0:00:01.309,0:00:06.374 70 ribu tahun dahulu, nenek moyang kita[br]ialah binatang yang tak ketara 0:00:06.398,0:00:10.497 Perkara yang paling penting tentang[br]manusia prasejarah ialah 0:00:10.521,0:00:12.473 mereka tidak penting. 0:00:12.497,0:00:17.631 Impak mereka pada dunia tidak lebih[br]daripada obor-obor 0:00:17.655,0:00:20.016 atau kelip-kelip atau burung belatuk. 0:00:20.643,0:00:24.226 Kini, sebagai contrast, kita[br]menguasai planet ini. 0:00:24.853,0:00:26.195 Dan soalannya ialah: 0:00:26.219,0:00:29.341 Bagaimana kita sampai sini dari sana? 0:00:29.666,0:00:33.318 Bagaimana kita tukar kita dari[br]beruk yang tidak ketara, 0:00:33.342,0:00:36.489 menjaga bisnes sendiri di [br]satu sudut Africa, 0:00:36.513,0:00:39.003 menjadi pemerintah di Bumi ini? 0:00:39.876,0:00:45.566 Biasanya, kita mencari bezaan kita[br]dan binatang-binatang lain 0:00:45.590,0:00:47.071 dari tahap individu. 0:00:47.412,0:00:50.406 Kita ingin percaya -- saya ingin percaya-- 0:00:50.430,0:00:53.978 saya ada sesuatu yang istimewa, 0:00:54.002,0:00:57.128 tentang badan saya, tentang otak saya, 0:00:57.152,0:01:02.435 yang menjadikan saya lebih unggul dari[br]seekor anjing atau babi atau cimpanzi. 0:01:03.221,0:01:06.482 Tapi kebenarannya ialah,[br]pada tahap individu, 0:01:06.506,0:01:09.537 saya ialah amat sama[br]dengan seekor cimpanzi. 0:01:10.029,0:01:15.264 Dan jika kamu meletakkan saya dengan[br]seekor cimpanzi pada satu pulau sepi, 0:01:15.288,0:01:19.536 kita perlu berjuang untuk terus hidup[br]untuk melihat siapa hidup lebih baik, 0:01:19.560,0:01:24.776 saya mesti bertaruh pada cimpanzi,[br]dan bukan saya sendiri. 0:01:25.419,0:01:28.445 Dan ini bukan satu masalah [br]saya secara sendiri. 0:01:28.469,0:01:32.595 Saya rasa jika mereka mengambil seorang [br]daripada kamu dan meletakkan kamu seorang 0:01:32.619,0:01:34.584 dengan seekor cimpanzi pada sebuah pulau, 0:01:34.608,0:01:37.075 cimpanzi itu akan buat dengan lebih baik. 0:01:38.823,0:01:43.008 Perbezaan sebenar antara manusia dan[br]binatang-binatang lain 0:01:43.032,0:01:45.479 bukanlah pada tahap individu; 0:01:45.503,0:01:47.105 ia adalah pada tahap kolektif. 0:01:47.518,0:01:52.324 Manusia menguasai planet ini kerana[br]mereka adalah satu-satu binatang yang 0:01:52.348,0:01:57.525 boleh bekerjasama secara fleksibel [br]dan dalam kumpulan besar. 0:01:58.167,0:01:59.935 Memang ada binatang lain -- 0:01:59.959,0:02:03.130 seperti serangga sosial;[br]lebah-lebah, semut-semut -- 0:02:03.154,0:02:07.726 yang boleh bekerjasama dalam kumpulan[br]besar, tetapi tidak begitu fleksibel. 0:02:08.099,0:02:10.536 Kerjasama mereka amat ketat. 0:02:11.012,0:02:15.191 Pada dasarnya hanya satu cara [br]sebuah sarang lebah boleh berfungsi. 