Suara manusia:
Itulah alat yang kita gunakan.
Ia mungkin bunyi yang paling
berkuasa di dunia.
Ia satu-satunya yang
boleh memulakan peperangan
ataupun mengatakan "Saya cinta kamu".
Namun demikian, ramai orang
mempunyai pengalaman
apabila mereka bercakap,
orang lain tidak mendengar.
Dan kenapa begitu?
Bagaimana kita boleh bercakap
dengan penuh kekuatan
untuk membuat perubahan di dunia?
Apa yang saya ingin cadangkan, terdapat
beberapa tabiat yang kita mesti elak.
Saya telah kumpulkan
untuk anda nikmati di sini
tujuh dosa besar percakapan.
Ini bukan senarai yang lengkap,
tetapi tujuh perkara ini, saya fikir, penting
tabiat yang boleh menjadi
kebiasaan kita semua.
Pertama, gosip,
mengumpat tentang seseorang yang tidak hadir.
Bukan tabiat yang elok, dan kita sememangnya tahu
orang yang mengumpat, lima minit kemudian
akan mengumpat tentang kita.
Kedua, menghukum.
Kita kenal orang yang seperti ini
dalam perbualan,
dan amat sukar untuk mendengar seseorang
jika anda tahu bahawa
anda sendiri sedang dihukum
dan mempunyai kekurangan
pada masa yang sama.
Ketiga, sikap negatif.
Anda boleh jatuh ke dalam ini.
Ibu saya, dalam tahun-tahun
terakhir hidupnya,
menjadi amat, amat negatif,
dan ia sukar untuk mendengar.
Saya ingat satu hari, saya berkata kepadanya,
"Hari ini 1 Oktober."
dan dia kata,
"Saya tahu, sedih bukan?"
(Ketawa)
Sukar untuk mendengar apabila
seseorang sebegitu negatif.
Dan satu lagi bentuk negatif, suka merungut.
Ini ialah seni kebangsaan U.K.
Ini sukan kebangsaan kita.
Kami bersungut tentang cuaca,
tentang sukan, tentang politik,
tentang segala-galanya.
tetapi sebenarnya rungutan
ialah kesengsaraan yang viral.
Ia tidak menyebarkan cahaya
dan keceriaan di dunia.
Alasan. Kita semua pernah bertemu orang ini.
Mungkin kita semua pernah
menjadi orang ini.
Sesetengah orang mempunyai
seseorang untuk dipersalahkan.
Mereka hanya lepaskan kesalahan
kepada orang lain
dan tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka,
dan sekali lagi, susah untuk mendengar
orang yang seperti itu.
Kedua yang terakhir, yang keenam daripada tujuh,
suka membesar-besarkan, tokok-tambah.
Ia merendahkan bahasa kita, sebenarnya,
kadang-kadang.
Sebagai contoh, jika saya melihat sesuatu
yang sebenarnya hebat,
apa yang saya panggilnya?
(Ketawa)
Dan kemudian, sudah tentu
tokok-tambah ini menjadi penipuan,
penipuan jelas, dan kita
tidak ingin mendengar
orang yang kita tahu
berbohong kepada kita.
And akhirnya, taksub,
kekeliruan fakta dengan pendapat.
Apabila kedua-dua digabungkan,
kamu mendengar sesuatu yang kosong.
Kamu tahu, seseorang menyerang anda dengan
pendapat mereka seolah-olah mereka benar.
Ia susah untuk mendengarnya.
Jadi inilah dia,
tujuh dosa besar percakapan.
Ini ialah perkara yang saya fikir perlu kita hindari.
Tetapi adakah cara yang positif untuk berfikir
tentang perkara ini?
Ya, ada.
Saya ingin cadangkan empat
asas yang benar-benar kukuh,
yang boleh menjadi sandaran kita
jika kita ingin ucapan kita
bertenaga dan untuk membuat perubahan di dunia.
Mujurlah, perkara ini dieja dengan satu perkataan.
Perkataan "hail," dan ia mempunyai
definisi yang hebat juga.
Saya bukan bercakap tentang
benda yang jatuh dari langit
dan memukul anda di kepala.
Saya bercakap tentang definisi ini,
untuk menyambut atau memberi pujian
dengan penuh semangat,
iaitu bagaimana saya rasa
kata-kata kita akan diterima
jika kita berdiri di atas empat perkara ini.
Jadi, apa makna perkataan ini?
Lihat jika anda boleh meneka.
H ialah Honesty - jujur - sudah tentu,
jujur berkata-kata, menjadi tulus dan jelas.
