Suara manusia: Itulah alat yang kita gunakan. Ia mungkin bunyi yang paling berkuasa di dunia. Ia satu-satunya yang boleh memulakan peperangan ataupun mengatakan "Saya cinta kamu". Namun demikian, ramai orang mempunyai pengalaman apabila mereka bercakap, orang lain tidak mendengar. Dan kenapa begitu? Bagaimana kita boleh bercakap dengan penuh kekuatan untuk membuat perubahan di dunia? Apa yang saya ingin cadangkan, terdapat beberapa tabiat yang kita mesti elak. Saya telah kumpulkan untuk anda nikmati di sini tujuh dosa besar percakapan. Ini bukan senarai yang lengkap, tetapi tujuh perkara ini, saya fikir, penting tabiat yang boleh menjadi kebiasaan kita semua. Pertama, gosip, mengumpat tentang seseorang yang tidak hadir. Bukan tabiat yang elok, dan kita sememangnya tahu orang yang mengumpat, lima minit kemudian akan mengumpat tentang kita. Kedua, menghukum. Kita kenal orang yang seperti ini dalam perbualan, dan amat sukar untuk mendengar seseorang jika anda tahu bahawa anda sendiri sedang dihukum dan mempunyai kekurangan pada masa yang sama. Ketiga, sikap negatif. Anda boleh jatuh ke dalam ini. Ibu saya, dalam tahun-tahun terakhir hidupnya, menjadi amat, amat negatif, dan ia sukar untuk mendengar. Saya ingat satu hari, saya berkata kepadanya, "Hari ini 1 Oktober." dan dia kata, "Saya tahu, sedih bukan?" (Ketawa) Sukar untuk mendengar apabila seseorang sebegitu negatif. Dan satu lagi bentuk negatif, suka merungut. Ini ialah seni kebangsaan U.K. Ini sukan kebangsaan kita. Kami bersungut tentang cuaca, tentang sukan, tentang politik, tentang segala-galanya. tetapi sebenarnya rungutan ialah kesengsaraan yang viral. Ia tidak menyebarkan cahaya dan keceriaan di dunia. Alasan. Kita semua pernah bertemu orang ini. Mungkin kita semua pernah menjadi orang ini. Sesetengah orang mempunyai seseorang untuk dipersalahkan. Mereka hanya lepaskan kesalahan kepada orang lain dan tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka, dan sekali lagi, susah untuk mendengar orang yang seperti itu. Kedua yang terakhir, yang keenam daripada tujuh, suka membesar-besarkan, tokok-tambah. Ia merendahkan bahasa kita, sebenarnya, kadang-kadang. Sebagai contoh, jika saya melihat sesuatu yang sebenarnya hebat, apa yang saya panggilnya? (Ketawa) Dan kemudian, sudah tentu tokok-tambah ini menjadi penipuan, penipuan jelas, dan kita tidak ingin mendengar orang yang kita tahu berbohong kepada kita. And akhirnya, taksub, kekeliruan fakta dengan pendapat. Apabila kedua-dua digabungkan, kamu mendengar sesuatu yang kosong. Kamu tahu, seseorang menyerang anda dengan pendapat mereka seolah-olah mereka benar. Ia susah untuk mendengarnya. Jadi inilah dia, tujuh dosa besar percakapan. Ini ialah perkara yang saya fikir perlu kita hindari. Tetapi adakah cara yang positif untuk berfikir tentang perkara ini? Ya, ada. Saya ingin cadangkan empat asas yang benar-benar kukuh, yang boleh menjadi sandaran kita jika kita ingin ucapan kita bertenaga dan untuk membuat perubahan di dunia. Mujurlah, perkara ini dieja dengan satu perkataan. Perkataan "hail," dan ia mempunyai definisi yang hebat juga. Saya bukan bercakap tentang benda yang jatuh dari langit dan memukul anda di kepala. Saya bercakap tentang definisi ini, untuk menyambut atau memberi pujian dengan penuh semangat, iaitu bagaimana saya rasa kata-kata kita akan diterima jika kita berdiri di atas empat perkara ini. Jadi, apa makna perkataan ini? Lihat jika anda boleh meneka. H ialah Honesty - jujur - sudah tentu, jujur berkata-kata, menjadi tulus