0:02:15.215,0:02:19.026 Dan jika ada peluang baru [br]atau kebahayaan baru, 0:02:19.050,0:02:23.593 lebah-lebah tidak dapat mereka [br]sistem sosial baru semalaman. 0:02:23.617,0:02:26.497 Mereka tidak boleh, sebagai contoh,[br]menmbunuh ratu mereka 0:02:26.521,0:02:28.427 dan munubuhkan sebuah republik lebah, 0:02:28.451,0:02:31.553 atau pemerintahan diktator komunis[br]lebah pekerja. 0:02:32.442,0:02:34.785 Binatang lain, seperti mamalia sosial -- 0:02:34.809,0:02:38.683 serigala, gajah, [br]ikan lumba-lumba, cimpanzi -- 0:02:38.707,0:02:41.453 mereka boleh bekerja secara [br]lebih fleksibel, 0:02:41.477,0:02:44.818 tapi hanya boleh buat secara [br]kumpulan kecil, 0:02:44.842,0:02:47.715 kerana kerjasama antara cimpanzi 0:02:47.739,0:02:51.787 adalah atas dasar pengetahuan yang [br]mendalam antara satu sama lain. 0:02:51.811,0:02:54.579 Saya seekor cimpanzi dan[br]kamu seekor cimpanzi, 0:02:54.603,0:02:56.406 dan saya ingin bekerjasama dengan kamu. 0:02:56.430,0:02:59.025 Saya perlu mengetahui kamu [br]secara peribadi. 0:02:59.049,0:03:00.819 Kamu cimpanzi macam mana? 0:03:00.843,0:03:02.256 Adakah kamu cimpanzi yang baik? 0:03:02.280,0:03:03.933 Adakah kamu cimpanzi yang jahat? 0:03:03.957,0:03:05.401 Adakah kamu boleh dipercayai? 0:03:05.425,0:03:08.478 Jika saya tidak tahu kamu, macam mana [br]saya kerjasama dengan kamu? 0:03:09.676,0:03:13.427 Satu-satu binatang yang boleh [br]campurkan kedua-dua kemampuan itu 0:03:13.451,0:03:18.747 dan bekerjasama secara fleksibel[br]dan dalam kumpulan besar 0:03:18.771,0:03:20.401 ialah kita, Homo sapiens. 0:03:20.973,0:03:25.104 Satu lawan satu, ataupun 10 lawan 10, 0:03:25.128,0:03:27.697 cimpanzi mungkin lebih baik [br]daripada kita. 0:03:28.112,0:03:33.291 Tapi kalau kamu menguji 1000 manusia [br]dengan 1000 cimpanzi, 0:03:33.315,0:03:36.933 manusia akan menang dengan mudah,[br]kerana satu sebab mudah 0:03:36.957,0:03:40.690 1000 cimpanzi tidak dapat bekerjasama[br]sama sekali. 0:03:41.337,0:03:45.388 Dan jika kamu cuba mengasak [br]100,000 cimpanzi 0:03:45.412,0:03:49.028 masuk Oxford Street, atau[br]masuk Wembley Stadium, 0:03:49.052,0:03:51.584 atau Dataran Tiananmen atau Vatican, 0:03:51.608,0:03:54.225 kamu akan dapat huru-hara. 0:03:54.249,0:03:58.108 Cuba bayangkan Wembley Stadium[br]dengan 100,000 cimpanzi. 0:03:58.616,0:03:59.806 Kegilaan. 0:04:00.219,0:04:06.161 Perbezaannya, manusia biasanya berkumpul [br]di sana dalam kumpulan ribuan orang, 0:04:06.185,0:04:09.249 dan apa yang kita dapat biasanya[br]bukan huru-hara. 0:04:09.273,0:04:15.360 Apa yang kita dapat ialah rangkaian[br]kerjasama yang amat canggih dan berkesan. 