1 00:00:00,890 --> 00:00:03,770 Saya akan tunjukkan cara untuk menukar 2 00:00:03,770 --> 00:00:04,920 pecahan kepada perpuluhan. 3 00:00:04,920 --> 00:00:06,990 Dan kalau kita ada masa, saya akan ajarkan cara 4 00:00:06,990 --> 00:00:08,730 untuk menukar perpuluhan kepada pecahan. 5 00:00:08,730 --> 00:00:11,420 Kita mulakan dengan masalah 6 00:00:11,420 --> 00:00:12,480 yang agak senang. 7 00:00:12,480 --> 00:00:15,210 Katalah pecahan 1/2. 8 00:00:15,210 --> 00:00:17,390 Dan kita nak tukarkannya kepada perpuluhan. 9 00:00:17,390 --> 00:00:20,170 Saya akan tunjukkan caranya. 10 00:00:20,170 --> 00:00:22,850 Kamu hanya perlu bahagikan pengangka 11 00:00:22,850 --> 00:00:24,530 dengan penyebut. 12 00:00:24,530 --> 00:00:25,510 Mari kita buatkan. 13 00:00:25,510 --> 00:00:29,110 Jadi kita ambil penyebutbya -- iaitu 2 -- dan 14 00:00:29,110 --> 00:00:32,280 pengangkanya, 1, akan dibahagikan dengan 2 ini. 15 00:00:32,280 --> 00:00:34,110 Tahukah kamu caranya untuk bahagikan 1 dengan 2? 16 00:00:34,110 --> 00:00:37,010 Kalau kamu ingat lagi modul pembahagian perpuluhan yang lepas, 17 00:00:37,010 --> 00:00:40,220 kamu letakkan saja titik perpuluhan dan tambah 0 di belakang nombornya. 18 00:00:40,220 --> 00:00:42,880 Nilai nombor ini tak berubah sebenarnya, 19 00:00:42,880 --> 00:00:45,260 cuma kita tuliskan dengan lebih tepat lagi. 20 00:00:45,260 --> 00:00:46,700 Kita bubuhkan titik perpuluhan di sini. 21 00:00:50,260 --> 00:00:50,650 Adakah 1 dapat dibahagikan dengan 2? 22 00:00:50,650 --> 00:00:51,280 Tidak. 23 00:00:51,280 --> 00:00:56,180 10 dapat dibahagi dengan 2, dan kita dapat 5. 24 00:00:56,180 --> 00:00:59,060 Sebab 5 darab 2 adalah 10. 25 00:00:59,060 --> 00:01:00,050 Bakinya 0. 26 00:01:00,050 --> 00:01:01,150 Dan selesailah. 27 00:01:01,150 --> 00:01:06,675 Jadi 1/2 adalah bersamaan dengan 0.5. 28 00:01:10,570 --> 00:01:12,050 Mari kita cuba yang sukar sikit. 29 00:01:12,050 --> 00:01:15,000 Kita ambil 1/3. 30 00:01:15,000 --> 00:01:19,190 Seperti tadi, kita ambilkan penyebutnya, 3, dan 31 00:01:19,190 --> 00:01:20,740 biar pengangka dibahagi dengannya. 32 00:01:20,740 --> 00:01:25,470 Saya akan tambahkan beberapa 0 selepas nombor ini. 33 00:01:25,470 --> 00:01:27,800 1 tak dapat dibahagikan dengan 3. 34 00:01:27,800 --> 00:01:30,150 Tapi 10 boleh, dan hasil bahaginya 3. 35 00:01:30,150 --> 00:01:32,452 Sebab 3 darab 3 dapat 9. 36 00:01:32,452 --> 00:01:35,720 Kita buat penolakan, dapat 1, dan turunkan 0. 37 00:01:35,720 --> 00:01:37,700 10 bahagi 3 dapat 3. 38 00:01:37,700 --> 00:01:39,700 Sebenarnya, titik perpuluhannya di sini. 39 00:01:39,700 --> 00:01:42,710 3 darab 3 adalah 9. 