A ialah Authenticity - tulen - hanya menjadi diri sendiri.
Kawan saya menggambarkannya sebagai
berdiri di atas kebenaran diri sendiri,
yang saya fikir ialah cara yang cantik
untuk menentukannya.
I ialah Integrity - kewibawaan - menjadi perkataan anda,
benar-benar melakukan apa yang anda kata,
dan menjadi seseorang yang boleh dipercayai.
Dan L ialah Love - cinta.
Saya tidak bermaksud cinta romantik,
tapi maksud saya, memberi ucapan yang baik
kepada seseorang, dengan dua alasan.
Pertama sekali, kejujuran mutlak
mungkin bukan yang kita inginkan.
Bayangkan jika saya bercakap "kamu kelihatan hodoh pagi ini"
Mungkin itu bukan yang diperlukan.
Diadunkan dengan cinta, sudah tentu,
kejujuran amat bagus.
Tetapi juga, jika anda benar-benar mengutarakan
ucapan yang baik kepada seseorang,
amat sukar untuk menghukum mereka pada masa yang sama.
Saya tidak pasti anda boleh melakukan kedua-dua perkara tersebut
pada masa yang sama.
Jadi 'H A I L'.
Juga, sekarang itu apa yang anda katakan,
dan ia seperti lagu lama, apa yang anda katakan penting,
cara anda mengatakannya juga penting.
Anda ada kotak alat yang menakjubkan.
Instrumen ini luar biasa,
tetapi ini ialah sebuah kotak alat
yang hanya pernah dibuka oleh beberapa orang.
Saya ingin melihat sedikit di sana
dengan anda sekarang dan
cuba keluarkan beberapa alat
yang boleh anda ambil
dan bermain dengannya,
yang akan meningkatkan daya tarikan
ucapan anda.
Tingkat nada, sebagai contoh.
Tingkat nada 'falsetto' mungkin tidak berguna
pada kebanyakan masa,
tapi terdapat tingkat nada di tengah.
Saya tidak akan menjadi terlalu teknikal
tentang perkara ini
bagi mana-mana orang yang
sememangnya jurulatih suara.
Anda boleh mencari suara anda,
walau bagaimanapun.
Jadi, jika saya bercakap di atas pada hidung saya,
anda boleh mendengar perbezaan.
Jika saya turun ke tekak saya,
iaitu tempat kebanyakan kita
bercakap pada kebanyakan masa.
Tapi jika anda mahu pengaruh,
anda perlu turun ke dada.
Anda boleh mendengar perbezaan?
Kita mengundi ahli politik yang
bersuara rendah, sebenarnya,
kerana kita kaitkan suara yang mendalam
dengan kuasa
dan dengan kewibawaan.
Itu tingkat nada.
Selepas itu kita mempunyai warna nada.
Iaitu cara suara anda dirasai.
Sekali lagi, kajian menunjuk bahawa
kita lebih suka suara
yang lantang, lunak, mesra,
seperti minuman coklat panas.
Dan jika anda tidak memilikinya,
dunia masih belum kiamat,
kerana anda boleh melatih diri anda.
Dapatkan seorang jurulatih suara.
Dan ada perkara menakjubkan yang
anda boleh lakukan
dengan pernafasan, dengan gaya diri,
dan dengan latihan
untuk meningkatkan warna nada suara anda.
Berikutnya, prosodi. Saya amat meminati prosodi.
Ini ialah irama, metabahasa
yang kita gunakan untuk mengungkapkan makna.
Ia akar pertama bagi makna dalam perbualan.
Orang yang bercakap semuanya pada satu nota
sememangnya agak sukar untuk didengari
jika mereka langsung tidak mempunyai prosodi.
Itulah asal perkataan ekanada
atau membosankan, monoton.
Kita juga ada prosodi yang berulang,
apabila setiap ayat berakhir
seolah-olah dengan soalan
apabila ia sebenarnya bukan satu soalan,
tapi satu kenyataan.
(Ketawa)
Dan jika anda mengulangi teknik itu berulang kali,
ia sebenarnya menyekat keupayaan anda
untuk berkomunikasi melalui prosodi,
yang saya rasa sayang sekali,
jadi mari kita cuba menghentikan tabiat itu.
Kelajuan. Saya boleh menjadi
sangat, sangat teruja
dengan mengatakan sesuatu benar-benar cepat,
atau saya boleh memperlahankan
untuk memberi penekanan
dan pada akhir itu, sudah tentu,
ialah kawan lama kita
senyap
Tidak ada salah dengan sedikit senyap
dalam perbualan, bukankah begitu?
