0:00:00.940,0:00:03.530 Selamat datang ke pembentangan [br]tentang "Pendaraban" 0:00:03.530,0:00:05.270 dan "Pembahagian Nombor Negatif". 0:00:05.270,0:00:06.750 Mari kita mulakan. 0:00:06.750,0:00:08.920 Anda akan dapati bahawa Pendaraban 0:00:08.920,0:00:10.730 dan Pembahagian nombor negatif 0:00:10.760,0:00:13.867 lebih senang dari yang anda sangka. 0:00:13.867,0:00:16.168 Anda cuma perlu ingat beberapa peraturan saja. 0:00:20.994,0:00:25.220 Apabila 2 nombor negatif didarabkan, 0:00:25.220,0:00:31.790 contohnya (-2) x (-2); 0:00:31.790,0:00:33.970 Mula-mula anggapkan tiada [br]tanda negatif (-) 0:00:33.970,0:00:35.240 pada nombor-nombor itu. 0:00:35.240,0:00:40.150 Jadi 2 x 2 = 4. 0:00:40.150,0:00:42.670 Bila nombor negatif didarabkan bersama, 0:00:42.670,0:00:45.175 jawapannya ialah positif (+). 0:00:45.175,0:00:47.710 Jadi tuliskan peraturan pertama ini. 0:00:47.710,0:00:54.285 (-) x (-) = (+). 0:00:56.854,0:01:01.892 Bagaimana pula dengan (-2) x 2 = ? 0:01:01.892,0:01:04.770 Mula-mula, anggapkan tiada tanda negatif (-) 0:01:04.770,0:01:06.060 pada nombor-nombor itu. 0:01:06.060,0:01:10.170 2 x 2 = 4. 0:01:10.170,0:01:13.740 Kita ada (-2) x (+2); 0:01:13.740,0:01:15.910 bila nombor (-) didarabkan dengan nombor (+), 0:01:15.910,0:01:18.920 jawapannya ialah (-). 0:01:18.920,0:01:20.260 Ini ialah peraturan kedua. 0:01:20.260,0:01:29.009 (-) x (+) = (-) 0:01:29.009,0:01:34.786 Bagaimana pula jika 2 x (-2) ? 0:01:34.786,0:01:37.140 Saya rasa anda boleh teka jawapannya 0:01:37.140,0:01:41.170 sebab hampir sama dengan contoh tadi. 0:01:41.170,0:01:44.800 Ini dipanggil "Penukaran Tertib" atau 0:01:44.800,0:01:45.860 "Commutative Property" dalam Bahasa Inggeris. 0:01:47.700,0:01:51.780 2 x (-2) = (-4) 0:01:51.780,0:01:57.640 Maka peraturan yang terakhir ialah 0:01:57.640,0:01:58.980 (+) x (-) = (-) 0:01:58.980,0:02:01.490 2 peraturan terakhir ini 0:02:03.985,0:02:04.990 sebenarnya sama saja. 0:02:04.990,0:02:07.570 (-) x (+) = (-), [br]atau 0:02:07.570,0:02:09.140 (+) x (-) = (-) 0:02:09.140,0:02:13.730 Juga boleh dinyatakan,[br]jika nombor berbeza 'tanda' didarabkan, 0:02:13.730,0:02:16.400 jawapannya ialah negatif (-). 0:02:16.400,0:02:18.890 Dan semestinya anda tahu apa jawapannya 0:02:18.890,0:02:21.550 jika nombor positif didarabkan bersama; 0:02:21.550,0:02:22.840 anda akan dapat nombor positif (+). 0:02:22.840,0:02:23.900 Jom kita imbas kembali. 