40 00:01:42,710 --> 00:01:43,930 Nampak tak coraknya? 41 00:01:43,930 --> 00:01:45,070 Kita asyik dapat nombor yang sama. 42 00:01:45,070 --> 00:01:47,350 Hasil bahaginya sebenarnya adalah 0.3333. 43 00:01:47,350 --> 00:01:48,830 Dan ia akan teruskan tak terbatas. 44 00:01:48,830 --> 00:01:52,160 Cara untuk tuliskan jawapannya ialah, 45 00:01:52,160 --> 00:01:54,020 kita tak bolehlah tulis 3 yang tak terhingga banyaknya, 46 00:01:54,020 --> 00:02:00,430 tapi kita tuliskannya sebagai 0.33 berulang, 47 00:02:00,430 --> 00:02:03,060 maksudnya 0.33 ini akan teruskan tak terbatas. 48 00:02:03,060 --> 00:02:06,960 Atau kamu boleh tulis 0.3 berulang. 49 00:02:06,960 --> 00:02:08,630 Tapi saya lebih biasa jumpa yang ini. 50 00:02:08,630 --> 00:02:09,840 Atau saya mungkin silap. 51 00:02:09,840 --> 00:02:12,410 Secara umumnya, garisan di atas perpuluhan bermakna 52 00:02:12,410 --> 00:02:17,320 corak nombor ini akan berulang tidak terbatas. 53 00:02:17,320 --> 00:02:25,210 Maka, 1/3 adalah bersamaan dengan 0.33333 dan ia akan berterusan sampai bila-bila. 54 00:02:25,210 --> 00:02:29,770 Ataupun, kita boleh tuliskannya sebagai 0.33 berulang. 55 00:02:29,770 --> 00:02:33,400 Mari kita cuba beberapa soalan dengan corak serupa 56 00:02:33,400 --> 00:02:35,060 yang lebih sukar. 57 00:02:35,060 --> 00:02:36,890 Biar saya pilih nombor yang pelik sikit. 58 00:02:40,470 --> 00:02:41,890 Kita akan cuba buat pecahan tak wajar. 59 00:02:41,890 --> 00:02:49,050 Katalah 17/9. 60 00:02:49,050 --> 00:02:50,160 Ia dah menarik sekarang. 61 00:02:50,160 --> 00:02:52,260 Pengangka nombor ini lebih besar daripada penyebutnya. 62 00:02:52,260 --> 00:02:54,200 Maka, kita akan dapat nombor yang lebih besar daripada 1. 63 00:02:54,200 --> 00:02:55,270 Mari kita buatkan. 64 00:02:55,270 --> 00:03:00,586 Jadi kita bahagikan 17 dengan 9. 65 00:03:00,586 --> 00:03:06,000 Dan kita tambahkan 0 selepas titik perpuluhan di sini. 66 00:03:06,000 --> 00:03:08,730 Jadi 17 boleh dibahagikan dengan 9 sebanyak 1 kali. 67 00:03:08,730 --> 00:03:11,260 1 darab 9 adalah 9. 68 00:03:11,260 --> 00:03:14,040 17 tolak 9 adalah 8. 69 00:03:14,040 --> 00:03:16,240 Turunkan 0. 70 00:03:16,240 --> 00:03:20,080 80 bahagikan dengan 9 -- kita tahu yang 9 darab 9 adalah 81, jadi 71 00:03:20,080 --> 00:03:21,830 kita akan dapat 8 kerana 72 00:03:21,830 --> 00:03:23,230 ia tak cukup 81. 73 00:03:23,230 --> 00:03:27,010 8 darab 9 adalah 72. 74 00:03:27,010 --> 00:03:29,560 80 tolak 72 adalah 8. 75 00:03:29,560 --> 00:03:30,770 Turunkan satu lagi 0. 