Dunia yang kita lihat disekeliling kita telah dibina dengan satu cerita Setiap budaya mempunyai sejumlah jawapan yang berbeza kepada soalan-soalan asas ini Iaitu siapakah kamu? Apakah ianya menjadi seorang manusia Apa yang penting? Apa yang bernilai? Dari mana kita datang? Kemana kita akan pergi? Bagaimana dunia ini berfungsi? Setiap budaya menjawabnya dengan cara yang berbeza Dan sains memberikan beberapa jawapan Ia menyatakan secara asasnya kamu adalah... individu yang berasingan dikalangan individu-individu lain didalam dunia yang juga berasingan dari kamu Dan setiap bidang telah bersetuju dengan gambaran akan sifat (manusia) untuk wujud ini Psikolgi... ledakan psikologi ini dimana minda ini diletakkan didalam daging Agama, kamu adalah roh yang diletakkan didalam daging Fizik, kamu adalah jirim yang tertakluk kepada kuasa-kuasa tertentu yang boleh diukur Biologi, kamu secara asasnya adalah robot berdaging yang telah diprogramkan oleh gen-gen kamu untuk memaksimakan pembiakan bagi kepentingan sendiri Ekonomi, kamu adalah pelakon rasional yang mahu memaksimakan diri sendiri dari segi kewangan Kesemua mereka itu setuju untuk apakah ia sebenarnya untuk wujud Tetapi sains yang baru bercanggah dengan semua itu Fizik kuantum nampaknya menyanggahi pemisahan antara diri kita dengan yang lain Jika kita tiada hubungan dengan alam maya ini maka sudah tentulah kita mahu mengawal kuasa-kuasa luar yang ganas dan tidak disenangi ini Dan perjalanan hidup manusia itu menjadi... untuk menjadi raja dan tuan kepada alam dan mengatasinya Dan ianya tidak lagi berfungsi dengan baik Didalam ekonomi, itu diterjemahkan sebagai kemajuan Kemajuan yang tiada hentinya didalam dunia manusia Dan kita mempelajari bahawa terdapat had keatasnya Dan kita juga mempelajari bahawa ini bukanlah dunia diluar disana akan tetapi yang mana semua yang kita lakukan kepada dunia ini pada satu tahap kita melakukannya kepada diri kita sendiri Itulah dia luka yang kita rasai selama ini dan yang kita sengsarai Keperitan kepada kehidupan didalam dunia kita yang ada dimana-mana hinggakan kita tidak lagi menyedarinya Kecuali ketika kita bosan Perasaan itu... iaitu mengapa ianya siksa hanya sekadar untuk wujud Semasa kita kecil, kita punyai pengetahuan ini yang mana dunia ini sepatutnya lebih indah dari... dari apa yang ditawarkan kepada kita sebagai normal Kita mengetahuinya Akan tetapi jangkaan itu dikhianati berkali-kali dan untuk melindunginya kita wujudkan kesinisan Dalam ekosistem kita mengalami keruntuhan sistem politik, pendidikan, kesihatan kita meruntuh Semuanya tidak sempurna lagi dan ianya semakin sukar untuk benar-benar mempercayai akan cerita kita ini Jadi kita bergerak kepada cerita yang baru Cerita berlainan mengenai diri sendiri Cerita yang berlainan mengenai dunia Cerita yang berlainan mengenai manusia Saling berhubungan secara sendirinya secara sendiri menjiwaragainya Satunya ia bermakna... iaitu tindakan-tindakan yang kecil ini mungkin memberi kesan menjangkau lebih daripada apa yang kita boleh fahami Yang mana logik isi hati kita berkata "Ya saya tahu ini perbuatan yang memberi kesan dan saya tahu semua yang saya lakukan akan memberi kesan" Dan tidak lagi bercanggah dengan logik pemikiran ini Yang mana telah menjadi logik kepada pemisahan (kita semua)" dan apa kesan kamu miliki sebagai seorang manusia kerdil dengan kuasa lemah yang kamu miliki sedangkan mereka yang memerintah itu mempunyai lebih kuasa yang boleh mereka gunakan pada bila-bila masa Setiap tindakan yang datangnya... dari pemahaman saling berkaitan antara jiwa-jiwa ini adalah tindakan-tindakan kerohanian dan juga tindakan-tindakan politik Dengan bertindak daripada cerita yang berlainan kita mengganggu sub-struktur ghaib akan mitologi kita ini Dan kita tawarkan alternatif Ini adalah suatu yang teramat praktikal Dan setiap kali kita berikan seseorang itu pengalaman yang tidak sama dengan cerita lama ia akan melemahkan cerita lama itu Ia mengganggunya Mungkin ianya sikap pemurah mungkin ianya sikap pemaaf Apa sahaja yang menyanggahi pemahaman yang kita tiada kaitan dan setiap orang hanyalah (menjaga) diri mereka sendiri sahaja Untuk berkhidmat kepada suatu yang lebih besar daripada diri kita Dan saya menawarkannya sebagai formula untuk menjejak kepada arus bertindak serentak bersama Kamu tidak tahu bagaimana untuk mencapainya tetapi suatu yang lebih besar dari kamu itu mengetahuinya dan akan mencorakkan tindakan serentak bersama itu untuk berlaku pada tempat dan masa yang sama dengan seirama Saya rasa semua orang pernah merasainya Selalunya kamu merasainya semasa hidup kamu didalam kesusahan dan pada saat-saat getir dan semuanya kembali pulih dan berfungsi semula Dan kita boleh mengalami keadaan itu apabila kita lepaskan paradigma (sikap/minda) mahu mengawal dan tunduk untuk berkhidmat kepada suatu yang lebih besar dari diri kita Dan apakah ianya itu? Apakah ianya yang menyatukan semua benda berbeza ini kepada suatu yang kita inginkan? Mari kita panggil ianya "Dunia Lebih Indah Yang Hati Kita Tahu Ianya Berkemungkinan (untuk wujud)" Dalamana kamu menjalani kehidupan kamu... malah... pada ketika ini... rasakan sebahagian dari kamu tahu yang kamu disini adalah untuk memberi khidmat Dan tanyalah diri kamu samada kamu bersedia untuk tunduk lebih mendalam dalam memberi khidmat tersebut Jika kamu melakukannya saya jangkakan kamu akan mengalami peluang yang tidak disangka-sangka untuk bertindak dengan niat tersebut Dan ianya akan menjadi... di sempadan semangat kamu itu tetapi tidak melebihinya Terjemahan oleh: Helmis syurgadidunia.blogspot.com Bagaimana Jika... Dunia Dan Syurga Adalah Tempat Yang Sama? Disampaikan oleh Terimakasih kepada semua aktivis pembuat filem yang mana sedutannya telah digunakan didalam filem ini Seni kamu telah memberi semangat untuk dunia yang lebih indah yang hati kita tahu ianya berkemungkinan