0:00:01.126,0:00:06.099 Suatu hari nanti, bintang yang terakhir akan mati, dan alam semesta akan menjadi gelap buat selama-lamanya 0:00:06.502,0:00:10.262 Ia mungkin menjadi bintang kerdil merah, sebuah bintang yang kecil 0:00:10.262,0:00:13.242 yang merupakan juga salah satu taruhan terbaik kita untuk mencari kehidupan makhluk asing 0:00:13.246,0:00:17.506 dan mungkin menjadi rumah terakhir untuk kemanusiaan sebelum alam semesta tidak boleh dihuni 0:00:17.744,0:00:22.194 jadi apakah yang kita tahu tentangnya, dan mengapakah bintang-bintang tersebut ialah harapan terakhir kita? 0:00:31.753,0:00:35.493 Sekurang-kurangnya 70% daripada bintang-bintang ialah bintang kerdil merah 0:00:36.005,0:00:41.265 yang merupakan bintang terkecil yang beratnya kira-kira 7 hingga 50% daripada jisim matahari kita 0:00:41.265,0:00:45.515 yang lebih besar sedikit daripada Musytari, masih besar juga 0:00:45.994,0:00:47.874 Bintang tersebut sangatlah malap 0:00:48.516,0:00:50.736 Terlalulah mustahil untuk melihatnya dengan mata kasar 0:00:50.976,0:00:52.756 Anda tidak dapat menyaksikannya pada langit malam 0:00:53.376,0:00:55.022 Walaupun dengan teknologi kita 0:00:55.022,0:00:58.002 kita hanya dapat memerhatikan bintang-bintang kerdil merah dalam kawasan terdekat 0:00:58.494,0:01:02.244 Lebih kurang 20 daripada 30 bintang-bintang yang dekat dengan Bumi ialah bintang kerdil merah 0:01:02.760,0:01:06.746 Seperti semua bintang, bintang kerdil merah melakurkan hidrogen menjadi helium 0:01:06.746,0:01:11.206 tetapi sementara bintang yang besar mengumpulkan helium yang dilakur di terasnya 0:01:11.206,0:01:16.383 bintang kerdil merah kekal berolak, yang bermakna, helium dan hidrogen bercampur- aduk secara malar 0:01:16.383,0:01:20.742 jadi mereka menggunakan bahan api dengan sangat perlahan sebelum terpadam 0:01:21.468,0:01:23.248 Bintang kerdil merah menyala dengan sangat perlahan 0:01:23.248,0:01:27.512 yang purata jangka hayatnya adalah antara satu hingga sepuluh trilion tahun 0:01:27.512,0:01:31.592 berbanding dengan Matahari yang bertahan selama 5 bilion tahun yang mendatang 0:01:32.257,0:01:36.027 Kerana alam semesta berusia 13.75 bilion tahun 0:01:36.028,0:01:39.238 tidak ada satu bintang kerdil merah yang mencapai tahap perkembangan yang selanjutnya 0:01:39.508,0:01:43.238 Setiap daripada satu trilion yang wujud masih bayi 0:01:44.009,0:01:47.219 Berkata tentang bayi, bintang terkecil dalam alam semesta 0:01:47.230,0:01:52.760 ialah bintang kerdil merah juga kerana bintang kerdil merah berada dalam ambang untuk menjadi bintang 0:01:52.983,0:01:56.517 hanya lebih sedikit hidrogen, dan mereka tidak lebih daripada bintang perang 0:01:56.517,0:02:00.366 bintang-bintang yang gagal yang tidak mampu mengekalkan tindak balas pelakuran untuk masa yang panjang 0:02:00.366,0:02:04.176 jadi bagaimanakah dengan makhluk asing dan rumah baru untuk kemanusiaan? 0:02:04.880,0:02:09.316 Oleh kerana matahari akan mati pada satu hari nanti, kita perlulah mencari rumah baharu 0:02:09.316,0:02:13.506 dan di mana ada planet yang boleh dihuni, di situlah kemungkinan ada makhluk asing 0:02:14.147,0:02:18.015 Balai Cerap Kepler menemui bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada bintang kerdil merah 0:02:18.015,0:02:21.745 menempatkan planet berbatu antara setengah dan empat kali ganda daripada jisim Bumi 0:02:22.493,0:02:28.373 Kebanyakan daripada mereka berada di zon boleh dihuni, di kawasan di sekeliling bintang di mana air dalam keadaan cecair 0:02:28.391,0:02:31.661 tetapi kerana bintang kerdil merah menyala dengan suhu yang secara relatifnya, dingin 0:02:31.666,0:02:34.399 sesebuah planet perlulah berada dalam jarak dekat untuk dihuni 0:02:34.399,0:02:38.909 barangkali, dekat seperti Utarid dengan matahari atau lebih dekat lagi 0:02:38.909,0:02:41.496 yang membawa pelbagai masalah 0:02:42.007,0:02:45.627 Contohnya, planet yang dekat dengan bintang mungkin akan mengalami 'penguncian pasang surut' (penguncian putaran) 0:02:45.627,0:02:47.765 yang bermakna hanya bahagian yang sama selalu menghadapi bintang itu 0:02:48.502,0:02:52.022 Ada bahagian yang terlalulah panas sementara bahagian yang gelap membeku 0:02:52.022,0:02:55.401 yang menyebabkan kehidupan berkembang dengan sukar 0:02:55.401,0:02:59.601 walaupun, sesebuah planet yang mempunyai lautan yang besar yang mungkin mampu untuk menyebarkan tenaga