76 00:03:30,770 --> 00:03:32,260 Saya rasa kita boleh nampak satu corak lagi. 77 00:03:32,260 --> 00:03:35,990 80 bahagi dengan 9 adalah 8. 78 00:03:35,990 --> 00:03:40,820 8 darab 9 adalah 72. 79 00:03:40,820 --> 00:03:44,350 Jelaslah yang kalau saya bahagikan lagi, 80 00:03:44,350 --> 00:03:46,790 kita akan dapat 8 yang berulang. 81 00:03:46,790 --> 00:03:53,740 Jadi, 17 bahagi dengan 9 adalah bersamaan dengan 1.88, di mana 0.88 82 00:03:53,740 --> 00:03:56,080 adalah berulang. 83 00:03:56,080 --> 00:03:59,200 Ataupun, kalau kita nak bundarkan nombor ini, 84 00:03:59,200 --> 00:04:01,430 ia adalah bersamaan 1. -- bergantung pada nilai tempat 85 00:04:01,430 --> 00:04:02,860 yang perlu dibundarkan. 86 00:04:02,860 --> 00:04:05,990 Ia adalah lebih kurang 1.89. 87 00:04:05,990 --> 00:04:07,480 Kita juga boleh bundarkan kepada nilai tempat yang lain. 88 00:04:07,480 --> 00:04:09,310 Saya telah bundarkan kepada ratus yang terdekat. 89 00:04:09,310 --> 00:04:11,350 Tapi inilah jawapan yang tepat. 90 00:04:11,350 --> 00:04:15,126 17/9 adalah bersamaan dengan 1.88. 91 00:04:15,126 --> 00:04:17,380 Mungkin saya akan buatkannya dalam modul yang lain, 92 00:04:17,380 --> 00:04:20,730 tapi tahukah kamu untuk tuliskan pecahan ini sebagai nombor bercampur? 93 00:04:20,730 --> 00:04:23,030 Biar saya tunjukkan dalam modul yang berasingan. 94 00:04:23,030 --> 00:04:24,390 Nanti kamu lebih keliru lagi. 95 00:04:24,390 --> 00:04:25,380 Kita akan cuba beberapa masalah lagi. 96 00:04:28,560 --> 00:04:29,980 Saya akan pilih nombor yang pelik. 97 00:04:29,980 --> 00:04:34,360 Katalah 17/93. 98 00:04:34,360 --> 00:04:36,710 Apakah nombor perpuluhan yang bersamaan dengannya? 99 00:04:36,710 --> 00:04:39,130 Kita gunakan cara yang sama. 100 00:04:39,130 --> 00:04:45,630 Penyebutnya 93 -- saya guna garisan yang panjang 101 00:04:45,630 --> 00:04:47,930 kerana saya tak tahu lagi berapa tempat perpuluhan yang diperlukan. 102 00:04:50,570 --> 00:04:53,220 Ingat ya. Kita bahagikan pengangka di atas 103 00:04:53,220 --> 00:04:54,930 dengan penyebut di bawah. 104 00:04:54,930 --> 00:04:56,950 Ini selalu kelirukan saya kerana selalunya kita 105 00:04:56,950 --> 00:04:59,630 perlu bahagikan nombor yang kecil dengan nombor yang besar. 106 00:04:59,630 --> 00:05:02,580 Jadi 17 bahagi 93 adalah 0. 107 00:05:02,580 --> 00:05:04,080 Titik perpuluhan di sini. 108 00:05:04,080 --> 00:05:05,990 170 bahagi 93? 109 00:05:05,990 --> 00:05:07,270 Dapat 1. 110 00:05:07,270 --> 00:05:11,410 1 darab 93 adalah 93. 111 00:05:11,410 --> 00:05:14,370 170 tolak 93 adalah 77. 112 00:05:17,980 --> 00:05:20,360 Turunkan 0. 