0:04:16.554,0:04:21.144 Semua pencapaian besar manusia [br]seluruh sejarah, 0:04:21.168,0:04:24.451 sama ada pembinaan piramid, [br]atau terbang ke bulan, 0:04:24.475,0:04:27.050 bukan berdasarkan kemampuan individu, 0:04:27.074,0:04:30.899 tetapi pada kemampuan untuk bekerjasama[br]secara fleksibel dalam kumpulan besar. 0:04:31.465,0:04:35.122 Fikirkan tentang ceramah yang saya [br]sedang buat sekarang: 0:04:35.146,0:04:41.130 Saya berdiri di depan para hadirin [br]kira-kira 300 hingga 400 orang, 0:04:41.154,0:04:44.278 kebanyakan daripada kamu adalah[br]orang yang tidak saya kenali. 0:04:44.928,0:04:49.912 Begitu juga, saya tidak begitu kenali [br]semua orang yang menganjurkan 0:04:49.936,0:04:51.563 dan mengkerjakan acara ini. 0:04:51.994,0:04:55.787 Saya tidak mengenali juruterbang dan[br]anak-anak kapal terbang yang 0:04:55.811,0:04:58.722 membawa saya ke sini semalam,[br]ke London. 0:04:59.286,0:05:03.009 Saya tidak mengenali orang yang[br]mereka dan membuat 0:05:03.033,0:05:07.543 mikrofon ini dan kamera-kamera yang [br]sedang merekod apa yang saya cakap. 0:05:08.123,0:05:11.660 Saya tidak mengenali orang yang menulis[br]buku-buku dan artikel-artikel 0:05:11.684,0:05:14.077 yang saya baca sebagai persediaan[br]untuk ceramah ini. 0:05:14.495,0:05:17.305 Dan saya pasti tidak kenali semua orang 0:05:17.329,0:05:20.548 yang mungkin menonton ceramah ini[br]melalui Internet, 0:05:20.572,0:05:23.599 di Buenos Aires atau di New Delhi. 0:05:24.162,0:05:27.671 Namun begitu, walaupun [br]kita tidak mengenali satu sama lain, 0:05:27.695,0:05:33.548 kita boleh bekerjasama untuk mewujudkan[br]pertukaran idea secara global ini. 0:05:34.081,0:05:37.132 Ini adalah sesuatu yang tidak dapat dibuat[br]oleh cimpanzi. 0:05:37.156,0:05:38.970 Mereka sudah tentu berkomunikasi, 0:05:38.994,0:05:44.793 tapi kamu tidak akan menangkap seekor [br]cimpanzi pergi ke kumpulan cimpanzi lain 0:05:44.817,0:05:48.937 untuk memberi ceramah tentang pisang[br]atau gajah, 0:05:48.961,0:05:51.969 atau apa-apa yang mungkin cimpanzi minati. 0:05:53.389,0:05:56.879 Sudah tentu kerjasama bukannya [br]sentiasa baik; 0:05:56.903,0:06:00.928 perkara-perkara ngeri yang diperbuat oleh [br]manusia seluruh sejarah -- 0:06:00.952,0:06:03.691 dan kita telah membuatkan perkara-perkara[br]yang amat ngeri-- 0:06:03.715,0:06:08.864 perkara-perkara itu berdasarkan [br]kerjasama skala besar juga. 0:06:08.888,0:06:11.484 Penjara adalah satu sistem kerjasama; 0:06:11.508,0:06:14.498 tempat sembelih adalah satu[br]sistem kerjasama; 0:06:14.522,0:06:17.526 kem tahanan adalah satu [br]sistem kerjasama. 0:06:17.907,0:06:23.087 Cimpanzi tiada tempat sembelih dan [br]penjara dan kem tahanan. 0:06:24.183,0:06:28.013 Sekarang rasanya saya telah [br]menyakinkan kamu bahawa 0:06:28.037,0:06:33.095 kita menguasai dunia kerana dapat kerjasama [br]secara fleksibel dalam kumpulan besar. 