dan jelas. A ialah Authenticity - tulen - hanya menjadi diri sendiri. Kawan saya menggambarkannya sebagai berdiri di atas kebenaran diri sendiri, yang saya fikir ialah cara yang cantik untuk menentukannya. I ialah Integrity - kewibawaan - menjadi perkataan anda, benar-benar melakukan apa yang anda kata, dan menjadi seseorang yang boleh dipercayai. Dan L ialah Love - cinta. Saya tidak bermaksud cinta romantik, tapi maksud saya, memberi ucapan yang baik kepada seseorang, dengan dua alasan. Pertama sekali, kejujuran mutlak mungkin bukan yang kita inginkan. Bayangkan jika saya bercakap "kamu kelihatan hodoh pagi ini" Mungkin itu bukan yang diperlukan. Diadunkan dengan cinta, sudah tentu, kejujuran amat bagus. Tetapi juga, jika anda benar-benar mengutarakan ucapan yang baik kepada seseorang, amat sukar untuk menghukum mereka pada masa yang sama. Saya tidak pasti anda boleh melakukan kedua-dua perkara tersebut pada masa yang sama. Jadi 'H A I L'. Juga, sekarang itu apa yang anda katakan, dan ia seperti lagu lama, apa yang anda katakan penting, cara anda mengatakannya juga penting. Anda ada kotak alat yang menakjubkan. Instrumen ini luar biasa, tetapi ini ialah sebuah kotak alat yang hanya pernah dibuka oleh beberapa orang. Saya ingin melihat sedikit di sana dengan anda sekarang dan cuba keluarkan beberapa alat yang boleh anda ambil dan bermain dengannya, yang akan meningkatkan daya tarikan ucapan anda. Tingkat nada, sebagai contoh. Tingkat nada 'falsetto' mungkin tidak berguna pada kebanyakan masa, tapi terdapat tingkat nada di tengah. Saya tidak akan menjadi terlalu teknikal tentang perkara ini bagi mana-mana orang yang sememangnya jurulatih suara. Anda boleh mencari suara anda, walau bagaimanapun. Jadi, jika saya bercakap di atas pada hidung saya, anda boleh mendengar perbezaan. Jika saya turun ke tekak saya, iaitu tempat kebanyakan kita bercakap pada kebanyakan masa. Tapi jika anda mahu pengaruh, anda perlu turun ke dada. Anda boleh mendengar perbezaan? Kita mengundi ahli politik yang bersuara rendah, sebenarnya, kerana kita kaitkan suara yang mendalam dengan kuasa dan dengan kewibawaan. Itu tingkat nada. Selepas itu kita mempunyai warna nada. Iaitu cara suara anda dirasai. Sekali lagi, kajian menunjuk bahawa kita lebih suka suara yang lantang, lunak, mesra, seperti minuman coklat panas. Dan jika anda tidak memilikinya, dunia masih belum kiamat, kerana anda boleh melatih diri anda. Dapatkan seorang jurulatih suara. Dan ada perkara menakjubkan yang anda boleh lakukan dengan pernafasan, dengan gaya diri, dan dengan latihan untuk meningkatkan warna nada suara anda. Berikutnya, prosodi. Saya amat meminati prosodi. Ini ialah irama, metabahasa yang kita gunakan untuk mengungkapkan makna. Ia akar pertama bagi makna dalam perbualan. Orang yang bercakap semuanya pada satu nota sememangnya agak sukar untuk didengari jika mereka langsung tidak mempunyai prosodi. Itulah asal perkataan ekanada atau membosankan, monoton. Kita juga ada prosodi yang berulang, apabila setiap ayat berakhir seolah-olah dengan soalan apabila ia sebenarnya bukan satu soalan, tapi satu kenyataan. (Ketawa) Dan jika anda mengulangi teknik itu berulang kali, ia sebenarnya menyekat keupayaan anda untuk berkomunikasi melalui prosodi, yang saya rasa sayang sekali, jadi mari kita cuba menghentikan tabiat itu. Kelajuan. Saya boleh menjadi sangat, sangat teruja dengan mengatakan sesuatu benar-benar cepat, atau saya boleh memperlahankan untuk memberi penekanan dan pada akhir itu, sudah tentu, ialah