113 00:05:20,360 --> 00:05:23,700 770 bahagi 93? 114 00:05:23,700 --> 00:05:24,660 Biar saya fikir. 115 00:05:24,660 --> 00:05:29,120 Agaknya, kita dapat 8. 116 00:05:29,120 --> 00:05:33,330 8 darab 3 adalah 24. 117 00:05:33,330 --> 00:05:35,970 8 darab 9 adalah 72. 118 00:05:35,970 --> 00:05:39,730 Tambah 2 adalah 74. 119 00:05:39,730 --> 00:05:42,186 Kemudian kita tolak. 120 00:05:42,186 --> 00:05:43,990 10 dengan 6. 121 00:05:43,990 --> 00:05:46,710 Dan ia adalah bersamaan dengan 26. 122 00:05:46,710 --> 00:05:47,760 Turunkan 0 lagi. 123 00:05:47,760 --> 00:05:52,800 26 bahagi dengan 93 -- dapat 2 agaknya. 124 00:05:52,800 --> 00:05:57,020 2 darab 3 adalah 6. 125 00:05:57,020 --> 00:05:58,704 18. 126 00:05:58,704 --> 00:05:59,920 Ini adalah 74. 127 00:06:03,120 --> 00:06:03,930 0. 128 00:06:03,930 --> 00:06:06,380 Jadi kita boleh teruskan. 129 00:06:06,380 --> 00:06:08,030 Kita boleh terus bahagikan. 130 00:06:08,030 --> 00:06:10,020 Dan kita akan buat ini sampai bila-bila. 131 00:06:10,020 --> 00:06:12,090 Tapi sebagai satu anggaran bagi 132 00:06:12,090 --> 00:06:23,490 17 bahagi 93 -- atau 17/93, ia adalah bersamaan dengan 0.182 133 00:06:23,490 --> 00:06:25,020 dan perpuluhan ini akan berterusan. 134 00:06:25,020 --> 00:06:27,170 Kamu boleh teruskan mengira sebenarnya. 135 00:06:27,170 --> 00:06:28,650 Biasanya dalam peperiksaan, kamu akan disuruh untuk 136 00:06:28,650 --> 00:06:29,640 bundarkannya kepada nilai tempat tertentu. 137 00:06:29,640 --> 00:06:31,650 Contohnya, seperti kepada ratus yang terdekat 138 00:06:31,650 --> 00:06:33,610 ataupun ribu yang terdekat. 139 00:06:33,610 --> 00:06:36,550 Mari kita cuba untuk tukarkan 140 00:06:36,550 --> 00:06:37,830 perpuluhan kepada pecahan pula. 141 00:06:37,830 --> 00:06:40,090 Saya rasa penukaran ini 142 00:06:40,090 --> 00:06:42,300 lebih senang daripada penukaran yang sebaliknya tadi. 143 00:06:42,300 --> 00:06:49,810 Apakah 0.035 dalam bentuk pecahan? 144 00:06:49,810 --> 00:06:56,845 Kita boleh tuliskan 0.035 sebagai 145 00:06:56,845 --> 00:07:05,130 -- ia adalah sama dengan 03-- 146 00:07:05,130 --> 00:07:06,300 Sebenarnya, saya tak patut tulis 035. 147 00:07:06,300 --> 00:07:10,700 Ia adalah bersamaan dengan 35/1000. 148 00:07:10,700 --> 00:07:11,580 Kamu mungkin sedang fikir, Sal, macam mana 149 00:07:11,580 --> 00:07:14,120 kamu tahu yang itu adalah 35/1000? 150 00:07:14,120 --> 00:07:18,590 Sebab kita tahu yang 151 00:07:18,590 --> 00:07:20,230 ini nilai tempat persepuluh. 152 00:07:20,230 --> 00:07:21,360 Ini perseratus. 153 00:07:21,360 --> 00:07:23,230 Dan ini nilai tempat perseribu. 