0:06:33.516,0:06:36.464 Soalan seterusnya yang terus muncul 0:06:36.488,0:06:39.371 dalam minda pendengar ingin tahu ialah: 0:06:39.395,0:06:41.679 Bagaimana, sebenarnya, kita lakukannya? 0:06:42.083,0:06:47.865 Apa yang membolehkan kita sahaja, daripada [br]semua binatang, kerjasama seperti ini? 0:06:49.714,0:06:52.260 Jawapannya ialah imaginasi kita. 0:06:52.998,0:06:58.430 Kita boleh kerjasama secara fleksibel[br]dengan orang tidak dikenali, 0:06:58.454,0:07:02.150 kerana kita sahaja, daripada semua[br]binatang pada planet ini, 0:07:02.174,0:07:06.797 boleh membina dan mempercaya fiksyen,[br]cerita fiksyen. 0:07:07.326,0:07:11.914 Dan selagi semua orang percayai[br]fiksyen yang sama, 0:07:11.938,0:07:15.480 semua orang mematuhi dan mengikuti[br]peraturan yang sama, 0:07:15.504,0:07:17.793 norma yang sama, nilai-nilai yang sama. 0:07:18.639,0:07:22.538 Semua binatang lain menggunakan[br]sistem komunikasi mereka 0:07:22.562,0:07:25.058 untuk menerangkan realiti sahaja. 0:07:25.590,0:07:29.807 Seekor cimpanzi mungkin kata, "Tengok![br]Ada seekor singa, mari kita larikan diri!" 0:07:29.831,0:07:33.937 Atau, "Tengok! Sana ada sepohon pokok[br]pisang! Mari kita dapatkan pisang!" 0:07:33.961,0:07:40.238 Manusia, sebagai perbezaan, menggunakan bahasa[br]bukan sahaja untuk menggambarkan realiti, 0:07:40.262,0:07:44.786 tapi juga untuk membina realiti baru,[br]realiti fiskyen. 0:07:45.278,0:07:49.232 Seorang manusia mungkin kata, "Tengok! Ada[br]seorang Tuhan di atas awan!" 0:07:49.256,0:07:51.336 Dan jika kamu tidak buat apa [br]yang saya suruh, 0:07:51.360,0:07:54.565 apabila kamu mati, Tuhan akan hukumkan [br]kamu dan hantar kamu ke neraka. 0:07:54.986,0:07:58.758 Dan jika kamu semua percayai cerita [br]yang saya reka ini, 0:07:58.782,0:08:02.597 kamu akan mengikuti norma dan [br]undang-undang dan nilai-nilai yang sama, 0:08:02.621,0:08:03.913 dan kamu akan bekerjasama. 0:08:04.278,0:08:06.628 Ini adalah sesuatu yang hanya dibuat[br]oleh manusia. 0:08:07.207,0:08:11.048 Kamu tidak akan dapat menyakinkan seekor[br]cimpanzi untuk berikan kamu pisang 0:08:11.072,0:08:14.865 dengan menjanjikan dia, " selepas[br]kamu mati, kamu akan ke syurga cimpanzi" 0:08:14.889,0:08:15.912 (Keketawaan) 0:08:15.936,0:08:19.198 "dan kamu akan dapatkan pisang yang[br]banyak bagi perbuatan baik kamu. 0:08:19.222,0:08:20.644 Jadi bagilah saya pisang ini." 0:08:20.668,0:08:23.426 Tiada cimpanzi yang akan percaya[br]sebuah cerita macam ini. 0:08:23.776,0:08:26.466 Hanya manusia yang percayakan [br]cerita sebegini, 0:08:26.490,0:08:28.573 itulah sebabnya kita menguasai dunia, 0:08:28.597,0:08:33.442 manakala cimpanzi dikunci dalam zoo [br]dan makmal penyelidikan. 