Selamat datang ke pembentangan tentang "Pendaraban" dan "Pembahagian Nombor Negatif". Mari kita mulakan. Anda akan dapati bahawa Pendaraban dan Pembahagian nombor negatif lebih senang dari yang anda sangka. Anda cuma perlu ingat beberapa peraturan saja. Apabila 2 nombor negatif didarabkan, contohnya (-2) x (-2); Mula-mula anggapkan tiada tanda negatif (-) pada nombor-nombor itu. Jadi 2 x 2 = 4. Bila nombor negatif didarabkan bersama, jawapannya ialah positif (+). Jadi tuliskan peraturan pertama ini. (-) x (-) = (+). Bagaimana pula dengan (-2) x 2 = ? Mula-mula, anggapkan tiada tanda negatif (-) pada nombor-nombor itu. 2 x 2 = 4. Kita ada (-2) x (+2); bila nombor (-) didarabkan dengan nombor (+), jawapannya ialah (-). Ini ialah peraturan kedua. (-) x (+) = (-) Bagaimana pula jika 2 x (-2) ? Saya rasa anda boleh teka jawapannya sebab hampir sama dengan contoh tadi. Ini dipanggil "Penukaran Tertib" atau "Commutative Property" dalam Bahasa Inggeris. 2 x (-2) = (-4) Maka peraturan yang terakhir ialah (+) x (-) = (-) 2 peraturan terakhir ini sebenarnya sama saja. (-) x (+) = (-), atau (+) x (-) = (-) Juga boleh dinyatakan, jika nombor berbeza 'tanda' didarabkan, jawapannya ialah negatif (-). Dan semestinya anda tahu apa jawapannya jika nombor positif didarabkan bersama; anda akan dapat nombor positif (+). Jom kita imbas kembali. (-) x (-) = (+) (-) x (+) = (-) (+) x (-) = (-) Dan (+) x (+) = (+) Mungkin anda sedikit keliru, jadi saya permudahkan untuk anda. Bila anda mendarab nombor-nombor yang sama 'tanda'; anda dapat jawapan positif (+). yang berlainan 'tanda'; anda dapat jawapan negatif (-). Contohnya, 1 x 1 = 1, ataupun (-1) x (-1) = 1 Ini pula, 1 x (-1) = (-1) ataupun (-1) x 1 = (-1). Perhatikan, ada 2 'tanda' pada latihan di bawah; (+) 1 dan (-1). Dan pada latihan di atas di sebelah sini, kedua-dua nombor 1 bertanda (+). Di sebelah sini pula bertanda (-). Sekarang mari kita buat sedikit latihan supaya anda boleh cuba contoh-contoh ini, dan 'tips' serta peraturan yang membantu anda. Contoh; (-4) x 3, 4 x 3 = 12, di sini ada tanda (-) dan (+). Tanda berlainan; jawapannya (-). Maka (-4) x 3 = (-12). Ini logik sebab asasnya, (-4) x 3 sama dengan, (-4) + (-4) + (-4) = (-12)! Anda boleh rujuk dalam video "Penambahan & Penolakan Nombor Negatif". Jom selesaikan 1 latihan lagi. (-2) x (-7) = ? Anda boleh hentikan video ini seketika untuk cuba selesaikan sendiri dan semak jawapannya kemudian. 2 x 7 = 14, dan semua nombor sama tanda, jadi jawapannya (+14). Biasanya tanda (+) tidak ditulis, ini cuma untuk pemahaman anda. Bagaimana pula dengan 9 x (-5) = ? 9 x 5 = 45, Perhatikan,tandanya berlainan. Jadi 9 x (-5) = (-45) Seterusnya, (-6) x (-11) = ? 6 x 11 = 66, ada tanda (-) dan (-) juga, jadi jawapannya (+). Sekarang,saya nak berikan anda ujian. Berapakah jawapan 0 x (-12) = ? Anda boleh rujuk pada tanda berlainan di sini, tapi sebenarnya, 0 bukan nombor (+) atau (-). Apa saja nombor yang didarabkan dengan 0, jawapannya ialah 0. Samada nombor itu (-) atau (+). bila darab 0 jawapannya ialah 0. Sekarang, mari kita tengok samada peraturan yang sama boleh diguna untuk "Pembahagian". Contoh: 9 ÷ (-3) = ? 9 ÷ 3 = 3, Nombor-nombor ini berlainan tanda, iaitu 9 dan (-3). Tanda berlainan jawapannya (-). Jadi 9 ÷ (-3) = (-3). Bagaimana pula (-16) ÷ 8 = ? Anda tahu 16 ÷ 8 = 2, tetapi lihat tandanya berlainan. Maka, (-16) ÷ 8 = (-2). Ingat ya, tanda berlainan jawapannya (-). Apakah jawapan (-54) ÷ (-6) = ? 54 ÷ 6 = 9, Kedua-dua "Pembahagi" dan 'yang dibahagi' bertanda (-); (-54) dan (-6), maka jawapannya ialah (+). Tanda sama jawapannya (+). 0 ÷ (-1) = 0 Mudah saja, sebab 0 bahagi apa saja nombor jawapannya 0. Mari cuba 1 lagi latihan. 4 ÷ (-1) = ? 4 ÷ 1 = 4, tetapi lihat tandanya berlainan. Jadi 4 ÷ (-1) = (-4). Saya harap latihan tadi dapat membantu anda. Lakukan sebanyak mungkin latihan "Pendaraban & Pembahagian Nombor Negatif". Klik pada tanda "Hints" dan anda boleh rujuk peraturan untuk digunakan. Anda mungkin terfikir bagaimana peraturan tadi terjadi, dan apa sebenarnya maksud pendaraban nombor (-) dengan nombor (+). Dan pendaraban nombor (-) dengan nombor (-) juga. Selamat maju jaya!