kosong di belakang untuk menjelaskan bahawa tiada sen di sini. Jadi jikalau anda mahu menyelesaikannya dengan cepat, anda boleh bermula dengan $0.44. Dan anda boleh mengatakan, lihat, saya tidak mendarab dengan sepuluh. Saya tidak mendarab dengan seratus. Saya mendarab dengan seribu. Anda perlu meletakkan lagi satu kosong di belakang sini. Dan anda akan menggerakkan perpuluhan dari sini ke sini. Anda telah mendarabkan ini, darab sepuluh darab sepuluh darab sepuluh, yang adalah seribu. Jadi ini akan menjadi $440. Jadi mari kita pastikan sama ada ini adalah sama dengan jikalau kita mendarab dengan cara yang tradisional iaitu cara kita mendarab perpuluhan. Jadi jikalau anda mempunyai 1000 darab $0.44. Jadi anda bermula di sini. 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 1 adalah 4. Ataupun anda boleh mengatakan, hei, ini adalah 4 darab seribu. Kemudian kita akan bergerak sebanyak satu tempat, jadi kita akan menambah satu kosong. Dan kita, sekali lagi, akan mendapat 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 0 adalah 0, 4 darab 1 adalah 4. Ataupun kita baru sahaja membuat 4 darab seribu. Jadi itu adalah 4000, jikalau anda tidak mengambil kira kosong ini yang kita telah tambahkan di sini kerana kita bergerak sebanyak satu tempat ke kiri. Dan kemudian kita tidak mempunyai apa-apa lagi. Saya tidak langsung memikirkan tentang perpuluhan itu sehingga sekarang. Setakat ini saya melihatnya sebagai seribu darab 44. Saya telah mengabaikan perpuluhan itu. Jadi jikalau ia adalah seribu darab 44, kita akan mendapat 0 tambah 0 adalah 0, 0 tambah 0 adalah 0, 0 tambah 0 adalah 0, 4 tambah 0 adalah 4, 4 tambah tiada apa-apa adalah 4. Dan sekiranya anda mengabaikan perpuluhan itu, ia akan menjadi jelas. Sebab seribu darab 4 adalah 4000 dan seribu darab 40 akan menjadi 40 000. Jadi anda akan mendapat 44 000. Tetapi ini bukan 44. Ini adalah 44 perseratus. Kita mempunyai, antara kedua-dua nombor itu, dua nombor di belakang titik perpuluhan itu. Jadi kita memerlukan dua nombor di belakang atau ke sebelah kanan titik perpuluhan dalam jawapan kita. Jadi satu, dua. Di sana. Jadi, sekali lagi, kita mendapat $440.00 untuk seribu setem itu.