0:02:23.900,0:02:27.970 (-) x (-) = (+) 0:02:27.970,0:02:30.390 (-) x (+) = (-) 0:02:30.390,0:02:32.730 (+) x (-) = (-) 0:02:32.730,0:02:36.290 Dan (+) x (+) = (+) 0:02:36.290,0:02:39.980 Mungkin anda sedikit keliru, 0:02:39.980,0:02:42.270 jadi saya permudahkan untuk anda. 0:02:42.270,0:02:46.350 Bila anda mendarab nombor-nombor 0:02:46.350,0:02:55.175 yang sama 'tanda'; anda dapat jawapan positif (+). 0:02:55.175,0:02:57.840 yang berlainan 'tanda'; anda dapat jawapan negatif (-). 0:03:11.010,0:03:17.780 Contohnya, [br]1 x 1 = 1, 0:03:17.780,0:03:22.120 ataupun[br](-1) x (-1) = 1 0:03:23.510,0:03:29.150 Ini pula,[br]1 x (-1) = (-1) 0:03:29.150,0:03:32.600 ataupun[br](-1) x 1 = (-1). 0:03:32.600,0:03:36.130 Perhatikan, ada 2 'tanda' pada latihan di bawah; 0:03:36.130,0:03:38.590 (+) 1 dan [br](-1). 0:03:38.590,0:03:41.120 Dan pada latihan di atas[br]di sebelah sini, 0:03:41.120,0:03:42.680 kedua-dua nombor 1 bertanda (+). 0:03:42.680,0:03:45.970 Di sebelah sini pula bertanda (-). 0:03:45.970,0:03:49.110 Sekarang mari kita buat sedikit latihan 0:03:49.110,0:03:51.510 supaya anda boleh cuba contoh-contoh ini, 0:03:51.510,0:03:56.195 dan 'tips' serta peraturan yang membantu anda. 0:04:02.855,0:04:06.750 Contoh;[br](-4) x 3, 0:04:06.750,0:04:11.820 4 x 3 = 12,[br]di sini ada tanda (-) dan (+). 0:04:11.820,0:04:15.670 Tanda berlainan;[br]jawapannya (-). 0:04:15.670,0:04:19.060 Maka (-4) x 3 = (-12). 0:04:19.060,0:04:21.310 Ini logik sebab asasnya, 0:04:21.310,0:04:25.070 (-4) x 3 sama dengan, 0:04:25.070,0:04:27.800 (-4) + (-4) + (-4) = (-12)! 0:04:27.800,0:04:31.120 Anda boleh rujuk dalam video 0:04:31.120,0:04:34.200 "Penambahan & Penolakan Nombor Negatif". 0:04:34.200,0:04:35.210 Jom selesaikan 1 latihan lagi. 0:04:35.210,0:04:40.430 (-2) x (-7) = ? 0:04:40.430,0:04:42.470 Anda boleh hentikan video ini seketika 0:04:42.470,0:04:44.030 untuk cuba selesaikan sendiri 0:04:44.030,0:04:45.420 dan semak jawapannya kemudian. 0:04:45.420,0:04:51.190 2 x 7 = 14,[br]dan semua nombor sama tanda, 0:04:51.190,0:04:53.530 jadi jawapannya (+14). [br]Biasanya tanda (+) tidak ditulis, 0:04:53.530,0:04:56.930 ini cuma untuk pemahaman anda. 0:04:56.930,0:05:05.880 Bagaimana pula dengan[br]9 x (-5) = ? 0:05:05.880,0:05:08.800 9 x 5 = 45, 0:05:08.800,0:05:13.660 Perhatikan,tandanya berlainan. 0:05:13.660,0:05:18.010 Jadi 9 x (-5) = (-45) 0:05:18.010,0:05:24.540 Seterusnya,[br](-6) x (-11) = ? 0:05:24.540,0:05:29.730 6 x 11 = 66,[br]ada tanda (-) 0:05:29.730,0:05:31.720 dan (-) juga,[br]jadi jawapannya (+). 