0:08:34.904,0:08:37.844 Sekarang kamu mungkin akan rasa ia benar, 0:08:37.868,0:08:44.008 dalam bidang agama, manusia kerjasama[br]dengan percayai fiksyen sama. 0:08:44.032,0:08:48.984 Berjuta-juta orang berkumpul untuk[br]membina sebuah gereja atau sebuah masjid 0:08:49.008,0:08:54.750 atau lawan dalam perang salib atau jihad,[br]kerana percayai dalam cerita yang sama 0:08:54.774,0:08:57.487 tentang Tuhan dan syurga dan neraka. 0:08:57.979,0:09:03.218 Tetapi apa yang saya ingin menekankan [br]ialah mekanisme yang sama sekali 0:09:03.242,0:09:09.106 mendasari semua bentuk kerjasama[br]manusia pada skala besar, 0:09:09.130,0:09:11.650 bukan sahaja dalam bidang agama. 0:09:11.674,0:09:13.952 Sebagai contoh, bidang undang-undang, 0:09:14.531,0:09:20.508 Kebanyakan sistem undang-undang dunia ini[br]berdasarkan kepercayaan dalam hak manusia. 0:09:21.247,0:09:23.024 Tetapi apa itu hak manusia? 0:09:23.596,0:09:28.298 Hak manusia, seperti Tuhan dan syurga,[br]adalah sebuah cerita yang kita cipta. 0:09:28.322,0:09:30.640 Mereka bukan realiti objektif; 0:09:30.664,0:09:34.330 mereka bukan sesuatu kesan biologi[br]tentang homo sapiens. 0:09:34.719,0:09:38.518 Ambil seorang manusia,[br]menyembelih dia, lihat dalam, 0:09:38.542,0:09:43.669 kamu akan mendapati hati, buah pinggang,[br]neuron, hormon, DNA, 0:09:43.693,0:09:45.581 tapi kamu tidak akan mencari hak. 0:09:46.200,0:09:50.121 Kamu hanya akan dapat mencari hak [br]dalam cerita-cerita 0:09:50.145,0:09:54.278 yang telah kita cipta dan menyebarkan[br]sejak beberapa abad dahulu. 0:09:54.607,0:09:59.537 Mereka mungkin cerita yang amat positif,[br]cerita yang amat baik, 0:09:59.561,0:10:03.124 tetapi mereka masih cerita fiksyen [br]yang kita cipta. 0:10:03.664,0:10:06.184 Sama juga dengan bidang politik. 0:10:06.565,0:10:12.935 Faktor paling penting dalam politik moden[br]ialah negeri-negeri dan negara. 0:10:13.333,0:10:15.133 Tetapi apa itu negeri dan negara? 0:10:15.593,0:10:17.718 Mereka bukan sesuatu realiti objektif. 0:10:17.742,0:10:20.455 Sebuah gunung ialah satu realiti objektif. 0:10:20.479,0:10:23.763 Kamu dapat lihatnya, kamu dapat sentuhnya,[br]kamu dapat hidunya. 0:10:24.223,0:10:25.995 Tetapi sebuah negara atau sebuah negeri. 0:10:26.019,0:10:29.799 seperti Israel atau Iran atau France [br]atau Germany, 0:10:29.823,0:10:32.563 ini adalah salah satu cerita [br]yang telah kita mencipta 0:10:32.587,0:10:34.561 dan menjadi amat sayangkan. 0:10:34.949,0:10:37.453 Ini sama juga dengan bidang ekonomi. 0:10:37.892,0:10:41.598 Pelakon paling penting dalam [br]ekonomi global hari ini 0:10:41.622,0:10:43.884 ialah syarikat-syarikat.