Saya berada di gred 8 apabila saya belajar mengatur cara. Saya mula belajar mencipta bulatan hijau dan segiempat merah muncul pada skrin. Anda baru belajar, dan ia tidak banyak, jadi anda akan sampai tahap di mana anda boleh buat apa saja. Sains komputer adalah pembelajaran cara komputer berfungsi dan berfikir, supaya ia diajar untuk melakukan perkara baru. Kini apa yang boleh dibuat dalam sains komputer agak hebat. Ia paling menyerupai kuasa besar. (Tanya: pelajar Sains Komputer) Seterusnya kami akan main permainan berkonsep asas atur cara. Biasanya atur cara berbentuk teks tapi kami akan guna Blockly, iaitu blok visual yang ditarik dan dijatuh untuk menulis program. Anda masih mencipta kod di sebaliknya. Untuk bermula kami akan membina kod untuk atur cara yang membantu burung ini merentasi labirin untuk sampai ke khinzir yang mencuri telurnya. Blockly dibahagi kepada 3 bahagian utama. Di kiri adalah labirin burung di mana atur cara anda berjalan. Arahan untuk setiap peringkat ditulis di bawah labirin. Ruang tengah adalah kotak alatan, dan setiap satu blok adalah arahan yang burung ini faham. Ruang putih di kanan adalah ruang bekerja dan di sinilah kami bina atur cara kami. Tarik blok "move" ke ruang bekerja dan tekan "Run", apa berlaku? Burung gerak satu kotak ke hadapan pada grid. Jika saya mahu burung ini buat sesuatu selepas bergerak ke depan satu kotak? Saya boleh tambah satu lagi blok ke program kami. Saya akan pilih blok "turn right" dan menariknya ke bawah blok "move" sehingga anak panah kuning muncul dan saya akan jatuhkannya supaya 2 blok tersebut melekat. Apabila saya tekan "Run", burung akan melaksanakan arahan yang disusun, dari atas ke bawah, di ruang bekerja. JIka anda ingin padamkan blok, keluarkannya daripada susunan dan tariknya ke tong sampah. Selepas anda tekan "Run", anda boleh tekan butang "Reset" untuk mula semula. Marilah mengejar khinzir tersebut!