kawan lama kita senyap Tidak ada salah dengan sedikit senyap dalam perbualan, bukankah begitu? Kita tidak harus mengisinya dengan 'ums' and 'ahs'. Ia boleh menjadi sangat berkuasa. Sudah tentu, nada biasanya selari dengan kelajuan untuk menunjukkan rangsangan, tetapi anda boleh lakukannya hanya dengan nada. Di mana kamu tinggalkan kunci saya? Di mana kamu tinggalkan kunci saya? Makna sedikit berbeza dalam kedua-dua ujaran tadi. Dan akhir sekali, kelantangan. Saya boleh benar-benar teruja dengan menggunakan kelantangan. Maaf jika saya mengejutkan sesiapa. Atau, saya boleh membuat kamu semua menumpukan perhatian dengan menjadi amat senyap. Sesetengah orang menyiarkan sepanjang masa. Cuba elak daripada berbuat demikian. Ini dinamakan 'sodcasting', mengambil kesempatan suara anda dengan orang di sekeliling anda dengan tidak berhati-hati dan tidak bertimbang rasa. Tidak elok. Sudah tentu, di manakah terletaknya kepentingan semua ini adalah apabila anda mempunyai sesuatu yang benar-benar penting untuk dilakukan. Ia mungkin berdiri di atas pentas seperti ini dan memberi ucapan kepada orang ramai. Ia mungkin lamaran perkahwinan, meminta kenaikan gaji, ucapan majlis perkahwinan. Apa pun, jika ia benar-benar penting, anda berhutang kepada diri sendiri untuk melihat kotak alat ini dan enjin yang boleh diusahakan, dan tiada enjin berfungsi dengan baik tanpa dipanaskan. Hangatkan suara anda. Sebenarnya, mari saya tunjukkan anda bagaimana untuk berbuat demikian Bolehkah anda semua bangun sebentar? Saya akan menunjukkan kepada anda enam latihan bersuara yang saya buat sebelum setiap ucapan saya lakukan. Bila-bila masa anda akan bercakap dengan sesiapa penting, buat ini. Pertama, tangan ke atas, tarik nafas dalam-dalam, dan mengeluh keluar, ahhhhh, seperti itu. Sekali lagi. Ahhhh, bagus. Sekarang kita akan menghangatkan bibir kita, dan kita akan pergi ba, ba, ba, ba, ba, ba, ba, ba. Bagus. Dan sekarang, brrrrrrrrrr, sama seperti anda buat sebagai seorang budak. Brrrr. Kini bibir anda sepatutnya datang hidup. Kita akan buat lidah berikutnya dengan berlebih-lebihan la, la, la, la, la, la, la, la, la. Cantik. Anda memang bagus dalam perkara ini. Dan kemudian, gulung R. Rrrrrrr. Itu seperti manisan untuk lidah. Akhir sekali, dan jika saya hanya boleh melakukan sekali, pakar panggil ini 'siren'. Ia benar-benar baik. Ia bermula dengan "we" dan pergi ke "aw." "We" adalah tinggi, "aw" adalah rendah. Cuba ini, weeeaawww, weeeaawww. Hebat. Berikan tepukan untuk diri sendiri. Ambil tempat duduk anda, terima kasih. (Tepukan) Pada masa lain apabila anda bercakap, lakukan itu terlebih dahulu. Sekarang, saya akhir dengan menyatakan konteksnya. Ini satu perkara yang serius. Kita di sini sekarang, bukankah begitu? Kita tidak bercakap dengan baik kepada orang yang sememangnya tidak mendengar dalam persekitaran yang bising dan akustik buruk. Saya telah bercakap tentang itu atas pentas ini pada peringkat yang berbeza. Apakah yang akan terjadi kepada dunia jika kita semua bercakap dengan bertenaga kepada orang yang mendengar dengan sedar dalam persekitaran yang benar-benar sesuai bagi tujuannya? Atau mari kita besarkan perkara itu, Apakah yang akan terjadi kepada dunia jika kita mencipta bunyi secara sedar dan menggunakan bunyi secara sedar dan mereka bentuk semua persekitaran kita secara sedar untuk bunyi? Itu merupakan sebuah dunia yang mempunyai bunyi yang indah, dan sebuah dunia yang menjadikan pemahaman sebagai norma, dan itu satu idea yang wajar disebarkan. Terima kasih. (Tepukan)