[br] 0:10:44.407,0:10:48.138 Kebanyakan kamu hari ini, muungkin, [br]kerja dengan sebuah syarikat, 0:10:48.162,0:10:51.212 seperti Google atau Toyota [br]atau McDonald's. 0:10:51.577,0:10:53.395 Apakah benda-benda ini sebenarnya? 0:10:53.982,0:10:57.929 Meraka apa yang peguam memanggilkan[br]fiksyen undang-undang. 0:10:58.359,0:11:01.835 Mereka adalah cerita yang dicipta [br]dan dikekalkan 0:11:01.859,0:11:05.192 oleh ahli-ahli sihir kita panggil peguam. 0:11:05.216,0:11:06.661 (Ketawa) 0:11:06.685,0:11:10.104 Dan apa yang syarikat-syarikat buat[br]sepanjang hari? 0:11:10.128,0:11:12.981 Kebanyakan masa, mereka cuba [br]mencari wang. 0:11:13.411,0:11:14.744 Namun, apa itu wang? 0:11:14.768,0:11:19.934 Sekali lagi, wang bukan satu [br]realiti objektif, ia tiada nilai objektif. 0:11:19.958,0:11:23.275 Ambil kertas hijau ini, bil dolar. 0:11:23.299,0:11:25.676 Lihatkan -- ia tiada nilai. 0:11:25.700,0:11:27.934 Kamu tak boleh makan ia, [br]kamu tak boleh minum ia, 0:11:27.958,0:11:29.250 Kamu tak boleh pakai ia. 0:11:29.633,0:11:33.674 Tapi pencerita-pencerita hebat [br]ini datang -- 0:11:33.698,0:11:35.182 pengurus-pengurus bank, 0:11:35.206,0:11:36.646 menteri-menteri kewangan, 0:11:36.670,0:11:38.024 perdana menteri -- 0:11:38.048,0:11:40.526 dan mereka menceritakan satu cerita[br]yang amat menyakinkan: 0:11:40.550,0:11:42.508 "Lihat, kau tengok [br]kertas hijau ini? 0:11:42.532,0:11:45.115 Ia sebernarnya bernilai [br]10 pisang." 0:11:45.591,0:11:47.700 Dan sekiranya saya percayakan, [br]dan kamu percayakan, 0:11:47.724,0:11:49.240 dan semua orang percayakan, 0:11:49.264,0:11:51.128 ia akan berkesan. 0:11:51.152,0:11:54.065 Saya ambil kertas tak bernilai ini, 0:11:54.089,0:11:55.726 pergi ke pasar raya, 0:11:55.750,0:11:59.757 beri kepada seorang yang saya tidak [br]kenali, yang saya tidak pernah bertemu, 0:11:59.781,0:12:04.466 dan dapat, sebagai pertukaran, pisang[br]yang saya boleh makan. 0:12:04.870,0:12:06.591 Ini adalah sesuatu yang menakjubkan. 0:12:06.615,0:12:08.693 Kamu tdak akan dapat buatkannya[br]dengan cimpanzi. 0:12:08.717,0:12:10.662 Sudah tentu cimpanzi berdagang: 0:12:10.686,0:12:13.486 "Ya, jika kau bagi saya satu kelapa,[br]saya akan bagi kau satu pisang" 0:12:13.486,0:12:14.698 Ia akan berkesan. 0:12:14.722,0:12:17.678 Tapi jika kamu bagi saya sekeping[br]kertas tidak bernilai 0:12:17.678,0:12:19.792 dan kamu mengharapkan saya bagi[br]kamu satu pisang? 0:12:19.792,0:12:20.928 Tidak! 0:12:20.952,0:12:22.533 Apa yang kamu fikirkan saya, [br]seorang manusia? 0:12:22.557,0:12:24.930 (Keketawaan) 0:12:24.954,0:12:29.073 Wang, sebenarnya, ialah cerita[br]yang paling berjaya 0:12:29.097,0:12:31.753 yang pernah dicipta dan diceritakan[br]oleh manusia, 0:12:31.777,0:12:36.120 kerana ia adalah satu-satu cerita yang [br]dipercayai oleh semua orang. 