Kita tidak harus mengisinya dengan 'ums' and 'ahs'.
Ia boleh menjadi sangat berkuasa.
Sudah tentu, nada biasanya selari
dengan kelajuan
untuk menunjukkan rangsangan, tetapi anda
boleh lakukannya hanya dengan nada.
Di mana kamu tinggalkan kunci saya?
Di mana kamu tinggalkan kunci saya?
Makna sedikit berbeza
dalam kedua-dua ujaran tadi.
Dan akhir sekali, kelantangan.
Saya boleh benar-benar teruja
dengan menggunakan kelantangan.
Maaf jika saya mengejutkan sesiapa.
Atau, saya boleh membuat kamu semua
menumpukan perhatian
dengan menjadi amat senyap.
Sesetengah orang menyiarkan sepanjang masa.
Cuba elak daripada berbuat demikian.
Ini dinamakan 'sodcasting',
mengambil kesempatan suara anda
dengan orang di sekeliling anda
dengan tidak berhati-hati dan
tidak bertimbang rasa. Tidak elok.
Sudah tentu, di manakah terletaknya
kepentingan semua ini
adalah apabila anda mempunyai sesuatu yang
benar-benar penting untuk dilakukan.
Ia mungkin berdiri di atas pentas seperti ini
dan memberi ucapan kepada orang ramai.
Ia mungkin lamaran perkahwinan,
meminta kenaikan gaji,
ucapan majlis perkahwinan.
Apa pun, jika ia benar-benar penting,
anda berhutang kepada diri sendiri
untuk melihat kotak alat ini
dan enjin yang boleh diusahakan,
dan tiada enjin berfungsi dengan baik
tanpa dipanaskan.
Hangatkan suara anda.
Sebenarnya, mari saya tunjukkan anda
bagaimana untuk berbuat demikian
Bolehkah anda semua bangun sebentar?
Saya akan menunjukkan kepada anda
enam latihan bersuara
yang saya buat sebelum setiap ucapan saya lakukan.
Bila-bila masa anda akan bercakap dengan
sesiapa penting, buat ini.
Pertama, tangan ke atas,
tarik nafas dalam-dalam,
dan mengeluh keluar, ahhhhh, seperti itu.
Sekali lagi.
Ahhhh, bagus.
Sekarang kita akan menghangatkan bibir kita,
dan kita akan pergi ba, ba, ba, ba,
ba, ba, ba, ba. Bagus.
Dan sekarang, brrrrrrrrrr,
sama seperti anda buat sebagai seorang budak.
Brrrr. Kini bibir anda sepatutnya datang hidup.
Kita akan buat lidah berikutnya
dengan berlebih-lebihan la, la, la, la, la, la, la, la, la.
Cantik. Anda memang bagus dalam perkara ini.
Dan kemudian, gulung R. Rrrrrrr.
Itu seperti manisan untuk lidah.
Akhir sekali, dan jika saya hanya boleh
melakukan sekali,
pakar panggil ini 'siren'.
Ia benar-benar baik. Ia bermula dengan "we" dan pergi ke "aw."
"We" adalah tinggi, "aw" adalah rendah.
Cuba ini, weeeaawww, weeeaawww.
Hebat. Berikan tepukan untuk diri sendiri.
Ambil tempat duduk anda, terima kasih.
(Tepukan)
Pada masa lain apabila anda bercakap,
lakukan itu terlebih dahulu.
Sekarang, saya akhir dengan menyatakan
konteksnya.
Ini satu perkara yang serius.
Kita di sini sekarang, bukankah begitu?
Kita tidak bercakap dengan baik
kepada orang yang sememangnya
tidak mendengar
dalam persekitaran yang
bising dan akustik buruk.
Saya telah bercakap tentang itu
atas pentas ini
pada peringkat yang berbeza.
Apakah yang akan terjadi kepada dunia
jika kita semua bercakap dengan bertenaga
kepada orang yang mendengar dengan sedar
dalam persekitaran yang benar-benar sesuai
bagi tujuannya?
Atau mari kita besarkan perkara itu,
Apakah yang akan terjadi kepada dunia
jika kita mencipta bunyi secara sedar
dan menggunakan bunyi secara sedar
dan mereka bentuk semua persekitaran kita
secara sedar untuk bunyi?
Itu merupakan sebuah dunia
yang mempunyai bunyi yang indah,
dan sebuah dunia yang
menjadikan pemahaman
sebagai norma,
dan itu satu idea
yang wajar disebarkan.
Terima kasih.
(Tepukan)