154 00:07:23,230 --> 00:07:25,890 Jadi kita ada 3 nilai tempat. 155 00:07:25,890 --> 00:07:29,260 Maka ini adalah 35 perseribu. 156 00:07:29,260 --> 00:07:38,650 Katalah kita ada perpuluhan 0.030. 157 00:07:38,650 --> 00:07:40,140 Ada beberapa cara untuk kita lihatnya. 158 00:07:40,140 --> 00:07:42,490 Kita boleh lihat yang nilai tempat perpuluhan nombor ini 159 00:07:42,490 --> 00:07:43,570 sampai tempat perseribu. 160 00:07:43,570 --> 00:07:48,240 Jadi ia adalah bersamaan dengan 30/1000. 161 00:07:48,240 --> 00:07:48,610 Atau, 162 00:07:48,610 --> 00:07:55,550 kita boleh tulis 0.030 sebagai 163 00:07:55,550 --> 00:08:02,710 0.03 kerana 0 di belakang itu tak membawa makna. 164 00:08:02,710 --> 00:08:05,920 Angka 0.03 ini ada sehingga nilai tempat perseratus. 165 00:08:05,920 --> 00:08:11,100 Maka ia adalah bersamaan dengan 3/100. 166 00:08:11,100 --> 00:08:13,160 Soalannya, adakah dua-dua pecahan ini sama? 167 00:08:16,330 --> 00:08:16,670 Sudah tentu. 168 00:08:16,670 --> 00:08:17,680 Dua-dua ini adalah pecahan setara. 169 00:08:17,680 --> 00:08:20,065 Kalau kita bahagikan pengangka dan penyebut pecahan ini 170 00:08:20,065 --> 00:08:24,890 dengan 10, kita akan dapat 3/100. 171 00:08:24,890 --> 00:08:26,220 Kita balik ke contoh ini. 172 00:08:26,220 --> 00:08:27,550 Sudahkah kita selesaikan masalah ini? 173 00:08:27,550 --> 00:08:30,120 35/1000 adalah 174 00:08:30,120 --> 00:08:31,660 pecahan yang betul. 175 00:08:31,660 --> 00:08:32,584 35/1000. 176 00:08:32,584 --> 00:08:35,440 Tapi kalau kita nak memudahkannya lagi, 177 00:08:35,440 --> 00:08:38,530 kita boleh membahagikan pengangka dan penyebutnya dengan 5. 178 00:08:38,530 --> 00:08:40,860 Maka, bentuk termudahnya adalah 179 00:08:40,860 --> 00:08:47,280 7/200. 180 00:08:47,280 --> 00:08:51,020 Dan kalau kita nak menukar 7/200 kepada perpuluhan 181 00:08:51,020 --> 00:08:54,150 mengikut teknik yang digunakan tadi, kita perlu bahagikan 182 00:08:54,150 --> 00:08:56,120 7 dengan 200. 183 00:08:56,120 --> 00:09:00,170 Kita akan dapat 0.035. 184 00:09:00,170 --> 00:09:02,650 Kamu boleh selesaikannya sendiri sebagai latihan. 185 00:09:02,650 --> 00:09:05,370 Harap-harap sekarang kamu sudah dapat pemahaman asas tentang 186 00:09:05,370 --> 00:09:09,320 cara untuk menukar pecahan kepada perpuluhan dan juga yang sebaliknya. 187 00:09:09,320 --> 00:09:11,840 Dan kalau kamu belum faham lagi, cuba buat lagi latihan bentuk ini. 188 00:09:11,840 --> 00:09:16,990 Saya akan cuba untuk rekod satu lagi modul 189 00:09:16,990 --> 00:09:18,880 mengenai topik ini. 190 00:09:18,880 --> 00:09:20,090 Selamat mencuba.