0:12:36.692,0:12:39.482 Bukannya semua orang percayakan Tuhan, 0:12:39.506,0:12:42.531 bukannya semua orang percayakan[br]hak manusia, 0:12:42.555,0:12:45.340 bukannya semua orang percayakan[br]nasionalisme, 0:12:45.364,0:12:49.107 tapi semua orang percayakan wang,[br]dan bil dolar. 0:12:49.514,0:12:51.495 Sebagai contoh, Osama bin Laden juga. 0:12:51.519,0:12:55.206 Dia benci politik America dan[br]agama America 0:12:55.230,0:12:56.679 dan budaya America, 0:12:56.703,0:12:59.509 tapi dia tidak bantah dolar America. 0:12:59.533,0:13:01.628 Dia sebenarnya amat suka mereka. 0:13:01.652,0:13:03.555 (Keketawaan) 0:13:04.166,0:13:05.866 Kesimpulannya: 0:13:05.890,0:13:11.658 Kita, manusia, menguasai dunia ini[br]kerana kita hidup dalam dua realiti. 0:13:12.531,0:13:16.444 Semua binatang lain hidup dalam[br]realiti objektif. 0:13:16.992,0:13:21.544 Realiti mereka terdiri daripada[br]entiti objektif, 0:13:21.568,0:13:25.511 seperti sungai dan pokok[br]dan singa dan gajah. 0:13:26.067,0:13:29.750 Kita manusia, kita juga hidup dalam[br]realiti objektif. 0:13:29.774,0:13:34.842 Dalam dunia kita juga, ada sungai[br]dan pokok dan singa dan gajah. 0:13:35.421,0:13:37.266 Tapi sepanjang abad-abad, 0:13:37.290,0:13:42.017 kita telah bina di atas [br]realiti objektif ini 0:13:42.041,0:13:45.534 satu lagi lapisan realiti fiksyen, 0:13:45.558,0:13:49.122 satu realiti yang terdiri daripada[br]entiti fiksyen, 0:13:49.146,0:13:53.679 seperti negara, seperti tuhan-tuhan,[br]seperti wang, seperti syarikat-syarikat. 0:13:54.481,0:13:59.115 Dan apa yang menakjubkan ialah [br]melalui sejarah ini, 0:13:59.139,0:14:04.535 realiti fiksyen ini menjadi semakin kuat 0:14:04.559,0:14:09.060 sehingga kini, kuasa terhebat [br]di dunia ini 0:14:09.084,0:14:11.049 adalah entiti-entiti fiksyen ini. 0:14:11.715,0:14:18.509 Kini, kewujudan sungai[br]dan pokok dan singa dan gajah 0:14:18.533,0:14:23.638 bergantung atas keputusan dan [br]kehendak entiti fiksyen, 0:14:23.662,0:14:28.199 seperti United States, seperti Google,[br]seperti World Bank -- 0:14:28.223,0:14:32.262 entiti yang hanya wujud [br]dalam imaginasi kita. 0:14:32.929,0:14:34.081 Terima kasih. 0:14:34.105,0:14:38.676 (Tepukan tangan) 0:14:44.299,0:14:46.509 Bruno Giussani: Yuval, kamu ada[br]sebuah buku baru. 0:14:46.533,0:14:48.336 Selepas Sapiens, kamu menulis satu lagi, 0:14:48.360,0:14:50.947 dan ia diterbitkan dalam Hebrew, tapi[br]belum diterjemahkan.. 0:14:50.971,0:14:53.900 Yuval Noah Harari: Saya sedang [br]menterjemahkannya sekarang. 