bintang 0:02:59.603,0:03:01.743 dan mencipta keseimbangan yang tertentu 0:03:03.026,0:03:06.721 Daya graviti bintang kerdil merah mampu menekan planet itu 0:03:06.721,0:03:10.051 dan memanaskannya sehingga kehilangan air 0:03:10.744,0:03:14.604 Planet-planet tersebut boleh menjadi seperti Zuhrah yang sepanas neraka 0:03:15.257,0:03:18.647 Masalah yang lain adalah kerana banyak bintang kerdil merah mempunyai tenaga output yang berbeza 0:03:19.343,0:03:24.043 Mereka boleh diselimuti oleh bintik bintang yang menutupi cahaya yang dipancar sehingga 40% ke atas, berbulan-bulan lamanya 0:03:24.043,0:03:26.923 yang menyebabkan lautan-lautan di planet tersebut untuk membeku 0:03:26.923,0:03:29.421 pada masa lainnya, bintang-bintang tersebut boleh memancarkan suar suria 0:03:29.421,0:03:32.501 letusan maha hebat yang memancarkan tenaga yang menakjubkan 0:03:33.002,0:03:35.630 Bintang-bintang kerdil merah mampu menggandakan kercerahan dalam masa beberapa minit 0:03:35.630,0:03:39.410 yang mampu mencabut sebahagian besar atmosfera planet dan membakarnya 0:03:39.411,0:03:41.101 menjadikannya steril 0:03:41.101,0:03:44.500 di sisi lainnya, jangka hayat yang terlalulah panjang ialah satu kelebihan 0:03:45.027,0:03:47.787 Sebuah bintang kerdil merah dengan tahap aktiviti yang sederhana 0:03:47.787,0:03:50.545 mampu menjadi tempat yang bagus untuk planet yang menampung kehidupan 0:03:51.553,0:03:54.753 Kehidupan di Bumi telah wujud kira-kira empat bilion tahun yang lalu 0:03:54.753,0:03:58.485 dan kita mempunyai satu bilion lagi sebelum matahari menjadi sangatlah panas 0:03:58.485,0:04:00.765 dan kehidupan di Bumi menjadi sangatlah mustahil 0:04:01.095,0:04:04.665 Kita akan mati ataupun meninggalkan Bumi untuk mencari rumah baharu 0:04:05.165,0:04:08.380 Kita mampu membina peradaban yang berpotensi untuk kekal selama bertrilion-trilion tahun 0:04:08.380,0:04:10.600 di sekeliling sebuah bintang kerdil merah dengan ciri-ciri yang menepati 0:04:11.260,0:04:16.750 Terdapat 5% daripada bintang kerdil merah di Bima Sakti yang mungkin boleh didiami, secara kasarnya, planet-planet bersaiz Bumi 0:04:17.269,0:04:20.659 Itu boleh melebihi empat bilion jumlahnya 0:04:20.659,0:04:23.062 tetapi kehidupan tidak memerlukan sebuah planet seperti Bumi 0:04:23.689,0:04:27.064 Calon untuk kehidupan di sekeliling bintang kerdil merah mungkin bulan-bulan di gergasi gas 0:04:27.064,0:04:30.494 yang dipanggil Super Bumi, planet-planet berbatu yang sangatlah besar 0:04:31.243,0:04:35.493 Dianggarkan terdapat 60 bilion planet yang berpotensi untuk didiami 0:04:35.495,0:04:40.145 di sekitar bintang kerdil merah, dan di Bima Sakti sahaja (belum yang lain) 0:04:40.145,0:04:44.195 jadi bintang kerdil merah mungkin menjadi sangatlah penting untuk kelangsungan hidup pada masa hadapan 0:04:44.195,0:04:47.635 tetapi semua benda akan mati termasuklah bintang kerdil merah 0:04:48.505,0:04:53.085 Setelah bertrilion-trilion tahun, hayat bintang kerdil merah yang terakhir di alam semesta akan berakhir 0:04:53.085,0:04:55.511 ia bukanlah peristiwa yang menakjubkan 0:04:56.095,0:05:00.505 Apabila kehabisan hidrogen, ia mengecut sehingga menjadi sebuah bintang kerdil biru, terbakar sepenuhnya 0:05:00.989,0:05:04.359 Setelah bahan apinya habis, ia menjadi sebuah bintang kerdil putih 0:05:04.359,0:05:07.457 sebuah objek yang sebesar Bumi, dipadatkan sepadat-padatnya 0:05:07.457,0:05:11.292 yang terdiri daripada gas-gas yang merosot, kebanyakannya ialah nukleus-nukleus Helium-4 0:05:11.783,0:05:15.443 Apabila ketiadaan sumber tenaga, ia akan sejuk dengan sangat perlahan 0:05:15.443,0:05:20.263 selama bertrilion-trilion tahun sehingga menjadi keadaan terakhir, sebuah bintang kerdil hitam yang sejuk 0:05:20.968,0:05:24.911 Bintang kerdil putih dan kerdil hitam sangatlah menakjubkan sehingga layak mempunyai video sendiri 0:05:24.911,0:05:29.021 Apa-apa pun, ia mengambil masa yang lama sebelum bintang yang terakhir di alam semesta lenyap 0:05:29.113,0:05:33.393 Ini boleh dikatakan sangat seronok untuk mengetahui jika kemanusiaan berjaya meneroka angkasa raya 0:05:33.395,0:05:36.935 kita mempunyai masa sebelum alam semesta 'terpadam' 0:05:38.887,0:05:41.837 Video kami berjaya dihasilkan, terima kasih atas sokongan anda di Patreon.com 0:05:42.314,0:05:45.954 Jika anda ingin membantu kami membuat lebih banyak lagi, kami menghargai sokongan anda