0:05:31.720,0:05:32.910 Sekarang,saya nak berikan anda ujian. 0:05:32.910,0:05:39.100 Berapakah jawapan[br]0 x (-12) = ? 0:05:39.100,0:05:42.740 Anda boleh rujuk pada tanda berlainan di sini, 0:05:42.740,0:05:46.460 tapi sebenarnya,[br]0 bukan nombor (+) atau (-). 0:05:46.460,0:05:48.315 Apa saja nombor yang didarabkan dengan 0,[br]jawapannya ialah 0. 0:05:48.315,0:05:52.080 Samada nombor itu (-) atau (+). 0:05:53.650,0:05:57.630 bila darab 0 jawapannya ialah 0. 0:05:57.630,0:06:00.020 Sekarang, mari kita tengok samada 0:06:00.020,0:06:03.080 peraturan yang sama boleh diguna untuk "Pembahagian". 0:06:03.080,0:06:09.030 Contoh:[br]9 ÷ (-3) = ? 0:06:09.030,0:06:11.820 9 ÷ 3 = 3, 0:06:11.820,0:06:13.640 Nombor-nombor ini berlainan tanda, 0:06:13.640,0:06:17.920 iaitu 9 dan (-3). 0:06:17.920,0:06:22.190 Tanda berlainan jawapannya (-). 0:06:22.190,0:06:27.520 Jadi[br]9 ÷ (-3) = (-3). 0:06:27.520,0:06:33.830 Bagaimana pula[br](-16) ÷ 8 = ? 0:06:33.830,0:06:37.790 Anda tahu [br]16 ÷ 8 = 2, 0:06:37.790,0:06:39.370 tetapi lihat tandanya berlainan. 0:06:39.370,0:06:44.830 Maka,[br](-16) ÷ 8 = (-2). 0:06:44.830,0:06:49.140 Ingat ya, [br]tanda berlainan jawapannya (-). 0:06:49.140,0:07:00.500 Apakah jawapan[br](-54) ÷ (-6) = ? 0:07:00.500,0:07:04.320 54 ÷ 6 = 9, 0:07:04.320,0:07:09.050 Kedua-dua "Pembahagi" dan 'yang dibahagi' 0:07:11.470,0:07:13.890 bertanda (-);[br](-54) dan (-6), 0:07:13.930,0:07:18.193 maka jawapannya ialah (+). 0:07:18.193,0:07:18.985 Tanda sama jawapannya (+). 0:07:24.730,0:07:30.500 0 ÷ (-1) = 0 0:07:30.500,0:07:31.510 Mudah saja, 0:07:31.510,0:07:33.200 sebab 0 bahagi apa saja nombor[br]jawapannya 0. 0:07:36.210,0:07:38.420 Mari cuba 1 lagi latihan. 0:07:41.890,0:07:44.930 4 ÷ (-1) = ? 0:07:44.930,0:07:50.610 4 ÷ 1 = 4,[br]tetapi lihat tandanya berlainan. 0:07:50.610,0:07:53.130 Jadi [br]4 ÷ (-1) = (-4). 0:07:53.130,0:07:54.410 Saya harap latihan tadi 0:07:54.410,0:07:56.865 dapat membantu anda. 0:07:56.865,0:08:01.380 Lakukan sebanyak mungkin latihan [br]"Pendaraban & Pembahagian Nombor Negatif". 0:08:01.380,0:08:03.010 Klik pada tanda "Hints" 0:08:03.010,0:08:04.260 dan anda boleh rujuk peraturan untuk digunakan. 0:08:04.260,0:08:09.445 Anda mungkin terfikir [br]bagaimana peraturan tadi terjadi, 0:08:09.460,0:08:11.459 dan apa sebenarnya maksud pendaraban 0:08:11.459,0:08:15.320 nombor (-) dengan nombor (+). 0:08:15.320,0:08:16.982 Dan pendaraban nombor (-) 0:08:16.982,0:08:20.230 dengan nombor (-) juga. 0:08:27.160,0:08:29.020 Selamat maju jaya!