0:14:53.924,0:14:56.092 BG: Dalam buku itu, jika saya faham[br]dengan betul, 0:14:56.116,0:15:01.745 Kamu berhujah penemuan menakjubkan[br]yang kini kita dapat 0:15:01.769,0:15:04.028 bukan saja dapat menjadikan hidup[br]kita lebih baik, 0:15:04.052,0:15:06.288 tapi akan mencipta--dan saya quote[br]dari kamu-- 0:15:06.312,0:15:10.930 "...golongan baru dan perjuangan baru,[br]seperti Revolusi Industri." 0:15:10.954,0:15:12.397 Bolehkah kamu mengulas lagi? 0:15:12.670,0:15:14.594 YNH: Ya. Dalam Revolusi Industri, 0:15:14.618,0:15:19.520 kita lihat penciptaan golongan baru[br]iaitu proletariat bandar. 0:15:19.544,0:15:24.654 Dan kebanyakan sejarah politik [br]dan sosial 200 tahun lalu menglibatkan 0:15:24.678,0:15:28.304 apa yang perlu dilakukan dengan golongan[br]ini dan masalah dan peluang baru. 0:15:28.328,0:15:32.960 Kini, kita lihat penciptaan golongan [br]orang tak berguna yang besar. 0:15:32.984,0:15:33.985 (Keketawaan) 0:15:34.009,0:15:39.370 Komputer semakin baik dalam[br]semakin banyak bidang, 0:15:39.394,0:15:44.286 ada kemungkinan besar komputer[br]akan mengatasi prestasi kita 0:15:44.310,0:15:47.913 dalam kebanyakan kerja dan menjadikan[br]manusia lewah. 0:15:47.937,0:15:50.674 Soalan-soalan politik dan ekonomi[br]yang penting 0:15:50.698,0:15:53.061 dalam abad 21 akan jadi, 0:15:53.085,0:15:55.247 "Mengapa kita perlukan manusia?" 0:15:55.271,0:15:58.638 atau sekurangnya, "Mengapa kita[br]perlukan begitu banyak manusia?" 0:15:58.662,0:16:01.120 BG: Adakah kamu ada jawapan dalam buku ini? 0:16:01.144,0:16:05.164 YNH: Pada masa ini, pilihan terbaik kita[br]ialah menggembirakan mereka 0:16:05.188,0:16:06.985 dengan dadah dan permainan komputer.. 0:16:07.009,0:16:08.010 (Keketawaan) 0:16:08.034,0:16:11.305 Tapi ini tidak seperti sesuatu [br]masa depan yang menarik. 0:16:11.329,0:16:14.138 BG: Ok, jadi apa yang kamu cakap dalam[br]buku ini dan di sini, 0:16:14.162,0:16:16.948 ialah, buat semua perbincangan [br]tentang eviden semakin banyak 0:16:16.972,0:16:20.735 tentang ketidaksamaan ekonomi,[br]kita sebenarnya hanya pada 0:16:20.759,0:16:21.916 permulaan proses ini? 0:16:22.225,0:16:23.751 YNH: Sekali lagi, ia bukan satu ramalan; 0:16:23.775,0:16:27.718 ia adalah melihatkan pelbagai [br]kemungkinan di hadapan kita. 0:16:27.742,0:16:32.724 Satu kemungkinan ialah penciptaan [br]golongan orang tak berguna yang besar. 0:16:32.748,0:16:35.888 Satu lagi kemungkinan ialah [br]pembahagian manusia 0:16:35.912,0:16:38.903 menjadi kasta biologi berbeza, 0:16:38.927,0:16:43.218 orang kaya menjadi seperti tuhan, 0:16:43.242,0:16:47.550 manakala orang miskin dijadikan [br]orang tak berguna. 0:16:47.574,0:16:50.596 BG: Saya rasa ada lagi TED talk dalam masa[br]satu atau dua tahun. 0:16:50.620,0:16:52.442 Terima kasih, Yuval, kerana datang. 0:16:52.466,0:16:53.622 TNH: Terima kasih! 0:16:53.646,0:16:55.311 (Tepukan tangan)